Firasat

63 2 0
                                    

Malam itu hanya mereka berdua saja di restoran untuk makan malam. Maria memilih untuk room service saja. Waktu itu bari jam 8 malam. Pengunjung tidak begitu ramai. Agak selesa dan makanan juga sedap. Kedua beranak itu seronok berbual sambil menikmati pelbagai juadah. 

"Baik betul eh profesor kamu tu bagi free voucher kt sini?" Tanyanya tiba-tiba.

Dini ketawa kecil. "Best student. Mestilah!" Padahal Dini menggunakan duit PTPTN dan duit belanja yang dikirim ibunya yang tidak terusik sangat. Maklumlah, belanja dia tidak begitu besar memandagkan dia tidak lagi menyewa dengan rakan-rakan yang lain. Banyak Maria yang keluarkan duit. Jadi fikirnya, untuk membalas jasa baik Maria di ajaknya temannya itu bercuti sambil berkenalan dengan satu-satunya ahli keluarga yang ada.

"Ye ke best student? Ke profesor kamu tu ada hati dengan kamu?"

Dini membulatkan matanya. "Ishhh... pitnah ni! Janganlah maakkkk... tua kerepot dahlah orang tu. Tak semenggah. Tapi kalau nak di jodohkan dengan mak memang sesuai." Tawanya.

Puan Rohaya yang sedang meneguk air kosong hampir hendak tersembur air di dalam mulutnya. Dia menelan cepat-cepat lalu terus mencubit lengan anaknya. "Merepek!"

Dini ketawa. Dia meletakkan sudu dan garpu ke atas pinggan. Di usap perutnya perlahan. Kenyang! Matanya meliar memandang keadaan sekeliling restoran itu. Ingin mencari kelibat Maria tetapi dia tahu teman wanitanya itu ada di biliknya. Sedih pula biarkan gadis itu keseorangan.

"Mak... nak tanya sikit boleh?"

Puan Rohaya yang baru sahaja habis makan mengangkat tinggi keningnya. "Nak tanya apa?"

Dini berkira-kira menyusun ayat paling sesuai. Dia tahu mak dia pasti tidak suka tetapi rasanya dia perlu tahu juga sebabnya. "Kenapa mak tak suka Maria?"

Bibirnya terkatup rapat. Maria... Saat itu terlintas wajah Maria pada fikirannya. Kalau ikutkan tiada apa salah pun gadis itu pada matanya. Cuma pakaian dia memang tidak sesuailah di bawa ke kampung. Cuma... Cuma..... 

Puan Rohaya mengeluh. "Firasat seorang ibu tidak pernah salah Rindiani." Jawabnya ringkas.

"What do you mean?" Dahinya berkerut hampir bercantum keduanya.

Puan Rohaya tersenyum. Dia merenung jauh ke dalam anak mata anaknya itu. Ingin saja di beritahu semuanya namun, dia merasakan masa itu tidak sesuai. Apa yang terbuku di hati nampaknya belum boleh lagi untuk di ceritakan.

"Mak nak balik bilik. Nak solat, rehat." Dia terus bangun dan berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik mereka.

Dini terpinga-pinga- Sungguh dia benci punya rasa tertanya itu. Seakan tidak lengkap aturan hidupnya jika ada benda yang tersangkut di tengah-tengah. "Mak!" Laungnya terkocoh-kocoh membontoti wanita tua itu. Ishh.. tadi rasa macam jalan slow je. Macam jauh je aku kena tinggal ni... . "Mak!! Lajunyaaaa.....~"

Dia memeluk lengan Puan Rohaya. "Amboiii lajunya jalan! Penatlah orang kejar sambil bawak ayam dalam perut ni." 

Puan Rohaya ketawa kecil. Dia tidak bersuara apa-apa. Sekadar menepuk perlahan belakang telapak tangan Dini yang sedang memeluk lengannya.

Mereka berjalan beriringan. Kelu masing-masing. Hanya kedengaran desiran ombak yang ligat memukul ke pantai. Sesekali akan terasa hembusan bayu menampar pada kulit mereka yang terdedeah. Selendang yang di pakai Puan Rohaya pula nampak cantik beralun tiap kali angin bertiup.

Ketika di muka pintu, Dini tidak masuk. "Mak, Dini jumpa Maria kejap ya. Kesian dia sensorang kat sana." Dia senyum sumbang. Tersenget-senget melihat wajah Puan Rohaya lalu menutup pintu perlahan.

Puan Rohaya mengetap bibir. Matanya berkaca. "Astaghfirullahala'zim." Dia terus ke bilik mandi untuk berwuduk. Selesai saja, dia terus membaca doa selepas wuduk:


اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ.

 Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah

وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. 

Wa-asy-hadu Anna Muhammadan 'Abduhu Warasuluh.

اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ، 

Allahummaj-'alni Minat Tauwabin,

وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ 

Waj-'alni Minal Mutatahhirin

.وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ 

Waj-'alni Min 'ibadikas-solihin. 

Di bentangnya sejadah dan ditarik nafas beberapa kali dan di hembusnya perlahan. Di bacanya niat di dalam hati lalu di angkat takbiratul ihram. "Allahu Akhbar."

Empat rakaat solat isyak sudah selesai namun wanita itu masih lagi di atas sejadahnya. Tangannya masih berdoa. Lama. Air matanya juga menitis laju. Hatinya betul-betul rasa terhiris.

"Ya Allah Ya Tuhanku... aku tak kuat Ya Allah. Aku tak kuat! Janganlah kau menguji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu Ya Allah." Esaknya. Air matanya makin deras. "Ya Allah Ya Tuhanku. Pulangkanlah anakku. Pulangkanlah dia kembali ke jalan yang di redhai-Mu Ya Rahman Ya Rahim. Kau ampunkanlah dosa-dosa dia Ya Allah. Jangan biarkan dia sesat dari jalan-Mu Ya Allah."

Puan Rohaya menerkup mukanya. Basah habis telekungnya. Terbayang-bayang dia kejadian semalam di antara Maria dan Dini di dapur. Di saat mereka berciuman. Patutlah dia punya firasat buruk. Rupanya anak kesayangannya itu telah jauh menyimpang. Ya Allah...!

Firasat seorang ibu tidak pernah salah. Sekilas ikan di laut, dia tahu jantan betina. Sekilas dia tengok Maria, dia tahu ada yang tidak kena pada matanya. Tetapi, tidak dia sangka yang mereka adalah Lesbian.

Sebagai seorang ibu, hancur hatinya. Dia tahu Dini bukan begitu. Dini normal. Pernah punya teman lelaki. Tetapi kenapa tiba-tiba berubah. Dia yakin mesti Maria yang menghasutnya. Mesti Maria yang telah meracuni pemikiran anak gadisnya. Dini tidak salah. Dia kenal Dini. Dia yang membesarkan anak dia.

"Anak aku tak salah. Anak aku normal!" Gumamnya.


_______________________________________________


Mereka duduk di beranda sambil menikmati suasana malam. Sejuk saja rasanya. Malam itu bulan penuh, bintang juga berselerakkan. Indah sungguh pemandangan di langit. Di sebalik kegelapan malam likat, mampu menghadiah batu-batu yang punya sinar yang memukau.

"Mak you okay ke you ada dengan I ni?" Tanya Maria. Matanya masih memandang kecantikkan bulan dan bintang yang ada.

Dini menjungkit bahu. "I don't know. She seems off."

Bibir mereka bergerak-gerak kecil seakan ingin saja berbual, bertanya itu ini. Tetapi entah kenapa terasa begitu berat rasanya. Kedua mereka hanya kaku melihat langit. Mengira bintang. Mengkaji bentuk bintang persis ahli astrologi. Sesekali, mereka akan mengukur pula saiz bulan yang bulat dan penuh itu.

"Kalau you nak balik bilik teman mak I okay je sayang." Ujarnya. Nadanya memang dia okay. Hakikat di dalam hati terasa pedih. Agaknya ini yang orang selalu kata 'makan hati'. Memang pedih rasanya.

Dini tidak menyahut. Tidak tahu mahu bereaksi macam mana. Sungguh dia tersepit.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now