𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 9

16.9K 742 11
                                    

                                         8 tahun lalu

Beg bagasi yang besar itu dimasukkan ke dalam bot kereta. Semua barang-barang yang perlu dibawa ke Perancis itu telah dimasukkan ke dalam kereta.

Tengku Qays perlu pergi ke Perancis untuk meneruskan pembelajarannya di dunia perniagaan. Dia sudah belajar di sana selama setahun dan dia perlu teruskan lagi pembelajaran dalam beberapa tahun lagi.

"Qays, semua barang awak dah ada ke? kalau ada yang tak cukup awak bagitau ya." Kata Elly.

Elly sudah tentu ada di situ. Sebab dia tunang kepada Tengku Qays. Tengku Qays bertunang dengan Elly adalah sebab dia mahu elakkan diri dia daripada Daryssa.

Lihatlah sekarang. Tiga hari yang lepas dia beritahu Daryssa yang dia sudah bertunang dengan Elly, dan selepas itu dia tiada langsung datang mencarinya. Jadi, rancangan yang dia rancang itu ternyata sudah berjaya.

"Jangan risau, barang saya banyak lagi yang belum saya guna."

Elly hanya mampu mengangguk mendengar penjelasan itu.

"Kamu hati-hati memandu dekat sana nanti. Ayahanda nak bagi driver, tapi kamu yang tak nak." Kata Tengku Qayser Ferhad kepada anaknya.

"Tak apa ayahanda. Kalau ada driver, macam mana Qays nak drive? Tak pasal-pasal, lupa cara nak drive nanti."

"Tak apalah kalau kamu dah cakap macam tu." Bahu Tengku Qays itu menjadi tempat tepukan oleh Tengku Qayser.

"Pak habib, nanti kalau dah sampai airport, jangan lupa call kami ya." Tengku Evelynna mengingatkan driver mereka.

"Baiklah Tengku."

"Bye, Bonda." Pipi Tengku Evelynna itu dicium sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Sempat Tengku Qays melihat sekeliling sebelum kereta itu menyusur pergi. Seperti ada yang kurang. Itu yang dirasakan olehnya.

"Kau okay tak, bro?" Soal Adi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau okay tak, bro?" Soal Adi.

Tengku Qays ni daripada tadi asyik check phone dia tu. Lepas tu, dengan termenung yang tak sudah lagi. Dah macam hilang bini pun ada.

"Tak ada apalah." Phone yang berada di tangannya itu dibuka dan ikon Whatsapp ditekan.

Dia mula menilik perbualan terakhir antara dia dan Daryssa. Dua minggu yang lalu.

Daryssa
- Hai Abang Qays!
- Abang tengah buat apa tuww 🙈

Me

- Jangan kacau aku.

Daryssa
- Ok lah kalau macam gituw
- Kalau abang ok, saya pun ok lah 😆
- Bye abang 💕😘

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now