Raja Alaudin Syah berdecit. Di perhatikan satu persatu gambar anaknya di paparan skrin ipadnya. Mukanya merah. Dadanya berombak kencang. Macam-macam rasa berlaga di dalam raganya.
"Anak tak guna!" Dia mencampakkan ipad itu kasar ke lantai.
Daud menggenggam kuat kedua-dua tangannya yang lurus di sisi pinguul. Jahanam ipad aku! Patutlah penyiasat dulu-dulu di print aje gambar-gambar yang ada. Arghhh sial la orang tua ni. Nasib baik kau kaya orang tua!
Lelaki tua yang nampak uzurnya itu menumbuk meja. Berdentum bunyinya dalam ruang pejabat yang hanya ada mereka berdua saja. Jantungnya laju. Marah sungguh dia melihat gambar-gambar itu.
"Bila benda ni jadi?"
"Baru saja lagi Tun." Ada sedikit kegusaran pada tona suaranya. "Kebetulan mereka deal untuk projek yang sama."
Raja Alaudin Syah memegang dadanya. "Memalukan!"
Ruang itu sepi seketika.
Si tua sedang mengarang pelbagai senario di dalam fikirannya. Apa yang harus dia buat? Semuanya menyebalkan. Fikirnya, semuanya akan berakhir jika anaknya itu berkahwin. Tetapi lain pula jadinya. Sudah 15 tahun, masih tidak berubah.
Maria masih dengan dunia songsangnya. Perkahwinan dia dengan Adam sekadar hanya mahu menutup pandangan masyarakat umum. Fikirnya, masa mampu untuk memulihkan keadaan. Ternyata dia silap. Mengahwinkan mereka secara paksa ternyata satu kesilapan juga. Hasilnya? Anak dan menantunya itu sedang seronok mempermainkannya. Mujur Adam masih bijak dalam pengurusan kerjayanya. Dalam dia berhibur sana-sini, dia masih membawa masuk pelbagai pelaburan ke dalam syarikat.
"Adam kat mana?"
"Masih di Singapore Tun. Dia masih deal dengan investor dari Saudi dan China."
"Hmmm...." Dia menegakkan duduknya. Mengeluarkan sesuatu dari dalam laci pada kaki kirinya. Di letakkan satu sampul berwarna putih seperti tebal saja isinya. "Upah kau! Termasuk duit ganti ipad kau tu." Di tolak kasar sampul itu hingga terjatuh ke atas lantai betul-betul di hadapan Daud.
Kurang ajar punya orang tua! Kau takde tangan ke nak bagi baik-baik!
Daud berlutut dan mengambil sampul yang tebal itu. Kalau bukan sebab upah kau bagi aku ni banyak, memang takdenya aku nak jadi balaci kau sial! "Thank you Tun!"
"Teruskan follow mereka. Kalini report pada aku kalau ada something happen je. Faham?!"
"Faham Tun!" Daud berlari anak mengambil ipadnya lalu keluar dar pejabat Raja Alaudin. Sebaik saja dia menutup pintu dan memusingkan badannya, muncul tubuh seorang lelaki yang sedang meniliknya.
"Daud? Buat apa jumpa Tun?" Tanya Rayqal serius.
Daud menggaru tengkuknya yang tidak gatal. "Encik Rayqal.. ermm... Tun minta saya siasat satu company ni." Dia teragak-agak. Takut tersalah cakap. "Saya gerak dulu tuan." Laju-laju dia beredar dari sana. Risau tembelangnya pecah.
Rayqal mengeluh. Riaknya tenang kerana, dia tahu siapa yang Daud ekori. Dia menggeleng perlahan.
"Papa.. ." Panggilnya perlahan sebaik saja dia memasuki ruang pejabat yang sederhana besar itu. Dia mendekati lelaki tua itu lalu bersalaman dan mencium tangannya.
Raja Alaudin berdecit. Di tenung wajah anak sulung lelakinya itu. "Dah berapa lama kamu tahu pasal Maria?"
Rayqal menyeluk poket seluarnya. Air liurnya di telan kelat. "Since Lyon." Jawabnya pendek.
Sepi...~
Lelaki tua itu bangun dari duduknya. Di capai tongkat yang bersandar pada sisi meja kerjanya lalu berjalan perlahan menuju ke arah tingkap yang pemandangannya bersajikan jalan raya Bukit Bintang yang padat dengan manusia dan jentera yang pelbagai. Manusia yang berjalan juga terlihat sangat kecil seperti semut-semut hitam yang sedang mencari pemanis.
"And you never told me bout it!"
Rayqal menelan lagi air liurnya yang semakin kelat. "You never here... Papa. Never."
Teriknya cuaca di luar itu, tidak mampu melawan rasa perit yang orang tua itu sedang tahan. "You always can call me Rayqal. At least a fucking damn e-mail!" Bentaknya. Dia menoleh ke belakang. "Insolence!"
Rayqal tunduk memandang hujung kasut kulitnya. E-mail? Aku yang kurang ajar atau dia yang takde otak. We talking abaout her daughter, my sister. Not a damn fucking business! E-mail???! Aku rasa bapak aku ni dah mereng!
"Maybe you lupa, I pernah call regarding her incidents in Lyon. Do you remember what you've said?" Dia merenung Raja Alaudin. Tajam. "You told me to settle it without wanting to know what actually happen. Remember?"
Dia berdecit.
Hatinya panas. Dia dapat merasakan seluruh tubuhnya panas. Mukanya naik marah menahan geram. Sebagai seorang lelaki yang tidak pernah ditentang kata-katanya, dia berasa egonya sedikit tercalar.Di luar sana, dia hebat mengatur macam-macam. Dia bijak menarik masuk pelabur dari negara-negara besar. Keuntungan yang diraih besar. Kiri kanan depan belakang orang-orangnya turut mendapat tempias di atas keuntungannya.
Namun, di dalam rumahnya sendiri, dia gagal. Gagal sebagai seorang ayah pada anak-anaknya. Sesempurna Rayqal yang di hadapannya ini pun, tetap punya kekurangan pada matanya. Lembik!
"You as her brother, you should take care of her."
"It's not me who bring her along and put her somewhere where she don't have anyone to rely on!" Bentak pemuda itu. Dia bosan. Bosan dengan perangai papanya yang enak saja meletakkan seluruh kesalahan pada bahunya. "She was 16 for God sake papa! 16! And you left her with a chauffer and a maid?!" Tangannya di kepal kuat. "Bapak jenis apa kau ni?!" Bentaknya.
Raja Alaudin Syah tersentak mendengar kata-kata Rayqal. Hatinya sakit. Sesungguhnya, dia tahu dia salah. Tetapi sukar untuk dia mengakuinya. Dia tidak tahu bagaimana untuk betulkan balik semuanya. Masa yang berlalu tidak boleh berpatah kembali. Kudratnya juga tidak seperti dulu.
"We are not kids anymore. And you not so young. If you try to fix it.. lupakan saja. Dah terlambat. Nothing you can do papa. You tak boleh paksa kami macam dulu-dulu." Rayqal menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan. "Zaman dah berubah. Pemikiran manusia dah moden. This is the new era. I know it's wrong in our religion." Dia telan liur. "Papa rasa dengan apa didikan papa pada kami selama ni..., she will give a damn ke.?"
Sepi.
"Papa will never understands us. Do you even know what happen to Juna and Johan before this? Tidak kan? You busy going here and there. Meeting sana meeting sini. You sikit-sikit upah saja private investigator untuk ambil tahu pasal anak-anak you. Why don't you just be normal like other dad? Just give us a call!"
Matanya berkaca. Lama sungguh dia pendam rasanya itu. Akhirnya, pada saat yang tidak di jangka itu dia mampu meluahkannya.
"Call us.. tanya khabar. Berbual... . Tapi... nada." Dia berjalan beberapa langkah ke hadapan mendekati orang tua itu. "Jumpa kami ni.., dalam setahun berapa kali saja. Bila dapat berita dari orang luar you terus marah saja. Never asked us why. And then you expect us to solves it like a pro? Where were you? You should be our role model, our mentor." Menitis juga air mata jantannya. "Where were you???"
Sepi...~
"Ingat papa, what happen to Maria is your fault. Kalau you tak tikam belakang Sir Francis, anak dia takkan jadi gila and balas dendam pada your daughter. The only daughter you had." Dia menunjal perlahan dada papanya. "Your fault."
Mata kedua anak-beranak itu bertaut lama.
Rayqal menyeka air matanya. Dia mengawal pernafasannya. Cuba mengawal rasa kecewanya.
"Just don't do anything stupid. Selama ini Rayqal yang jaga Maria. No matter what your plan is, I ada dengan dia. My only sister." Dia merenung tajam air muka papanya yang sedikit terkesima. "Your only daughter."
Raja Alaudin masih lagi tercegat pada posisi yang sama sedangkan Rayqal telah keluar dari pejabatnya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Rayqal padanya.
My only sister. Your only daughter.
Kelat dan pekat sungguh rasa air liurnya yang di telan.
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...