𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 8

16.8K 770 7
                                    


8 tahun lalu

Kasut sekolahnya ditanggalkan di luar rumah sebelum wanita itu berlari ke arah biliknya dengan air mata yang masih mengalir di pipi dengan lebat.

Tengku Ariana yang sedang menghidangkan makan tengahari mereka di meja makan itu hanya melihat anak perempuan keduanya itu berlari menaiki tangga dengan muka yang kelihatan sangat sedih.

"Ryssa!" Jerit Tengku Ariana lalu mengejar Daryssa daripada belakang.

Hari lahirnya pada kali ini langsung tidak bermakna malah telah melukiskan sejarah terburuk baginya. Semua orang sering menceritakan pengalaman terbaik mereka pada hari lahir mereka yang ke lapan belas tetapi tidak bagi Daryssa.

Beg bagasi yang terletak di dalam almari pakaian itu diambil sebelum memasukkan kesemua pakaian ke dalamnya.

"Ryssa, kenapa dengan kamu ni? Apa yang dah jadi? Kenapa kamu tergesa-gesa ni? Kamu kemas-kemas barang mahu pergi mana?" Soalan Tengku Ariana bertubi-tubi. Mengapa dengan anaknya ini? Bercelaru jadinya.

"Ryssa mahu pergi dari sini. Ryssa tak rasa yang Ryssa sepatutnya ada di sini."

Segala barangan yang berada di atas meja soleknya itu diambil lalu diletakkan di dalam satu beg kecil sebelum beg kecil itu di masukkan ke dalam beg bagasinya.

"NUR DARYSSA DINDA! Dengar apa yang ibu nak cakap!" Jerit Tengku Ariana.

Tingkah Daryssa namun terhenti. Tubuh ibunya menjadi sasaran untuk dia melepaskan setiap tangisannya. Pelukan pada badan ibunya itu diketatkan. Sakit hati Tengku Ariana melihat keadaan anak keduanya yang ceria itu untuk menjadi seperti ini.

"Anak ibu ni ada nak ceritakan apa-apa pada ibu?" Soal Tengku Ariana sambil mengusap lembut rambut Daryssa.

"Ibu tahukah yang Abang Qays sudah bertunang?" Soal Daryssa sambil memandang tepat ke arah mata ibunya.

"Tak, ibu tak tahu sayang." Tengku Ariana turut sebak.

"He's engaged. Dengan classmate dia masa sekolah menengah." Daryssa hanya mampu tunduk. Tidak kuat untuk melakukan apa-apa. Mahu bernafas pun terasa sesak.

"You mean, Elly?" Ya, Tengku Ariana kenal Elly. Sebab dia juga sering nampak Elly berdua-duaan dengan Tengku Qays kemana-mana mereka pergi.

"Ibu tahu?" Soal Daryssa keliru. Macam mana ibu tahu? Sedangkan dia tidak pernah beritahu pun nama Elly.

"Sebab ibu pernah dengar Tengku Evelynna sebut nama Elly tu. Ibu tak tahu betul ataupun tak."

Jadi Tengku Evelynna tahu yang selama ini Tengku Qays dan Elly ada hubungan? Daryssa sedikit sedih sebab Tengku Evelynna iaitu bonda kepada Tengku Qays tidak tahu yang Daryssa menyukai anaknya.

"Ibu, Ryssa nak tinggal dengan abah di Singapura. Ryssa nak lupakan segala masalah yang ada di sini. Ryssa nak mulakan hidup baru di sana. Bolehkan ibu?" Tanya Daryssa.

Tengku Ariana hanya mengangguk lemah sambil memandang anaknya. Badan Daryssa ditarik semula ke dalam pelukan sebelum kepala Daryssa yang berlapis tudung itu dikucup lembut.

 Badan Daryssa ditarik semula ke dalam pelukan sebelum kepala Daryssa yang berlapis tudung itu dikucup lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now