𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 3

18.1K 761 5
                                    


"Kau dah boleh start kerja hari ini." Fail yang berada di tangan Tengku Qays itu diberikan kepada rakan dihadapannya.

"Terima kasih, Qays." seluruh badan lelaki itu ditundukkan tanda hormat kepada boss nya.

"So, berapa lama kau kerja kat sini?" Soal Tengku Qays kepada rakannya itu.

"Aku pun tak sure. Sebab kau tahukan papa aku suruh aku bina syarikat aku sendiri tapi aku tak ada pengalaman bekerja. Tu yang aku kerja kat sini ni. Nanti kalau aku dah bersedia, aku berhentilah." Jawab jejaka itu.

"Tak apa, aku faham. Alah, kau nak kerja sini berapa lama pun kerja lah. Kita ni kan sedara. Walaupun apa orang kata, oh ye dua pupu. Tapi still adalah juga pertalian darah antara kita kan."

Nenda Ijah merupakan Nenda kepada Tengku Haziq. Seperti yang telah diberitahu, Nenda Ijah dan Nenda kepada Tengku Qays adalah adik beradik manakala Bondanya dan Ayah kepada Tengku Haziq adalah sepupu.

"Ahmad, tunjukkan office baru dia." Arahan tersebut diberikan kepada Ahmad atau nama penuhnya Ahmad Danish selaku Executive Assistant kepada Tengku Qays.

"Baik, Tengku. Sila ikut saya ya." Senyuman manis Ahmad diberikan kepada Tengku Haziq. Jejaka itu turut memberikan senyuman yang sama kepada Ahmad.

Mata Tengku Qays terpancar ke arah satu bingkai gambar yang terletak elok di atas mejanya. Hatinya mula merasa sebak.

Dia sedar yang cintanya bukan kepada bekas tunangnya. Tetapi kepada wanita itu. Dimanakah wanita itu berada sekarang? Adakah wanita itu sihat? Adakah wanita itu masih mempunyai sebarang perasaan kepadanya lagi? Ataupun wanita itu sudah mempunyai yang baharu?

Fikir akan itu membuatkan Tengku Qays tidak sedar akan gugurnya mutiara dibalik matanya. Memikir akan wanita itu sudah menjadi kepunyaan orang lain membuatkan hatinya menjadi sebak. Tiada lagi peluang untuknya didalam hati wanita itu.

"I hope Allah keeps your heart just for me" Keluhan yang berat dilepaskan. Jam di handphone nya dikerling sebelum dia berjalan menapak ke arah pintu. Mahu ambil Tengku Qalish, adik bongsunya dari sekolah.

Memandangkan jam sudah menunjukkan jam 2 petang. Sudah tentu waktu Tengku Qalish pulang sudah tiba. Ni kalau lambat ni, mahu muncung sedepa budak tu. Tak pasal-pasal Tengku Qays kena belanja aiskrim llao llao pada sang adik. Bukannya boleh kalau lambat seminit. Masa itu emas katanya.

"Jadi inilah bilik kerja awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi inilah bilik kerja awak. Agak luas sedikit. Sesuailah kalau awak nak buat kerja kan?" Ahmad memandang Tengku Haziq dengan sengihan di bibir. Pekerja baru ni nampak baik.

"Oh, terima kasih. By the way, nama saya Haziq Ameer. Nice to meet you." Haziq menghulurkan tangannya kearah Ahmad bersedia untuk berjabat tangan. Ahmad turut membalas salam Haziq.

"Nama saya Ahmad Danish. Executive assistant di sini. And, nice to meet you too." Senyuman yang lebar diberikan sesama mereka. Maklumlah, dua dua peramah. Memang huru-hara lah office ni nanti.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now