Kasut sukan Nike itu disarung di kaki sebelum talinya diikat reben dengan agak ketat. Botol air di samping itu diambil dan di letakkan ke dalam beg sandangnya.Dia berada di rumahnya, Aisyah dan Ika di Singapura. Jarak antara rumah itu dan kampusnya hanya beberapa 2 kilometer sahaja.
"Ecah, Ika. Jom, nak join tak jogging? Perut masing-masing nampak macam dah nak boncet dah tu." Selamba sahaja Daryssa berkata begitu. Dia tidak tahu kah Aisyah paling pantang orang cakap begitu padanya.
"Hei! suka hati hang kecek gitu." Si Aisyah ni kalau marah, loghat Kedah dan Kelantan pun dia gabungkan.
"Suka hati hang lah Ecah, nanti esok kalau dah gemuk jangan sibuk nak nangis bucu katil lah bagai." Kata Daryssa.
Dia terus keluar tanpa melihat ke arah Aisyah yang sedang mula mahu berapi itu. Nasib Ika lah yang kena dengan bebelan dia nanti. Daripada layan diorang ni, Daryssa pergi dahulu. Nanti tak pasal-pasal matahari terik. Hitam kulitnya nanti.
"Uish, penatnya." Rungutan Daryssa.
Mana tidak penatnya, jika hampir sepuluh pusingan larian yang dibuatnya di taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya.
Teman permainan itu sudahlah besar. Memang sudah tentu penat. Tetapi itulah rutin Daryssa pada setiap hujung minggunya tidak boleh tertinggal walaupun sehari. Sudah mula lah nanti dia 'body shaming' dirinya sendiri.
Lariannya terhenti ketika dia melihat lori yang besar di hadapan rumah semi-d sebelahnya.
Rumah itu dulu dihuni oleh pasangan suami isteri yang baru berkahwin tetapi mereka telah berpindah ke US lima bulan lepas. Mungkin rumah itu telah dibeli oleh penghuni baru.
"Wah." Daryssa tidak dapat menahan kekagumannya setelah melihat perabot yang di bawa masuk ke dalam rumah itu.
Dia tahu segala perabot yang di bawa oleh jiran barunya itu adalah import dari luar negara. Mungkin daripada Italy. Kerana di rumah Nendanya juga terdapat sofa yang lebih kurang sama dengan sofa tersebut. Kata Nendanya, Sofa itu sangat mahal tetapi sungguh selesa untuk dipakai.
"Rasanya, siapa owner baru rumah tu eh?" Bisik Daryssa.
Daryssa pun membuka langkah masuk ke dalam rumahnya. Perut pun sudah membuat concert agaknya. Dia belum sarapan lagi. Sebab itu lah pelbagai jenis bunyi keluar daripada perutnya itu.
"how are you, bro? pindah rumah baru, everything's good?" Soal Tengku Qayeed sambil melabuhkan punggungnya di kerusi pejabat menghadap ke arah Tengku Qays.
"Semua ok, cuma....." Tengku Qays memberhentikan percakapannya seketika sebelum dia sambung semula.
"Aku macam nampak dia." Tengku Qays menyandarkan badan pada kerusi pejabatnya.
Bayangan seorang gadis yang dia cintai semasa memindah masukkan perabot-perabot ke dalam rumah baru semalam itu masih berlegar di fikirannya.
"Dia? you mean, Nur Daryssa Dinda?" Soal sang adik untuk kepastian. Tengku Qays mengangguk.
"Tapi aku tak tahu lah sama ada betul ataupun bukan. Sebab dah lima tahun aku tak jumpa dia." Sambung Tengku Qays.
Sudah hampir lapan tahun juga dia mencari cinta hatinya. Dia tahu yang wanita itu ada di Singapura. Sebab itulah dia membuka syarikat hotel di Singapura. Dengan harapan, dia dapat berjumpa semula dengan wanita yang pernah dia sakiti dulu.
"Apa yang kau akan buat kalau jumpa dengan dia semula?" Badannya disandarkan ke kerusi pejabat sambil tangannya di silangkan ke dada sambil mata tidak lepas memandang ke arah abang sulungnya.
Soalan itu sering berlegar di fikiran Tengku Qays sepanjang lapan tahun ini. Apakah yang akan dia lakukan? Sudah tentu tebus semula kesalahan yang pernah dia lakukan dulu.
"Make her be mine, again."
Itulah jawapan yang tepat jika dia berpeluang kembali bertemu dengan, Nur Daryssa Dinda.
"Ni, macam mana dengan hotel kita yang dekat Kuala Lumpur?"
"Ok, je bro. setakat ni, tak ada problems sangat. Cuma, tu lah. Aku rasa macam susah sikitlah nak uruskan yang dekat Malaysia ni. Sebab, banyak benda aku nak kena uruskan."
"Sebab tulah, aku suruh engkau uruskan hotel yang dekat Singapore ni. Hotel ni dah tiga tahun bukak. Lepastu, kau memang dah terbiasa uruskan yang bahagian sini kan. Yang dekat Malaysia tu, baru. So banyak benda yang belum settle lagi." Tengku Qayeed hanya mengangguk mengiakan apa yang dikatakan oleh si abang.
"Tengoklah, kalau aku memang dah tak boleh sangat nak uruskan syarikat yang dekat sana. Aku minta tukar dengan kau."
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...