Bab 32

36 2 0
                                    

"How."

Maria hanya tersenyum.

Adam juga turut tersenyum. "She's getting prettier."

Makin lebar senyumannya. "Yeah."

Adam masih bergaya. Makin tua makin kacak. Badannya juga makin fit. Terbojol otot-otot di tangan, kaki dan badannya. Di hadapan cermin bilik hotel itu, dia menepek krim pelembap pada mukanya. 

Maria masih berbaringan di atas katil merenung siling bilik hotel tersebut. Fikirannya masih memikirkan Dini. Merinduinya. "Berapa lama you di SG?" Tanyanya tiba-tiba.

"Not long. Maybe after 3 days i balik KL terus. You be good okay?"

Maria ketawa kecil. "I will."

Adam menyarung t-shirt putih Ralph Lauren yang dipadankan dengan seluar pendek biru gelap. Di pandang isterinya yang gembira selepas berjumpa bekas kekasihnya yang dia tinggalkan dahulu.

"Babe..." Dia duduk disebelah isterinya itu. "No matter what is your plan is, be careful. Ingat... her mom still alive. Your parents too." Adam mengusap ubun-ubun Maria lalu mangucup dahi wanita itu.

"I will. Don't worry okay? I will." Dia mencium tangan Adam. "Have a safe journey hun.. . See you at home."

Maria duduk di hujung katil sambil ekor matanya melihat saja Adam keluar membawa beg pakaiannya. Di luar pintu bilik sudah menunggu Pak Atan yang akan membawa Adam ke Singapura. Dia kurang pasti urusan bisnes yang mana tetapi mengenali Adam, tiada beza pun antara urusan bisnes mahupun liburan. Yang pasti dia sentiasa membawa keuntungan pada syarikat. That's why papa love him very much!

Rancangan mereka untuk menghalang perkahwinan itu terjadi ternyata gagal. Ingin memberontak dan lari dari rumah, ternyata ianya bukan mudah. Hidup susah dengan makan minum di catu benar-benar menyesakkan. Pernah juga dia terpaksa merempat di kaki lima sebab tidak mampu membayar sewa bilik. Bagi Maria, dia hanya mampu bertahan 3 bulan saja. Untuk Adam yang lari ke Florida, yang kononnya ada kawan yang sanggup bantu. Juga terduduk. Tidak sampai 5 bulan sudah di halau temannya.

Mereka berdua tahu, ini semua rancangan orang tua mereka. Kad kredit disekat. Nama mereka disenarai hitam untuk kerja di mana-mana. Sengaja saja mereka ingin menyusahkan anak mereka. Ternyata rancangan mereka berhasil. Tidak lama selepas Adam dan Maria pulang ke pangkuan keluarga masing-masing, mereka ditunangkan. 

Kecoh juga berita pertunangan mereka. Mana tidaknya, anak taikun Malaysia berjodoh. Selang 4 bulan kemudian, mereka dinikahkan dan bersanding di salah sebuah resort mewah di Terengganu. Malah mereka pilih untuk berbulan madu ke Koh Samui dan Bangkok saja. Untuk ke negara Eropah mereka sudah jemu.

13 tahun perkahwinan mereka, masih belum punyai anak. Malahan mereka tidak pernah bersama pun. Aksi manja romantis mereka di depan khalayak umum hanya untuk menutup mulut orang saja. Mujurlah mereka memang berkawan rapat, jadi tidak segan silu kalau setakat mahu berpelukkan atau mencium pipi masing-masing.

Masalahnya sekarang, malah sejak dari dulu lagi. Masalahnya adalah reputasi keluarganya dan juga Puan Rohaya. Maria mengeluh.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia melihat nama di skrin. Panggilan video rupanya.

"Hey!" 

Kedua-dua wanita itu tersenyum lebar. Merah juga muka masing-masing. Malu.

"Hey. Baru sampai ke?"

Dini mengangguk. "Baru lepas mandi ni. You buat apa?"

Maria menggeleng perlahan. "Takde buat apa-apa. Just thinking of you."

"Flirting ke tu?"

"Nope... jujur je ni... . I miss you!"

Dini ketawa kecil. "I miss you too. Esok you datang office i kan? Kita tak sempat discuss pasal Projek Sari tu."

"Yeah. But can you pick me up? Teringinlah naik motor you tu. Macam stylo giler." 

"Well.. you lucky I ada extra helmet. Tomorrow at 8.30 boleh? Then i bawak you pergi breakfast and than kita discuss pasal projek tu."

"Sure.! Can't wait!"

"Jangan pakai seksi sangat ya!"

"Ye sayang. I pakai jubah ni esok naik motor dengan you. Baru rare kan?"

Mereka berdua gelak sama. Di sambung pula macam-macam cerita di bualkan. Pasal bisnes. Pasal zaman universiti. Saat mereka ke kelab malam berparti mabuk tak ingat dunia. Semua lah di sembangnya hingga terlelap. Cuma kisah percutian mereka saja yang sedikit pon langsung tidak di bicarakan.

Sepedih itu barangkali kisah di Pulau Babi itu yang kini lebih dikenali dengan Pulau Besar.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now