Anak mata Rayqal meliar memandang adik-adiknya dari balik kaca mata hitam pekatnya. Di amati sungguh-sungguh sementelah lama sungguh mereka tidak bersua. Masing-masing sibuk menguruskan karier masing-masing.
Suasana di kafeteria itu canggung sekali. Dingin. Masing-masing seakan tiada inisiatif untuk memecahkan suasana sunyi sepi antara mereka bertiga. Malah air sejuk yang dipesan juga mencair sendiri aisnya.
Maria melihat dari jauh gelagat abang-abangnya lantas menggeleng. "Sama je dari dulu. Tak reti nak berubah!" Dia merengus perlahan lalu berjalan laju mendekati mereka. Lebar saja senyuman dia saat Rayqal bangun dan mendepakan tangannya minta di peluk.
"Hai abang Ray." Dia mendakap erat abangnya lalu mencium kedua pipi kiri dan kanan lelaki itu. "Wanginya!" Dia menepuk perlahan dada abangnya.
"New Burberyy." Balasnya pendek lalu duduk kembali. "How school?"
Itulah soalan pertama dari mulut antara mereka bertiga. Hampir 10 minit mereka bertiga di sana, tiada apa pun yang diperkatakan. Kehadiran adik bongsu mereka seakan membuka satu peluang untuk mereka berbual.
Maria mengangkat tangannya memanggil pelayan kafeteria. Dia sangat lapar. Habis saja kelas dia terus ke Hotel Seri Malaysia yang agak jauh dari kolejnya. "School was great. Everything's quite good actually."
Rayqal tersenyum sinis. "That good huh?" Nada soalannya penuh dengan seribu makna.
Maria faham yang abangnya itu sedang menyindirnya. Ah, apa dia peduli. Asalkan dia bahagia. Dia menjelir lidahnya sedikit mengejek abangnya. "Abang-abang sekalian tak nak makan?"
Raja Rajuna Syah anak kedua sekadar menggeleng kepala. Matanya masih sibuk membaca sesuatu di skrin ipadnya. Manakala anak lelaki ketiga pula, Raja Johan Aariffin tidak berkata apa-apa. Posisi duduknya juga seperti tidak bermaya. Dia duduk bersandar sambil menongkat sisi rahangnya. Seakan sedang tidur pun ada.
Maria menjungkit bahu dan terus memesan air dan makanannya sebaik saja pelayan lelaki yang agak muda datang ke sebelahnya. Setelah membuat pesanan, dia meletakkan tangannya pada tangan Rayqal . Dia melebarkan senyumannya. "How's life abang?
"As usual." Dia mengeluarkan curutnya dari poket dalam jaket yang di pakainya. Di nyalakan dan disedut beberapa kali. Asap curut beraroma yang memenuhi ruang mulutnya di hembus ke udara. "Busy with meeting here and there."
Antara mereka empat beradik, Rayqal paling besar tanggungjawabnya. Hampir kesuluruhan perniagaan keluarga mereka dia yang uruskan. Abangnya yang kedua pulak banyak menguruskan hal pengoperasian syarikat-syarikat kecil manakala abangnya yang ketiga..., ah Maria tidak pasti sebenarnya. Abangnya Raja Johan Aariffin ini sedikit pelik. Banyak dia tidak tahu tentang lelaki yang seorang itu. Kalau ikutkan, sudah lama mereka tidak bertemu seperti ini. Tidak sekerap dia dan Rayqal. Dia sendiri memang berasa janggal dengan kedua abangnya itu. Jikalau dulu insiden di Lyon tidak berlaku, mungkin dia dan Rayqal juga tidak rapat. Dingin saja.
Hampir setengah jam mereka empat beradik berada di sana. Jam pula sudah melepasi angka 2 petang. Barulah kelibat kedua orang tua mereka kelihatan. Dari tempat duduk mereka jelas bagaimana kehadiran dua figura itu mencuri setiap mata yang ada di sana. Sesekali mereka akan di sapa dan berbual sebentar sebelum di sapa entah siapa-siapa lagi. Lagak mereka seperti artis terkenal. Ah, siapa saja tidak kenal mereka berdua. One of the Power Peoples in this world.
Rayqal membetulkan pakaiannya. Menyisir rambutnya kebelakang dengan jemarinya saja. Dia kena tampak kemas. Dia menyuruh yang lain juga membuat perkara yang sama. Juna menyimpan ipadnya lalu menepuk bahu Johan beberapa kali suruh bangun. Dia menggeleng kepala saja melihat adiknya itu. Maria juga berdiri apabila melihat Mama dan Papa berjalan beriringan menghampiri mereka adik-beradik.
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...