Bab 27

78 1 0
                                    

"Inilah masa yang paling sesuai you and mak to know each other. You please behave ya!"

Dia mengeluh berat.

Masih terngiang-ngiang suara Dini di benak fikirannya. Walaupun sudah 15 tahun berlalu.

Fifteen years...
fifteen....

Tidak siapa sangka, dia mahupun Dini. Percutian di Pulau Babi sememangnya Babi!

Maria mengetap bibir. 

"Anna..." Suara garau Rayqal menyapanya dari belakang.

Maria yang sedang bersandar selesa di kerusi di pejabatnya berpusing sambil tersenyum. "Abang!" Dia bangun dan terus memeluk erat jejaka itu. 

Masih kacak dan segak. Sejajar dengan peredaran zaman, lelaki itu aged like a fine wine.

"How was your meeting?"

Rayqal menarik tangan adiknya itu untuk duduk di sofa.

Pejabat Maria tidak jauh beza dari pejabatnya. Sama luas. Pemandangan yang sama. Susun atur juga hampir sama. Bezanya Maria lebih suka dengan warna merah gelap dan kelabu cair. Jika di sudut pejabatnya adalah meja pool, di pejabat Maria pula di jadikan mini bar dengan buku-buku disusun di dinding berbentuk cengkerang. Botol-botol araknya diselindung dalam peti ais yang ditempah khas di mana jika dilihat, tidak ubah seperti almari kayu biasa yang menyimpan dokumen.

"Boring. As usual." Dia memeluk bahu Maria. "How about you?" 

Maria melentokkan kepalanya pada bahu abangnya itu. Itu lah tempat paling aman dan selesa baginya. Bahu itulah saksi senyum tawa, resah tangisnya. "Same. Boring AF!" Dia ketawa kecil.

Sepi.

Kedua mereka merenung ke luar tingkap. 

Langit cerah tanpa awan. Biru menghampar seluas-luasnya. 

Kuala Lumpur makin pesat. Makin sesak. Makin panas. Bangunan pencakar langit tumbuh bak cendawan. Jika 15 tahun lepas keliling pejabat mereka hanyalah tanah-tanah yang sedang di tambak, yang sedang di tanam besi konkrit. Tetapi kini bangunan yang naik sama gah malah ada lebih tinggi dari bangunan mereka.

"Abang..." Panggil Maria perlahan.

Rayqal menyahut seakan bergumam, "hm.." Matanya masih lagi melihat ke luar tingkap yang luas itu.

"How is she?"

Rayqal menelan liur. "Dini?"

"Yes."

Lelaki itu berfikir sejenak. Dia tahu Maria tahu yang selama 15 tahun ini dia ada mengupah orang untuk memantau keadaan Dini dan Puan Rohaya.  "She's getting better." 

Sepi lagi.

"Rindu.?"

Maria berpeluk tubuh. Of course rindu!!! Gila ke tak rindu buah hati sendiri. Tetapi apakan daya. Dunia ini sememangnya kejam.

"Anna tahu kan... you boleh saja jumpa dia kalau you mahu."

Gadis itu mengetap bibir. "She hate me."

"But you love her. I'm sure she loves you too."

"Tapi abang..."

"Anna. Dah 15 tahun. Untill now pun, dia tak pernah kahwin. Maybe she's waiting for you to comeback."

Maria mengeluh. Kejadian 15 tahun lalu sedikit demi sedikit mula segar di dalam benak fikirannya. Satu-persatu kepingan-kepingan kecil seperti gambar yang dipotong mula tersusun. Hatinya terasa berat. Matanya berkaca. Aku rindu kau giler!!!

"But I'm the one who got married abang."


Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now