𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 30

12.2K 443 10
                                    

"Qays, kita buat rawatan ya? Bonda tak sanggup lagi nak tengok anak bonda lemah macam ni." Rayu Tengku Evelynna. Dia tak tahan lagi melihat anaknya yang berperang dengan sakit. Tapi Tengku Qays ni degil sangat. Tak mahu buat rawatan tu.

"Bonda, daripada bonda habiskan duit pada Qays, baik bonda habiskan duit pada Daryssa. Dia nak bersalin, beli barang anak lagi." Kata Tengku Qays. Suaranya kedengaran lemah.

Rambut dia sudah mulai gugur sikit demi sedikit. Dia juga sekarang kerap sakit kepala. Hidung dia juga selalu berdarah.

"Qays, boleh tak fikir pasal diri sendiri dulu sebelum fikirkan pasal orang lain? Qays tak nak tengok anak Qays membesar ke?" Soal Tengku Evelynna sayu.

Gila tak nak. Semua orang mestilah nak tengok anak dia membesar. Siapa je yang tak nak. Kan?

"Tapi Qays tak layak, Bonda. Qays tak layak nak jadi ayah kepada dia. Dia layak untuk dapatkan ayah yang lebih baik daripada Qays."

Sayu hati Tengku Evelynna mendengar jawapan daripada mulut anaknya itu. Dia sebagai seorang ibu, dia faham perasaan anaknya ini.

"Qays, maafkan bonda. Bonda tahu, benda yang jadi ni semua disebabkan Bonda. Bonda salahkan Qays tanpa Bonda tahu hal yang sebenar. Bonda tak nak dengar pun penjelasan daripada Qays. Maafkan bonda ya."

Tengku Qays hanya menghadiahkan senyuman kepada bondanya.

"Tak apa, bukan salah bonda pun. Salah Qays. Qays yang tak pandai menguruskan rumah tangga. Qays tak kisah kalau Daryssa dapat cari seseorang yang lagi bagus daripada Qays."

Terjuntai air mata seorang ibu. Dia tak mampu untuk hadap semua ini. Dia sayangkan anak-anaknya. Dia takut jika ada salah satu anak-anaknya pergi dulu sebelum dia. Dia tak kuat. Tak kuat untuk menanggung rindu.

"Qays, Qays sayang bonda kan?" Tanya Tengku Evelynna. Tengku Qays senyum lalu mengangguk.

"Bonda lah syurga Qays. Qays akan mendahului bonda dalam semua perkara. Tanpa Bonda, Qays tak akan ada dekat sini. Bonda lah nyawa Qays." Jawab Tengku Qays lemah.

Kepalanya sudah mula rasa berdenyut. Dahinya berkerut. Tengku Evelynna jadi panik.

Qays, Qays ok ke?!" Tanya Tengku Evelynna sambil memegang pipi sang anak.

Tengku Qays mengangguk. Walaupun dia sedang bertarung dengan sakit sekarang ini, dia masih lagi mengangguk dan senyum.

"Q-Qays ok. B-Bonda jangan risau ya." Kata Tengku Qays tercungap-cungap.

Tubuh sang anak dipeluk erat. Badan belakang anaknya digosok. Matanya terpejam. Dia tak sanggup melihat anak sulungnya dalam keadaan sebegitu. Luluh sungguh hatinya. Rasa macam mau tercabut.

"Qays, kita pergi hospital ya?" Sekali lagi Tengku Evelynna memujuk anaknya untuk melakukan rawatan kimoterapi. Tetapi Tengku Qays menggeleng.

"Qays ngantuk. Qays nak rehat. Boleh Bonda?"

Tengku Evelynna mengangguk.

"Rehatlah anakku."

"Maafkan Ryssa Ibu, Abah dan Ayahanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maafkan Ryssa Ibu, Abah dan Ayahanda."

Daryssa memohon maaf kepada ibu bapa mereka. Dia tahu dia yang paling bersalah dalam hal ni. Kalau dia tak babitkan orang tuanya dalam hal rumah tangganya, pasti hal ini tak akan terjadi.

"Ryssa tak payah minta maaf pada kami. Kami pun bersalah juga pada Qays." Kata Tengku Ariana.

Dia juga terkejut apabila mendengar penjelasan daripada mulut anak perempuannya itu. Mereka sebagai orang tua sepatutnya menyelesaikan masalah anak-anak mereka dalam keadaan baik. Bukannya makin mengeruhkan hubungan mereka.

"Abah pun tak tahu nak cakap apa. Lepas sahaja Qays melafazkan talak pada Ryssa, hati abah ni memang rasa tak tenang. Asyik memikirkan tentang hal ni." Sambung Tuan Daris.

Sejak daripada peristiwa tujuh bulan yang lepas, jejaka itu sering memikirkan tentang hal ini. Dia sering merasakan yang menantunya itu tidak bersalah. Tetapi disebabkan amarah, dia bertindak sebegitu.

Mungkin sebab itulah hati dia rasa tak tenang.

"Qayser, kau ok?" Tanya Tuan Daris pada Tengku Qayser.

Jejaka itu hanya diam sedari tadi. Tipulah kalau dia kata dia tidak rasa serba-salah langsung. Dialah yang paling sedih apabila tahu tentang hal sebenar.

"Aku ok. Cuma, tak tahulah. Aku tak tahu nak cakap macam mana." Dia sering menunduk bawah.

Dia tiada kekuatan untuk memandang wajah sesiapa. Dia rindukan anaknya. Itulah yang pastinya. Fikirannya hanya mampu memikirkan tentang anak sulungnya itu.

"Aku kecewa. Kecewa dengan diri aku sendiri. Aku yang sepatutnya jadi contoh pada anak-anak. Tapi tak. Aku hanya memberikan contoh yang buruk kepada mereka."

Kata Tengku Qayser dengan nada sayu. Sungguh, rasa bersalah dan menyesal menyelubungi hati. Sewaktu anaknya kemalangan enam bulan lepas, dia langsung tidak mengambil kisah tentang anaknya.

Tipulah kalau tiada sedikit pun perasaan risau pada anak sulungnya itu. Berbulan-bulan juga dia sering tertanya tanya tentang keadaan anaknya itu. Tetapi Amarah lebih menguasai diri. Dia benarkan isterinya untuk melawat anaknya. Tetapi bukan dia.

"Qayser, macam mana dengan Qays sekarang. Dia dah ok ke?" Tanya Tengku Ariana pada sepupunya itu.

Dia tahu tentang berita kemalangan Tengku Qays enam bulan yang lalu. Tetapi dia hanya biarkan saja. Dia juga amat terkejut pada ketika itu. Tetapi, tiada apapun yang dia perlu lakukan.

Daryssa mengerutkan dahinya. Kemalangan? Dia tak tahu pun tentang hal itu.

"Apa ibu cakap? Kemalangan? Kenapa Ryssa tak tahu? Abah, abang pun tahu ke pasal ni?" Tanya Daryssa. Riak terkejut masih lagi tidak hilang. Tuan Daris mengangguk. Sudah tentu lah dia tahu.

"Tapi kenapa tak ada siapa pun yang bagitau Ryssa pasal benda ni?!" Wajah ibunya dipandang sayu.

"Maafkan Ibu. Ibu tak rasa pun Ryssa patut tahu. Ryssa tak perlu fikirkan pasal orang lain. Fikir pasal diri sendiri je." Daryssa tersentak. Dia rasa seperti mahu meraung je sekarang.

"Habis tu, macam mana keadaan dia sekarang?"

"Ayahanda tak tahulah Ryssa. Bonda tak pernah nak beritahu Ayahanda pasal benda ni." Balas Tengku Qayser.

Daryssa menunduk. Dia menangis. Teresak-esak. Dia risau. Risau sangat pasal jejaka itu. Patutlah jejaka itu sudah tidak memberikan sebarang mesej padanya.

Setiap hari dia menunggu jejaka itu menghantar mesej kepadanya seperti selalu. Tapi kini tidak lagi. Dia rindu. Rindu apabila jejaka itu mengambil berat tentang dirinya.

Daryssa yang sedang menangis itu mengalihkan perhatiannya kepada Tengku Qayser. Telefon jejaka itu tiba-tiba berbunyi.

"Hello." Tengku Qayser menyapa orang yang berada di dalam talian itu.

Seketika kemudian, wajah Tengku Qayser berubah. Berubah cemas. Jelas kelihatan air mata jejaka itu mengalir. Dia menangis. Daryssa mula rasa tak sedap hati. Dia dapat rasakan pasti ada berita buruk tentang Tengku Qays.

Dadanya mula turun naik. Dia takut. Takut kehilangan jejaka itu lagi.

Tengku Qayser menutup telefon pintarnya. Wajah Daryssa dipandang. Daryssa mula rasa tak tenang. Ini pasti ada sesuatu yang tidak diingini berlaku.

"Qays, dia kritikal."


𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now