Aira asyik tersengih dari tadi. Geli hati melihat Dini yang masih keliru. Wajahnya kelat memandang bihun goreng di atas meja.
"I hope you don't mind i godek dapur you ni."
Dini menggeleng perlahan.
"Makanlah." Ujar Aira. "Kalau tak sedap sorry ya. I tak tahu you suka apa." Dia mencedok telur mata masuk ke dalam pinggan Dini kemudian didekatkan cili kicap pada wanita itu. "Kalau tak pedas boleh tambah cili potong ni."
Dini menelan liur. Dia sememangnya lapar. Sejak Puan Rohaya meninggal dunia, dia tidak ingat bila kali terakhir dia makan. Dia hilang selera. Namun, pagi itu perutnya betul-betul berkeroncong macam sedang membuat konsert di Dewan Filharmonik di Kuala Lumpur.
Baru saja dia hendak mencapai garpu di hadapannya, Aira mencapai dulu. "Takde selera ke? I suaplah." Pantas saja tangan wanita itu menarik pingganyya. Di pusingkan garpu itu pada bihun tersebut hingga bergulung lalu di sua pada Dini. "Aaaa... " Mulutnya sedikit terbuka. Menyuruh Dini membuat perkara yang sama. "Aaaaaa....."
Aishh dia ni! Dini mengetap bibir. "I boleh suap sendiri." Dia ingin merampas garpu tersebut tetapi pantas saja tangan Aira lari darinya.
"Aaaaaa......." Dia menyuakan lagi sekali dan kali ini betul-betul kena pada hujung bibir Dini.
Dini mengeluh. Dia menganga. Saat dia mengunyah makanan itu..... matanya membulat. Ya Allah sedapnyaaaaa..... Ke aku lapar sangat ni? Dia mengunyah makanan itu rakus.
"Sedapkan? Kalau orang suapkan memang lagi sedap." Kali ini dia meletakkan secebis telur kuning dan sebiji cili padi potong pada sudu yang sudah ada bihun itu. "Aaa...." Dia menyua lagi.
Suapan kedua pula masuk ke dalam mulut Dini dan dia mengunyahnya lagi dengan rakus.
Hatinya redup. Lebih-lebih lagi apabila menerima layanan seperti anak kecil seperti itu. Hatinya berbunga-bunga pula. Lupa seketika akan kesedihan yang dia rasa selama ini. Tentang mak... tentang Maria.
"You tak makan sekali?" Dini memegang tangan Aira yang sedang menyua bihun itu pada mulutnya. Matanya memandang anak mata wanita di hadapannya itu. "Makanlah." Dia memusingkan pegangan itu ke arah bibir Aira. "Makanlah sekali." Ajaknya.
Aira tersenyum lebar. Tanpa membuang masa dia terus menyumbat makanan itu ke dalam mulutnya. "Errmmm sedap jugak I masak ek." Dia mengekek.
Wanita yang agak asing pada Dini itu masih tersenyum. Selepas dia menyuap Dini, dia akan menyuap dirinya sendiri. Makan bertambah juga mereka berdua. Setelah usai makan, masing-masing kekenyangan dan duduk di ruang tamu. Televisyen di hidupkan dengan bunyi yang perlahan. Sekadar untuk memecahkan suasana yang sunyi.
"So Aira. How?"
Aira tersenyum. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan dihulurkan pada Dini setelah dia membuka aplikasi google. "It's everywhere. So i call office you untuk minta alamat rumah you."
Dini mengetap bibir. Tidak percaya apa yang di bacanya. Apa wartawan zaman sekarang ini memang ketandusan idea ke? Berita tentang kematian maknya pun mahu di war-warkan. Dia bukan sesiapa. Puan Rohaya juga orang biasa. Tidak perlu rasanya jika mahu di sensasikan.
"Maybe sebab Projek Sari baru complete. So you quite the attention now." Katanya tiba-tiba.
Dini kelu. Aira seakan dapat membaca apa dalam fikirannya. Dia mengeluh berat. Tapi apa yang dia bengang apabila alamat rumahnya itu sewenang-wenangnya di beri kepada orang luar.
"Janganlah marah budak office you sebab bagi alamat rumah you. I'm sure they mean well."
Dahinya berkerut. Ehh dia ni. Ada kuasa psikik ke boleh baca fikiran aku ni. Seram lah pulak si Aira ni!
"Nooo... I takde superpower macam Jean yang boleh baca fikiran you." Aira ketawa kecil.
"Ehhh... tahu pulak apa I fikir."
Aira menjungkit bahu. "Since first time we met we seems like connected kan?"
Dini akur. Memang sejak pertama kali mereka jumpa memang mereka rasa selesa bersama. Namun tidak banyak yang dia tahu tentang Aira. Mereka kalau berjumpa pun sekadar minum bersama, berbual benda-benda bodoh... kemudian lanjut ke bilik aktiviti mereka. Melayari fantasi seks mereka.
Jika tidak salah kiraanya, mereka bertemu 2 tahun lepas di Pulse Club. Kelab malam di Singapura yang rata-ratanya yang datang merupakan golongan LGBTQ+. Dini duduk seorang diri waktu itu menunggu kawan-kawannya yang lain. Kawan-kawan yang hanya akan berkumpul di situ sahaja. Keluar saja dari kelab malam tersebut, masing-masing membawa haluan masing-masing.
"You pernah cakap you ada mak you saja. So... here I am." Aira senyum. "I'm sorry kalau buat you tak selesa or whatsoever."
Dini sememangnya tidak selesa. Kalau boleh dia mahu menyendiri. Dia mahu seorang diri melayan sedihnya. Tetapi entah mengapa kehadiran Aira seakan membuat dia lupa akan semua rasa sakitnya. Kehadiran wanita di sebelahnya itu seakan memberi satu rasa nyaman yang lama dia tidak rasakan.
Dia tertanya-tanya dalam hati kalau Maria juga tahu akan berita tersebut. Adakah Maria akan datang kembali kepadanya? Adakah mereka akan kembali bercinta seperti dahulu?
Aira memeluknya tiba-tiba. "I ada if you need me." Makin erat pelukannya.
Dini tidak menolak. Dia memeluk Aira kembali. Dia dapat rasakan seakan segala kesedihannya keluar dari tubuhnya. Dia selesa. Dia nyaman. Kalau boleh dia mahu rasa itu kekal bersamanya sampai bila-bila. Namun jauh di lubuk hatinya, dia masih inginkan Maria.
Maria cinta pertamanya.
Aku rindu kaulah giler...!!!!
----- T A M A T -----
![](https://img.wattpad.com/cover/332306625-288-k757175.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...