Pang!!!
Maria memegang pipinya. Pedih. Sakit yang teramat sangat. Dia dapat rasakan bibirnya berdarah. Matanya berkaca. Menitis jatuh air matanya saat dia berpaling melihat Raja Alaudin. Dia tidak sedih tetapi dia marah. Why now? Perasaan benci mula terbit.
"Bodoh!" Tempiknya. "Hidup bodoh macam ini yang kau pilih?" Dia menggenggam berkali-kali tangannya. Seumur hidup anak gadisnya itu, inilah pertama kali dia naik tangan. Marahnya bukan kepalang. "Kau saja nak memalukan aku ke Maria!?"
Dia menghenyakkan badannya ke sofa kulit berwarna putih itu. Hatinya sakit. Yang lain yang ada di sana langsung kaku dia ruang tamu rumah orang tua kaya itu. Orang gaji yang ada mula cabut lari ke luar dapur. Risau kalau mereka pula jadi mangsa amukkan majikan mereka.
Adam juga tidak mampu membuat apa-apa. Sebelum Maria sampai, dia dah kena marah dulu. Habis semua cerita terbongkar. Lebih-lebih lagi tentang kehidupan dia dan isterinya itu. Begitu juga tentang dia yang asyik berpelesaran sana-sini dengan GRO kelas atasan setiap kali ada urusan di luar negara. Hal Maria yang songsang juga sekejap saja sampai ke pengetahuan bapa mentuanya itu.
"It's my life. Papa dah takde hak atas I." Matanya tajam merenung papanya. "I'm your daughter hanya di atas kertas saja Raja Alaudin Syah!"
Lelaki tu mengetap bibir. Sakit hatinya mendengar kata-kata itu. Isterinya yang berdiri di belakang sofa yang diduduknya itu juga sakit hati. Tidak dia sangka yang Maria boleh selancang itu.
"I bukan budak-budak lagi. Ah even I was a kid pun you guys never there. Hidup Maria hanya dengan maids dan driver saja. Then there was Abang Rayqal. Where were you? Papa? Mama?" Matanya tajam merenung kedua orangnya bersilih ganti. "When I was 16, i almost died because of you Raja Alaudin... Where were you?" Soalnya lagi. "Sekarang ni..., I dah besar. I'm not a girl anymore, I'm a woman.. baru nak tunjuk kuasa sebagai seorang ayah?" Dia ketawa kecil. "Dah terlambat!"
Raja Alaudin menggenggam kuat kepala tongkat yang di ukir bentuk kuda itu. Merah tangannya. Mukanya juga merah menahan marah. Dadanya berombak kencang. Raja Wardiya Aryana kelu. Air mukanya juga merah menahan sebak. Dia mengorak langkah ke depan lalu memegang bahu suaminya. Kuat digenggamnya.
"Maria..." Panggil Adam perlahan. Cuba untuk menenangkannya.
Wanita itu menggeleng tanda tidak mahu sebarang konfrontasi. "I'm sorry babe tapi I rasa I need to let go everything. Semua ni bullshit. Why now?! Why now baru nak tunjuk dorang care? Is it sebab nak jaga air muka dorang je?" Dia berpaling memandang kedua orang tuanya. "Malu kan? Malu sebab anak mereka ni Lesbian!"
"MARIA!!!" Tempik mamanya. "Show some respect!"
"Respect? Habis tu selama ini I buat apa? Bukan respect ke? I kahwin dengan Adam even we don't love each other. Look where it lead us?" Maria menerkup mukanya. "Can't you see? We're not happy!"
Makin kuat genggaman Raja Wardiya pada bahu suaminya. Hatinya pula pedih. Dia tahu anak gadisnya itu tidak bahagia. Tetapi dia percaya seiring dengan waktu segalanya akan berubah dan membaik. Sama seperti dia dan suaminya dahulu.
Mereka juga berkahwin bukan atas dasar cinta. Semuanya atas perancangan keluarga. Perkahwinan mereka atas dasar bisnes semata. Tetapi dia mampu bertahan hingga kini. Mampu juga melahirkan empat orang zuriat yang cukup sifatnya. Dia juga tidak cinta sama Raja Alaudin Syah namun dia pendamkan segala rasa dia jauh di lubuk hatinya. Aku juga tidak gembira Maria...~
"Look... nothing can be done here. If you nak cut off everything with me.. I don't care. Just do it! You nak buang nama I dalam wasiat ke whatsoever.. Buat! Aku tak heran la semua ni!" Dia melangkah keluar dar banglo itu. Adam terus mengejarnya.
Maria sebal dengan semuanya. Serabut kepala otaknya. Kenapalah baru sekarang baru nak menyibuk hal dia. Dia bukan budak-budak lagi.
"Maria!" Jeritnya. "Maria. Tunggu!" Adam menarik lengan wanita itu. "Hey! Chill lah... Rileks!"
"Serabutlah orang tua tu. You faham tak?"
Adam mengeluh. "I faham. Now, you rileks. Sabar. Take a deep breath." Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Mengajak Maria mangajuknya. "Come on." Ajaknya lagi.
Maria cuba bertenang. Dia mengajuk Adam mengawal pernafasannya. Kurang sikit debarnya. Adam melihat keadaan itu terus memeluk Maria. "Good girl." Dia mengusap belakang badan isterinya. "Good..girl.." Ucapnya lagi.
Layanan suaminya yang baik itu buat Maria sedih. Tidak semena-mena air matanya gugur. Deras membasahi pipinya. Dia menangis teresak-esak didalam pelukan suaminya. "Kenapa you baik sangat Adam? You deserve someone better." Ucapnya sambil menangis.
Adam hanya tersenyum. "I love you Maria... we are bestfriend." Dia menyeka air mata di pipi wanita itu. "How can I love someone else when she took my heart with her." Dia memeluk kembali wanita itu. Hatinya pula tiba-tiba sedih. Teringat akan cinta pertamanya.
Lelaki itu bukan tidak pernah cuba untuk mencintai wanita lain, tetapi dia tidak mampu. Jiwanya kosong. Wanita-wanita yang dia kenal bukannya tidak cantik, tidak lawa.. semuanya ada kelebihan masing-masing. Cuma hatinya seakan tertutup untuk mencintai orang lain.
"Feeling better?" Tanyanya.
Maria hanya mengangguk. "Let's go home."
Enjin kereta Lamborghini Urus warna kuning itu di hidupkan. Adam yang memandu. Maria di sebelah ketat saja mukanya. Di tariknya tali pinggang keledar dan di klip pada butangnya. Dia senyum pada isterinya. "Everything will be okay."
Dalam pekat likat malam yang panas itu, kereta mewah harga jutaan itu membelah jalanraya Kuala Lumpur menuju ke Subang. Tidak sabar rasanya mahu tiba di rumah dah berehat. Such a long day.
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...