Sudah 3 hari Dini menemankan Maria di rumahnya. Sepanjang mereka berdua bersama, hanya sekali saja Adam datang untuk mengambil pakaian dan pasportnya. Lelaki itu perlu ke Dubai pula selama beberapa hari.
"Adam seems okay." Ulasnya tiba-tiba.
Maria ketawa kecil. "He such a gentleman. Tak pernah sentuh I."
Dini mengangkat keningnya tinggi. "Seriously??!" Nadanya seakan tidak percaya. Biar betul tidak pernah sentuh Maria? Kucing kalau nampak tulang ikan pun diterkam. Ini kan pula seorang perempuan!
"Kan? We respect each other. Sampai pernahlah I assumed dia gay. Haahaha.... but reality is dia tak move on lagi dengan arwah gf dia."
"Arwah?" Dini berhenti mengacau telur yang di pecahkan tadi di dalam mangkuk. Dia merenung tepat wajah Maria.
Dia mengangguk beberapa kali. "Arwah. Mati kena bunuh.. i think around 18 years dulu kot. Not sure. Kejadian tu sebelum I balik Malaysia."
Dini menelan liur. "I see. Tak sangka Adam tu setia orangnya."
"Best man alive!"
Mereka ketawa serentak. Sambil masak bersama mereka berbual dan bergurau. Sama sahaja seperti waktu dulu ketika mereka tinggal bersama. Meluangkan masa bersama, masak dan makan bersama sambil menonton VCD. Apabila perut sudah kenyang, sama-sama akan terlelap juga.
Tapi zaman sekarang, VCD sudah pupus. Semuanya menggunakan internet. Tidak perlu susah-susah keluar cari filem cetak rompak, sekarang ini google saja. Semua ada. Malahan siaran berbayar juga makin banyak.
Maria menekan butang Netflix pada alat kawalan jauh itu. "Nak tengok cerita apa hari ni?" Tanyanya pada Dini yang sedang menghidang makanan di atas meja.
Ada telur dadar, ayam sambal dan beberapa jenis sayur yang dijadikan ulam seperti timun dan daun salad. Diletakkan juga dua gelas air sejuk. Dini tersenyum puas.
"Action? Or nak tengok series?"
Maria mencari apa yang menarik. "Hmm.. banyak cerita lama. Korean? Hellbound ni macam menarik." Dia memandang Dini yang baru duduk di sebelahnya untuk mendapatkan kepastian.
Wanita itu tersenyum kecil. "Boleh je. Tengoklah." Selepas Maria meletakkan remote ke bawah, dia menghulurkan pinggan berisi nasi padanya. "Makan kenyang-kenyang." Ujarnya.
Maria tersenyum lebar. Seronok melihat makanan yang terhidang. Betul-betul mengingatkan momen mereka sewaktu belajar dahulu. Dia mencedok sambal dan ayam seketul masuk ke dalam pinggan Dini. "Makan kenyang-kenyang." Ujarnya sambil tersenyum lebar.
Dini mengucapkan terima kasih lalu menyuruh Maria makan.
Khusyuk mereka menjamu selera sambil menonton televisyen. Mulut masing-masing sibuk mengunyah sambil mata tepat pada dada skrin android tv 65 inci itu. Usai makan, mereka duduk di balkoni untuk menghisap rokok.
"Mak you tak cari ke?" Tanyanya tiba-tiba.
Dini mengetap bibir. Ah.. mana mungkin maknya tidak mencari. Ada saja orang tua itu menelefon dan menghantar mesej melalui aplikasi whatsapp, tapi Dini hanya membalas ala kadar. Sewaktu di telefon pun tidak banyak yang dibicarakan. Dia hanya memaklumkan pada Puan Rohaya yang dia akan pulang pada Isnin hadapan. Mendengarkan itu, Puan Rohaya di hujung panggilan makin sebal.
"Ada dia call. I bagitau I balik nextweek."
Maria mengangguk perlahan. "I ikut. Lagipun nanti kita memang kena pergi ke Yong Peng untuk tengok progress construction tu."
"Okay Puan Anna. Nanti kita gerak sekali ya." Sinisnya.
Maria juga ketawa kecil. Selalunya hanya Rayqal saja yang memanggil dia Anna. "Mengada!"
Mereka ketawa sama. Habis saja sebatang rokok di tangan, mereka kembali ke ruang tamu untuk sambung menonton cerita Korea genre action, thriller, fantasi itu.
______________________________________________________
Rayqal mengeluh berat. Beberapa hari lalu dia menerima panggilan dari Adam yang menceritakan apa yang berlaku. Malah, Maria juga ada menghubunginya. Lama mereka berbual. Intipati yang dibualkan membuat dia gusar.
Dia tidak pasti sama ada apa yang adiknya rancang itu akan berhasil atau pun tidak. Namun yang pasti, papa dan mamanya pasti akan meletus.
Dia meniti segala paparan huruf dan nombor pada skrin ipadnya. Maria ada meminta bantuannya untuk mencari lokasi yang sesuai untuk projek terbarunya. Long term project katanya. Adiknya itu bercadang untuk menjalankannya secara solo. Namun dia perlu bantuan Rayqal memandangkan dia tidak ada contact yang boleh dipercayai di Thailand.
Rayqal mendecit. "Samui? Atau perlu jauh ke bahagian utara? Chiang Rai?" Die mengeluh berat.
Meletakkan Maria di tempat terpencil di dunia yang asing bagi adiknya itu bukanlah sesuatu yang bagus. Dia perlu berada di tourist hotspot. Mudah bagi dia untuk memantau adiknya itu. Walaupun Maria tidak menceritakan perkara sebenar, dia tahu apa yang ada didalam fikirannya. Dia pasti Maria juga telah lama merancang, hanya menunggu waktu yang sesuai saja untuk melaksanakannya. "Maybe sebab tu dia berani untuk berjumpa Dini setelah sekian lama."
Lagi sekali dia melepaskan satu keluhan yang sungguh berat.
Gila semua ni! Pasal cinta memang buat semua jadi gila kan?
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...