Bab 33

66 1 0
                                    

Maria merangkul pinggang Dini dari belakang. Wangian Alien Mugler menusuk terus ke dalam lubang hidungnya. "You smells nice." Bisiknya.

Dini sekadar mengukir senyuman. Tongkat motornya disepak ke belakang dan dia terus memusing tombol motornya perlahan-lahan lantas, bergoleklah dua biji tayar motornya membelah jalanraya di Bandar Muar itu.

Mereka sarapan pagi di Warung Mak Aini. Siapa saja tidak kenal air tangan Mak Aini. Sedap! Memang popular kedai makannya itu. Orang tempatan tahulah betapa sedapnya makanan di situ. Malah, Maria juga memuji lontong kering di situ. Sedap katanya. Dini pula sekadar menjamah beberapa jenis kuih tradisional.

"By the way, macam mana proposal projek tu?" Tanya Maria sambil lap mulutnya yang sedikit comot dengan ibu jarinya. 

Dini tersengih melihat gelagat wanita yang takut comot pula lipstiknya. Dia mendekatkan sedikit tubuhnya pada Maria lalu lap hujung bibir dia dengan tisu. "Well..."

Mata mereka bertaut.

Masing-masing tersipu.

"Well... I tunggu boss you approved saja."

Maria berdehem. "Then, I approved it!"

Dini mengangkat keningnya tinggi. "What..do...you...mean..."

"I approves it!" Dia ketawa kecil. "Settle kan?"

"You person incharge ke?"

Maria menggeleng.

"Boss?"

Menggeleng lagi.

"Big boss?"

"Sort off." Jawabnya ringkas lalu menguk perlahan teh tarik yang pekat dan kurang manis itu. 

Dini tidak puas hati. "Maria.. jangan main-main eh!"

Wanita di hadapannya yang cantik berkemeja lengan panjang kuning cair dan di padankan dengan seluar jeans hitam bersama dengan but paras pergelangan kaki itu menggeleng beberapa kali. "I tak main-mainlah. You didn't check our company background ke?"

Dini berpeluk tubuh. "I check lah.. sebab tu I tak percaya dengan you ni. Supposedly I deal dengan Mrs. Anna kan. Who she? PM?"

"Mrs. Anna?" Tanyanya untuk kepastian. Dini sekadar mengangguk. "It's Miss and it's me."

"Bulls! You saja kenakan I eh?"

Maria memusingkan anak mata hitamnya 360 darjah. "You lupa nama I? Full name I."

Dini mengetap bibir. "Errr... ." Aku lupa ke? Tapi tak mungkinlah aku lupa. "Nama you kan... Raja Mariam... ." Nadanya ada sedikit getar. "Kan?" Tanyanya lagi apabila melihat air muka Maria yang berubah sedikit.

Alaaa... buat muka kelat dia ni. Mesti salah ni. Tapi betullah... . Nama famili dia semua ada raja di awalan. Ke aku lupa? Tapi macam tak mungkin jugak aku lupa kan?

"Sampai hati you lupa nama I."

Dini telan liur. Shittttt!

"Baru 15 tahun dah lupa nama. Kalau 25 tahun lupa terus agaknya kan?" Maria berpeluk tubuh.

Merajuk pulak orang tua ni. Buruk tapi comel. Ehh kalau tengok lagi sekali ni takdelah buruk. Lawa je. Macam Miss Malaysia. Kalau cakap macam Miss Universe macam tak cukup kriteria pulak tang ketinggian. Heehhhehe...~

Dini menggenggam erat tangan Maria. "Jangan merajuk Raja Maryam Arianna. I gurau saja." Dini ketawa kecil. "Not even a second I forget about you." Genggamannya makin erat. "I bayar jap. Tunggu I kat motor eh." 

Lagi sekali wangian Alien Mugler itu menerawang ke dalam kepalanya apabila Dini bangun dari duduknya. Maria pejamkan mata sambil menarik nafas sedalam yang mungkin. Kalau boleh dia mahu wangian itu biar melekat terus dalam fikirannya.

"Laa... kita suruh tunggu kat motor. Dia berangan pulak kat sini." Dia menarik halus rambut Maria. 

Wanita itu terkejut sedikit lalu ketawa kecil. Dia berdiri lalu menjugkit bahu. "Siapa suruh wangi sangat."

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke motor yang diletakkan beberapa meter dari meja makan mereka. 

Aura mereka berdua sungguh kuat. Hampir semua mata di situ memandang gelagat mereka. Takjub barangkali pada mata mereka dengan gaya kedua wanita itu. Not too young..not too old. But yet.. mesmerizing.

"Kita ke office ok. Since you the owner, sila turunkan cop mohor you dekat proposal I tu." Gelak Dini.

"Sure. Then we talk about us ok? Boringlah pasal kerja je."

Mereka berbalas senyum. Macam-macam perkara mula bermain dalam fikiran mereka.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now