Puan Rohaya dengan telekungnya duduk di beranda. Panas sungguh rasanya malam itu. Di tangannya di genggam buku Yaasin dan berlilit tasbih berwarna coklat pada pergelangan tangannya. Matanya merenung pada pagar rumah. "Manalah si Dini ni?"
Baru saja dia mahu membuka buku Yaasin itu, sudah kedengaran deruman motor anak gadisnya. Dia mengukir senyum. "Panjang umur budak bertuah ni."
Dini mematikan enjin motosikalnya. Cermat saja dia menanggalkan topi keledarnya dan di letakkan di atas motor. Dia memandang Puan Rohaya sambil tersenyum luas.
"Lambat hari ni Dini?"
"Biasalah mak. Kerja banyaklah."
Dini duduk disebelah maknya. Di tarik tangan orang tua itu lalu diciumnya. "Mishewwww!"
"Macam lah dah tak jumpa 10 tahun dia punya misheww tu ek." Puan Rohaya menarik tangannya.
Dini ketawa kecil. "Alaaaa... nak rindu mengada-ngada pon tak boleh." Terus dia mencium pipi maknya. "Dinner dah ke mak? Ubat makan dah"
Puan Rohaya mengangguk. "Dah lah.. Mak Ti dah bagi tadi. Ha.. pergi mandi! Busuk sungguh lah budak ni.. bau apa je ni?!" Dia menepuk bahu Dini beberapa kali.
"Bau apa? Naik motor biasalah mak.. motor depan kentut kita kat belakanglah busuk." Dini ketawa lagi. "Okaylah orang naik mandi jap." Dia mencium pipi orang tua itu sekali lagi. "Mak jangan lama-lama kat luar ni. Nanti kena culik dengan pak cong. Kang kalau dia tak bergolek.. dia melompat. Mak tu bukan larat nak lari dah. Hahahha..." Gelaknya kuat kemudian terus lari masuk ke biliknya. "Busuk sangat ke?" Dia mencium kolar bajunya. Shit, bau rokok rupanya!
Puan Rohaya menggeleng. Hendak di marah, dia sendiri sudah tidak larat sebenarnya. Dia bukan muda lagi. Tua dah. Berjalan perlukan tongkat. Ubat juga makin bertambah. Masanya juga banyak di habiskan dengan tidur. Ke surau juga hanya pada bulan ramadhan saja. Itu pun berteman. Jika dia seorang memang tidak nampak kubah surau tu.
"Dini... dini..." Ucapnya perlahan.
Dia tahu. Dia tahu semuanya. Firasat seorang ibu tidak pernah salah. Ah.., dia juga pernah muda. Tetapi, iyalah. Mana boleh disamakan zaman dia dahulu dengan zaman anaknya yang sekarang. Jauh berbeza. Pemikiran orang muda juga berbeza. Yang sama dan tidak pernah berubah itu hanyalah agama kita saja. Islam.
Dia tahu bau di baju Dini bau rokok. Sudah lama rasanya dia tidak bau itu pada anak gadisnya. Kenapa tiba-tiba ada balik?
Puan Rohaya gusar. Pening juga memikirkan Dini itu. Sudahlah tidak mahu berumahtangga. Perangai pun kadang-kadang macam kurang matang. Entah macam manalah dia boleh urus pekerja-pekerjanya itu.
"Dia stress sangat ke ni sampai hisap rokok balik? Tak cukup staff? Financial problem ke?"
Nak tunggu Dini tu meluah rasanya sampai kiamat pon aku takkan tahu apa dia pendam. Dia tak sama seperti dulu. Sebelum further study, semua benda dia share. Boyfriend dia siapa pun aku tahu. Tapi sejak further study, dia stop share everything. Jangan kan boyfriend... berkawan dengan siapa pun aku tak tahu.
Puan Rohaya mengetap bibirnya.
Maria... Maria datang balik ke? Tak mungkin. Dia dah janji dengan aku.
Wanita tua itu memegang dadanya. Tiba-tiba sakit. Dia dah janji!
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...