"Jadi, awak dah boleh start kerja hari ni." Fail resume pekerja baharu ini disimpan di rak bahagian fail pekerja. Mikael Redza bin Muhaimin Razique. Nama itulah yang tertera pada fail biru tersebut.
"Tengku." Daryssa masuk ke bilik Tengku Qays sambil menunjukkan kepalanya hormat. Daryssa dipanggil sebab dia perlu beri tunjuk ajar kepada pekerja yang baru masuk. Jawatan Amelina dahulu sebagai ketua housekeeping telah diberikan kepada Daryssa.
"Ini pekerja baru. Nama dia Mikael Redza. Awak boleh cakap bahasa Melayu?" Soal Tengku Qays pada Mikael kerana jejaka itu sedari tadi memang bercakap bahasa inggeris.
"Saya campur English and Malay." Kata Mikael dengan nada sedikit pelat. Dia memang orang Melayu di Singapura tetapi dia lebih biasa berbahasa Inggeris.
"Ok, so introduce Daryssa Dinda. She's the leader of housekeeping department. And also, she's my wife. So don't even dare to try on her. ok." Ayat terakhir itu kedengaran tegas sedikit. Mikael mengangguk faham.
Daryssa dan Mikael berjalan menuju ke luar pejabat Tengku Qays tetapi Daryssa tersentak dengan tindakan Tengku Qays yang tiba-tiba merangkul pinggangnya daripada belakang.
"Eh, apa Kanda ni. Nanti orang nampak macam mana?" Tanya Daryssa yang kemudiannya membalas pelukan Tengku Qays. Kepalanya disandarkan didada suaminya.
"Penat?" Soal Tengku Qays. Kepala Daryssa yang berlapik tudung itu diusapnya lembut.
"Memang penat tapi lepas Kanda peluk saya macam ni, hilang terus penat saya." Tengku Qays mencubit hidung isterinya. Daryssa memang sudah nakal sekarang. Bukan main.
"Ishh, Dinda ni. Dah pandai eh sekarang." Pipi isterinya dicubit. Daryssa tersengih.
Puas Tengku Qays memujuk Daryssa untuk berhenti bekerja tapi banyak pula alasan budak kecik ni bagi. Bukan apa, dia tak mahu isterinya untuk penat. Tengoklah sekarang ni.
"Dinda jangan rapat sangat tau dengan pekerja baru tu. Ingat, Dinda tu isteri saya. Milik Kanda sorang je." Bibir isterinya itu ditindih dengan bibir miliknya.
Rangkulan pada pinggang isterinya dilepaskan lalu wanita itu keluar sambung melakukan kerjanya.
"Daryssa, is it okay?" Soal Mikael sudah siap melipat dan menyusun tuala tuala ke atas rak di dalam bilik hotel.
Daryssa mengangguk. Untuk hasil kerja yang pertama, itu pun dah nampak bagus dah."So, what we need to do next?" Tanya Mikael pada Jack.
"Arrange the upstairs bathroom." Kata Jack yang sedang menukar selimut di katil. Mikael mengangguk.
Mikael perlu buat sorang-sorang sebab Jack perlu uruskan dibahagian bawah. Hotel ni kan dua tingkat jadi memerlukan masa yang lama sikit untuk siap.
"Perlu ke aku tolong dia eh?" Bisik hati Daryssa. ialah sebab Mikael kan pekerja baru. Jadi dia perlulah pantau.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...