Dini meletakkan tangan ke dadanya. Kuat sungguh rasa degupan jantungnya itu. Berdebar rasanya tiba-tiba. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya perlahan. Di ulangnya beberapa kali sehingga dia rasa sedikit lega.
Matanya melihat meja kerjanya yang bersepah. Berpusing biji mata hitamnya. Bila nak habis lah kerja yang satu ni? Pending berbulan dah kot!
"Din!" Laungnya dari dalam pejabat. Di angkat tangannya tinggi macam di kedai mamak panggil ane suruh amik order.
Lelaki muda dalam awal 20-an itu tergesa-gesa menghampiri Dini. Rambutnya kusut masai. Kumisnya bersepah. Misainya juga compang-camping. Baju pula berkedut. Baju dan seluarnya itu seperti di pinjam. Besar dari saiz badannya. Atau sebenarnya, pemuda itu yang terlalu kurus.
Dini menggeleng.
"Awak ni, selekeh betullah ek!" Dia menggeleng lagi. Di teleknya Din dari atas ke bawah, dan dari bawah kembali ke atas. "Seluar baju siapa awak pakai ni?"
Din gugup. "Abang saya Puan Dini."
"Kenapa tak beli yang sesuai dengan saiz awak?" Dini berpeluk tubuh. Sakit betul matanya.
"Ermm... saya.. saya simpan duit nak kahwin puan..."
"Muda-muda lagi nak kahwin? Baru 25 tahun kan umur awak ni?" Apalah nasib arini semua topik kahwin ni? Ini semua salah mak. Pagi-pagi dah membebel pasal kahwin. Aihhh.. memang sampai aku balik kerja nanti ni cerita kahwin ni.
Din ketawa kecil. "Dah sampai seru puan. Jempu datang nanti ya puan, hujung tahun ni." Ajaknya tersipu-sipu.
"InsyaAllah." Dini merengus lagi. "Bulan depan saya nak tengok ada perubahan ya Din. Nak berjimat pun takkanlah sampai rambut dengan janggut bersepah awak ni tak boleh nak trim. This is a friendly reminder ya."
Din sekadar mengangguk faham. "Sorry puan."
"Hmm... Projek Sari ni apa progress dia? Jadi ke meeting hari ni?"
Din mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Di bukanya aplikasi kalendar dan whatsapp. "Jadi puan. PM tu dah sampai semalam. Sekejap lagi pukul 10 pagi meeting kita dengan dia."
Dini melihat jam tangannya. "Sejam lagi. Pergi prepare apa-apa yang patut. Nanti dia dah sampai panggil saya."
"Okay puan." Din tergesa-gesa keluar dari pejabat Dini sambil tersengih macam kerang busuk.
Dini menggeleng. "Puan...puan.... . Aku belum kahwin lagi lah!" Dia tidak suka sebenarnya dengan gelaran itu. Tetapi, dek kerana ingin menjaga batas antara pekerja bawahannya, dia terpaksa akur. Kalau boleh dia tidak mahu orang ambil kesempatan atas kebaikannya. Tidak kisahlah pekerjanya mahu gelarnya apa. Asalkan mereka tahu batas antara pekerja dan majikan.
Dia mengeluarkan Ipad Pro warna kelabunya, kemudian di tekan pula butang On speaker kecil bulat di hadapannya. Di buka aplikasi you tube music dan terus di mainkan lagu kesukaanya. Dia bersenandung perlahan sambil mengikut irama sambil membelek fail-fail yang bersepah di atas meja. Satu-satu di bacanya.
So where do we go now from here?
Would it be different
If you were more near?
I should have done a little bit moreTo stop you walking out of that door
Oh, but it's over now
All I can do is wish you wellWish You Well - Jeff Bernat
Dini terkedu. Bait-bait lagu itu menghentikan segala kerjanya dan fikirannya. Tiba-tiba rasa berdebar pula. Ketika dia mengangkat kepalanya, dia melihat Din melambai dari luar pejabatnya. Menandakan wakil dari pihak pembekal untuk Projek Sari sudah berada di dalam bilik meeting.
Dia menarik nafas dalam lalu menghembusnya kuat. Dini berdiri dan terus mengadap cermin setinggi 6 kaki di belakang meja kerjanya. Di telek mekapnya, di betulkan kemeja putihnya yang melekap di badannya yang kurus. Di pusingkan pinggulnya kiri dan kanan untuk melihat jika seluarnya itu terletak dan tidak kotor. Maklumlah, bila naik motor ni kadang-kadang dia tidak perasan jika ada debu yang melekat.
They early..? Bungkamnya apabila melihat jam baru menunjukkan 9.30 pagi.
Dini berhenti beberapa meter dari bilik mesyuarat. Dari situ dia dapat lihat hanya ada seorang saja wakil yang datang. Tetapi yang buatnya geram apabila Din tidak sediakan sebarang minuman di atas meja. Baru saja dia mahu memarahi pemuda itu cepat-cepat Din meletakkan jari telunjuk pada bibirnya sendiri.
"They insist. Tidak perlu sediakan apa-apa. They bring their own drinks."
Dini mengangkat keningnya tinggi. Pelik. Dia beri isyarat pada Din untuk sambung kerjanya dan dia, berjalan perlahan-lahan menghampiri figura itu yang duduk membelakanginya. "Good morning."
"Good morning Miss Dini."
Mata mereka bertaut. Lama.
Macam kenal.
Lelaki di hadapannya itu tersenyum lebar. "Remember me?"
Shit!
Shit!!!
SHIIITTT!!!!!
SHIIIIIIIITTTTT!!!!!!!!!"Adam?!"
Lelaki itu ketawa kecil. Tanpa segan silu terus saja dia memeluk Dini. Erat! Di peluk dan di angkatnya sedikit tubuh Dini. Ringan sungguh la gadis itu. "How are you love?"
Dini masih tidak percaya apa yang di hadapannya. Mimpi kah? Tidak...ini bukan mimipi. Memang Adam di hadapannya. Flesh and handsome?!
"Weyhhh....!" Dini meleraikan pelukkan mereka. Dia pegang ke bahu Adam. Matanya berkaca. Seperti tidak percaya yang mereka akan bertemu lagi selepas graduasi. "Apa ni giler!" Dia ketawa kecil. Lalu dipeluknya kembali lelaki itu. Dia menangis. "God... I miss you...!"
Sesungguhnya memang dia rindu. Dia rindu semuanya. Kawan-kawannya, cintanya. Dia rindu semua itu. Dini tidak mampu berkata-kata. Kegembiraan yang dia rasakan itu sungguh tidak disangka.
"Do you miss me too?"
Dini menganga. Air matanya masih mengalir. Sungguh dia tidak sangka.
"Maria?" Panggilnya perlahan. Dini melepaskan pelukannya. Wajah Adam kini kabur pada matanya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya dan melihat pada sosok tubuh yang dia gagal untuk lupakan. "Maria." Panggilnya lagi.
"Aku rindu kau giler." Ucap Maria perlahan.
Lama mata mereka yang berkaca itu bertaut. Macam-macam perkara mula bermain dalam fikiran mereka. Segala macam kenangan dan rasa mula menerobos dalam diri mereka. Masing-masing seakan tidak tahu mahu bereaksi seperti apa. Namun jauh di sudut hati kedua-dua gadis itu, mahu saja dicium bibir itu.
Maria menghampiri Dini. Begitu dekat sehingga mereka berdua dapat merasai degupan jantung masing-masing. "I miss you so damn much!" Bisiknya kemudian melangkah sedikit ke belakang. Dia cuba untuk senyum. "I bawa Iced Latte. I hope you still love it." 3 jenis thumbler entah apa brand itu di angkat tinggi.
Dini menangis perlahan lalu terus memeluk Maria. Erat. Kuat. Dia menangis semahu-mahunya pada bahu gadis itu. Sumpah dia rindu. Rindu sangat.
"Why you left sayang?" Bisiknya. "Sampai hati you tingglkan i." Bisiknya lagi.
Ruang pejabat Rind Consultation itu sepi. Semua mata tertumpu pada adengan pelukkan Maria dan Dini. Tidak siapa sangka yang Dini mampu menangis sebegitu. Ada yang terkesima dan ada juga yang turut sama menangis. Bagi mereka, mungkin mereka adalah sahabat lama yang baru bertemu kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...