Sejujurnya, dia tidak tahulah kalau dia ni sedang dirundung malang. Bulan ini saja sudah 2 kali kena lempang. Sakit!
Maria menolak isi pipinya dengan lidah. Ada sedikit rasa darah pada air liurnya. Tangan kanannya mengusap perlahan pipi kanannya. Aritu papa.. ni orang tua ni pulak! Bentaknya dalam hati. Anak matanya masih mengadap pada hujung kasutnya yang berkilat. Loafer dari jenama Salvatore Ferragamo seakan memanggil-manggil untuk ditanggalkan dan dihayun saja pada wanita itu.
"Mak!" Dini menarik tangan Puan Rohaya saat wanita itu mula menampar Maria bertalu-talu dan menarik rambut kekasih anaknya itu. Terkejut betul melihat maknya naik angin sebegitu. Dia keliru. Tiba-tiba saja! "Apa ni mak?! Kenapa ni!??"
Puan Rohaya menolak kasar Dini. "Dia mungkir janji!" Jerit Puan Rohaya.
Janji? Apa ni? Dia memandang kedua orang yang dia sayang itu bersilih ganti. Menanti jika ada di antara mereka berdua yang sudi menjelaskan kepadanya. "Janji apa?"
Nafas Puan Rohaya turun naik. Dia tidak peduli sudah dengan mata-mata yang memandang. Hatinya sakit. Sakit yang teramat sakit apabila melihat Maria dan Dini dalam ruang yang sama. Walaupun mereka duduk di dalam pejabat Dini, dengan pintu yang terbuka dan dengan jarak duduk seperti seorang majikan dan pekerja, hatinya tetap sakit.
"Janji apa!!?" Bentak Dini.
Dia paling tidak suka tertanya-tanya dengan apa saja. Orang ke, kerja ke... dia tidak suka. Kini, macam dia pula yang rasa baran. Suhu badannya memuncak panas. Tiba-tiba rasa tertipu. Apa janji antara Maria dan Puan Rohaya.
Pekerja-pekerja yang berada tempat duduk masing-masing menikus. Bagi mereka jika bos mereka sudah mula menjerit itu tandanya satu jenis bunyi pun perlu ada. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Meminta pertolongan apa harus di buat. Tiba-tiba, seorang pekerja lelaki di meja paling hadapan terus menutup komputernya dan mengangkat beg dan topi keledarnya lalu terus berjalan keluar dari perut pejabat yang semakin tegang itu. Gelagatnya itu dieekori yang lain. Akhirnya tiada sesiapa yang ada kecuali 3 sosok tubuh wanita di dalam pejabat Dini.
Mereka masih berdiri di posisi yang sama. Maria masih menunduk memegang pipinya. Puan Rohaya merenung tajam pada Maria sambil memegang bucu meja kerja anaknya. Dini pula, masih merenung maknya. Menanti sebuah jawapan.
"Dia dah janji dengan mak takkan jumpa kau lagi!" Bentak Puan Rohaya. "Sekarang dia mungkir janji! Penipu!" Bentaknya lagi.
Dini menelan kelat air liurnya. Otaknya tiba-tiba ligat berfikir. Jauh menerawang kembali ke masa lalu. "Apa ni...? Maria..?" Dia memegang bahu kekasihnya itu.
Maria mengetap bibir. Pedih terkena lukanya. Dia menurunkan tangannya dan membetulkan rambutnya yang serabai. "Fifteen years ago. Masa kita pergi holiday." Jawabnya ringkas.
Dini bergumam. Sekarang semuanya seakan sedang bersambung seperti kepingan-kepingan gambar yang perlu di cantum untuk dipertontonkan pada umum. Macam permainan susun suai gambar tu.
Dia tidak puas hati. "What the fuck is going on!?" Kedua belah tangannya mula digenggam kuat. Rasa sakit kuku yang mencucuk pada isinya seakan tidak punya rasa.
Puan Rohaya menghela nafas panjang. "I know everything Rindiani!" Dia merenung pula anaknya. Tajam. Matanya mula berkaca. "Aku tak pernah ajar anak aku jadi songsang! Lesbian!"
"Mak!!!" Matanya juga mula berkaca. Pedih pula apabila mendengar perkataan itu dari maknya.
"Ini semua salah betina ni! Dia yang ajar Dini kan? Dia yang ajar kau supaya bercinta dengan dia. Bercinta dengan kaum sejenis!" Puan Rohaya memegang dadanya. Sakit. Pedih. Namun bukan di luaran. "Aku didik kau cukup baik Dini. Ilmu dunia akhirat aku bagi dekat kau. Tapi bila kau dengan dia ni semuanya berubah."
![](https://img.wattpad.com/cover/332306625-288-k757175.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...