Maria masih terkinja-kinja di khalayak ramai yang sama terkinja. Menari sambil memegang botol haram yang tirus muncungnya. Busuk. Hamis. Tapi Maria tetap meneguknya. Satu...dua...tiga teguk, lantas di sorak keriangan. Di julang tinggi botol itu. "Happy New Year Fucker!!!" Jeritnya sekuat mungkin. Namun jeritan laungan sekuat hati itu tenggelam seiring dengan muzik elektro. Dia gelak besar dan teruskan menari bersama orang sekelilingnya.
"Dah setahun bro... bila lagi?" Adam senyum sinis. Diteguknya air hitam likat hamis itu. Matanya tajam melihat liuk tubuh Maria yang sakan berdansa di tengah kelab. "Maria tu, not bad apa. Takla cantik macam model but still... she's a good catch."
Kamal sekadar merenung kosong. Setahun. 2007 di bulan Disember. Di kelab ini lah mereka berkenalan. Dari sekadar menjeling dan bertukar senyuman, terus menjadi teman berhibur dan bermabuk-mabukkan. Dia meneguk habis air dalam gelasnya. Di tuang yang baru dan dihabiskan dalam seteguk dua.
Maria mengekek-ngekek menghampiri Adam dan Kamal. Ternyata dia sudah mabuk. "Bro! apenii... lame!" Dihempas punggungnya ke sofa keras itu. Masih awal untuk pulang tapi, Maria telah menanggalkan kasut tinggi berjenama mahal itu. Di eja lain bunyi, di kata lari pula sebutannya. "Fuck! Melecet!"
Maria mengetap bibir. Tak terasa sakit melecetnya. Namun hatinya pula yang sakit. Tiba-tiba seakan remuk pula hatinya. Dia terdiam. Ketawa kecil lalu melihat ke tengah kelab. Baru dia sedar ramai rupanya ahli neraka bersamanya nanti. Matanya tertumpu pada setiap manusia-manusia yang sedang sakan menari. Macam-macam stail ada. Kau cakap cara apa kau nak?
Macam cimpanzi? Macam gajah tengah berarak? Macam tupai tengah cari dahan nak berpaut? Macam cacing kena siram air panas? Katakan saja, semuanya ada.
Dia hilang tiba-tiba. Hilang dalam hatinya sendiri. Hati yang merindu.
Adam dan Kamal saling berpandangan. Seakan dah biasa dengan situasi itu.
Matanya masih di situ. Namun tertumpu pada satu bayang yang samar. Susuk tubuh itu dia kenal sangat. Malah setiap helaian rambut yang mengurai itu juga dia kenal sangat. Sayang... Maria menahan air matanya dari menitis. Disekanya supaya jelas apa yang di lihatnya itu. "Awak ke tu?" Bisiknya. "Aku rindu kau gila!!!"
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...