Maria duduk bersilang kaki di atas sofa empuk hitam kulit sambil meneguk perlahan latte sejuknya. Matanya tepat memandang di luar yang panas cuacanya.
Dia kini berada di tingkat paling atas. Tingkat 42 paling tepat. Dari tempat duduknya itu dia dapat melihat jelas Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Malah, banyak bangunan pencakar langir sedang rancak dibina. Sana-sini memacak tiang besi bangunan mereka. Ekonomi Malaysia waktu itu juga pesat berkembang. Stabil.
Ruang pejabat itu luas. Dua kali ganda dari apartmennya. Ada billiard di sudut hujung. Itulah benda pertama yang akan sesiapa nampak apabila masuk ke pejabat itu. Di sebelah kanan adalah ruang kerja abangnya. Meja komputer berbentuk oval berwarna cokat gelap, hanya ada laptopnya dan beberapa buku nota dan fail. Andai hari itu tiada dokumen perlu di semak, hanya ada buku-buku motivasi. Boring....
Ruang tengah pejabat itu pula diletakkan sofa L-shape kulit berwarna hitam dan satu meja kopi kaca warna senada. Kedudukan sofa itu mengadap ke arah luar bangunan. What a view. Percuma pula keindahan langit nan biru dengan sekadar tompok-tompok awan kapas. Ringkas saja susun atur dan pemilihan perabot. Sangat minimalis dan praktikal. Boring but aesthetically pleasing.
"What a pleasant surprise!"
Maria pantas meletakkan gelasnya dan terus berlari ke arah abangnya. Satu-satunya manusia yang dia paling serasi. Paling ngam! "Miss you la gila!"
Mereka ketawa kecil. Lama mereka berpelukkan dan kemudian mencium pipi masing-masing.
"I miss you too 'lil sis." Rayqal berjalan ke meja kerjanya. Meletakkan ipadnya dan buku nota di atas meja lalu menanggalkan kot hitam yang dipakai lalu di sangkut ke penyangkut baju besi di belakang meja kerjanya. Lengan baju panjang warna biru laut di lipat rapi hingga ke paras siku. Manis senyumannya melihat adiknya yang lama dia tidak jumpa. "To what do i owe the pleasure sis?"
Raja Rayqal Aariyaz. Setara nama dan orangnya. Tinggi lampai. Tegap dengan bidang dada yang luas. Rambutnya kemas terbelah tengah. Potongan rambut yang agak popular masa itu. Alis matanya bundar tapi sinarnya memukau. Hidungnya mancung terletak. Alis bibirnya munggil merah. Kumisnya halus segak terletak. Memberi satu persona figura seorang pemimpin yang tegas dan berwiba.
Maria ketawa kecil. "I just miss you abang." Dia memeluk lagi badan lelaki itu. Sedikit rasa nyaman. "Really miss you."
Raja Maryam Arianna. Tapi dicanang Maria sahaja. Nama secantik tuannya. Rambut panjang ikal mengurai. Alis matanya tajam seperti serigala namun kaca matanya lembut membuai rasa. Hidungnya mancung. Bibirnya tidaklah nipis dan tidaklah terlalu tebal namun bisa menggoncang dunia dengan tiap katanya.
Mereka duduk bersebelahan mengadap ke luar langit. Masih panas suhunya. Namun tekak mereka sejuk dibasahi dengan air kegemaran masing-masing. Hampir setengah jam mereka berdua duduk disitu tanpa sebutir perkataan keluar dari mulut mereka.
Sunyi seperti itu adalah kebiasaan buat mereka. Mereka berdua mampu duduk tanpa berbual hingga berjam-jam lamanya. Tanpa ada sedikit rasa kecil di hati. Situasi itu adalah normal.
"I missed this!" Maria melihat abangnya. "And you for most I long." Dia meletakkan tangan pada pipinya.
Rayqal memegang erat tangan adiknya itu lalu di rangkul perlahan ke dalam dakapannya. "You seems happy. Really happy i reckon. Dah jumpa kekasih hati ke?"
Dia menjugkit bahu. "Entahlah." Dia tidak pasti apa jawapan yang harus dia beri. Maria tahu abangnya jenis tak kisah sangat siapa pilihan hatinya. But still.... mama..papa... and others.... ahhh sebab tu aku tak rapat dengan yang lain!
"Anna....." Panggil Rayqal lembut. Sangat lembut seakan hembusan panggilan itu seakan menjemput gugurnya rembesan matanya. Anna. Hanya abangnya yang itu saja memanggil dia Anna. Kerana pada fikirannya, nama Maria itu tidak sesuai dengan adik kesayangannya itu.
Rayqal memeluk bahu Maria. Erat. "Anna. Tak kira apa yang you rasa sekarang. Enjoy it. If it gives you butterfly, let it fly freely. You have the right to be happy."
"Tapi, she seems unsure about us." Nadanya sedikit lemah. Ada getar dalam intonasinya.
"Sesiapa saja akan rasa unsure about this Anna. Kita bukan di States or France yang you freely being you. Orang kat sini memang takkan boleh accept what you do. But, yang penting is your feeling, and her feeling. Do you guys feel the same thing?"
Maria terdiam. "I don't know about her." Dia merenung mata Rayqal. "But I love her."
Lama mata bertaut. Sehingga berkaca mata Maria. Rayqal memeluk adiknya. Menepuk perlahan belakang badan gadis itu seakan memujuk dalam diam.
Rayqal tahu. Dia tahu semua ini salah. Abnormal. Tetapi dia tidak sanggup kehilangan adiknya. Cukuplah hanya sekali dia pernah merasa kehilangan Maria. Cukuplah hanya sekali dia melihat adiknya hampir mati dengan wayar berselirat di tubuhnya yang kaku dengan doktor di hospital berhempas pulas membuat cpr selama hampir 15minit. Ianya adalah satu keajaiban yang Maria masih ada depan matanya sekarang.
"Should I move back to Lyon, abang?" Tanyanya lemah. "Should I?"
"No!" Rayqal mengeluh. "Not now Anna. Not now." Pelukannya makin erat. "I just got you back. I tak nak hilang you lagi."
Suasana sunyi kembali. Maria didalam dakapan abangnya lama. Mereka sama-sama merenung langit yang semakin senja. Awan kapas tadi hilang. Langit nan biru tadi berubah menjadi semakin gelap. Bangunan di sekeliling mula memasang lampu ruang kerja mereka. Walau langit di atas makin suram, hidupan di darat makin rancak kesana-sini. Macam semut. Inilah kehidupan kotaraya Kuala Lumpur. Bandar yang tidak pernah tidur.
Lebih kurang jam 8 malam, mereka masing-masing membawa haluan masing-masing. Sempat Rayqal berseloroh tentang Dini. Bila hendak diperkenalkan mereka berdua. Bila hendak bawa jumpa famili yang Rayqal tahu Maria tidak akan bawa. Dia senyum kecil.
"Rindiani." Ungkapnya perlahan.
Rayqal berpeluk tubuh duduk di kerusi rotan di balkoni rumahnya. Di hadapannya ada segelas wine merah dan curut yang masih berasap di ashtray. Dia terkenangkan adiknya tadi. Dan juga tentang Dini.
Dia menghela nafas panjang.
Rindiani Roslan. Ringkas aja nama gadia itu. Sebenarnya, sebelum Maria datang berjumpanya dan bercerita sedikit tentang Dini, Rayqal telah tahu semuanya dahulu. Semua tentang Maria, dan semua tentang orang yang rapat dan berkawan dengannya dia tahu. Termasuklah Rindiani Roslan.
Anak tunggal. Ayahnya meninggal 3 tahun lepas kemalangan jalanraya. Ibunya Puan Rohaya. Pesara guru. Tinggal bertemankan adik iparnya yang juga ibu tunggal di Kempas. Keluarga yang sederhana.
Berbeza sekali dengan keluarganya. Ibarat enggang dengan pipit. Tetapi, Dini tidak tahu siapa Maria. Tiada siapa yang tahu kecuali Adam. Namun Adam telah Rayqal selitkan pesanan agar tidak beritahu sesiapa siapa adiknya itu. Kerana dia tahu, manusia boleh jadi buta dengan wang ringgit dan juga darjat. Cukuplah mereka pernah di pergunakan dengan macam-macam orang.
Setelah balik ke Malaysia 2 tahun lepas, adiknya cuba hidup paling sederhana setanding dengan gadis biasa seusianya. Dia cuba selindung dengan kereta honda terpakai, menyewa apartmen kononnya dengan pramugari-pramugari yang jarang balik padahal 2 bilik yang lain itu penuh dengan barang dan pakainnya dari pelbagai jenama. Itu saja dia tidak mampu sembunyi.
Rayqal mengeluh berat. Dia cuma berharap insiden di Lyon tidak berulang lagi.
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...