𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

24K 1K 12
                                    

"Memang dah tak ada ruang lagi ke dalam hati abang untuk Daryssa?"

Langkah Tengku Qays terhenti apabila mendengar soalan Daryssa. Jujur dia sangat ego dan selalu meyakinkan dirinya bahawa dia tiada langsung perasaan suka kepada Daryssa.

"Daryssa, berapa banyak kali abang nak kena bagitau yang abang tiada hati langsung pada Daryssa. Kenapa Daryssa nak kena ganggu abang macam ni? rimas tahu tak."

Beg sekolah yang berada di atas kerusi itu diambil dan digalasnya sebelum pintu kelas itu dibuka tetapi Daryssa sempat menahan Tengku Qays daripada keluar.

"Abang, kalau abang tak sukakan Ryssa, kenapa abang bagi harapan palsu pada Ryssa? Kenapa abang datang pada Daryssa waktu abang tiada siapa, waktu abang tengah sedih. Daryssa jugalah yang menjadi pendengar segala masalah abang. Tapi abang, bila dah gembira dah seronok, abang lupakan Ryssa. Macam ni abang buat pada Ryssa?"

Daryssa tidak tahu apa yang perlu dia rasakan sekarang. Dia sungguh sedih kerana jejaka ini sering memberi harapan palsu kepadanya.

"Kalau sekali lagi kau ganggu aku, aku tak akan teragak-agak untuk laporkan pada pengetua dan aku akan malukan kau satu sekolah ni. By the way, aku rasa satu sekolah ni dah tahu yang kau tergila-gilakan aku. Dasar perempuan tak tahu malu."

Daryssa hanya mampu terkedu di situ dengan apa yang dibicarakan oleh Tengku Qays. Air matanya yang mengalir itu dihiraukan. Tengku Qays terus keluar daripada kelas itu tanpa menghiraukan Daryssa di belakang.

"Kalau satu hari nanti abang sakit disebabkan Daryssa, you need to remember that you broke me first."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now