𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 29

10.6K 423 17
                                    

"Qayeed, bonda nak ikut." Kata Tengku Evelynna lalu pantas dia berdiri disebelah anaknya itu.

"Bonda, bonda tak boleh ikut. Bonda kan tak sihat. Takut nanti sakit bonda makin teruk." Pujuk Tengku Qayeed. Tengku Evelynna menggeleng. Dia tetap berkeras nak ikut.

"Qayeed please, bonda nak ikut." Rayu Tengku Evelynna.

"Bonda kena tanya Ayahanda dulu. Lambat lah bonda. Qayeed nak kena cepat ni." Kata Tengku Qayeed dengan tergesa-gesa. Nak kena pergi Terengganu cepat. Tapi Bonda dia ni melengah-lengahkan masa pula.

"Bonda, bonda janganlah macam ni. Biar Qayeed dengan Qayrinna pergi dulu. Nanti kalau bonda nak pergi, pergilah saing Qistinna. Boleh?" Tengku Evelynna mengangguk.

"Nanti kamu beritahu Bonda keadaan abang kamu ya?" Tengku Qayeed mengangguk. Tangan ibunya disalam sebelum dia dan Tengku Qayrinna bergerak ke Terengganu.

 Tangan ibunya disalam sebelum dia dan Tengku Qayrinna bergerak ke Terengganu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana keadaan abang saya?" Tanya Tengku Qayrinna.

Tengku Qayeed sudah cuak. Takut doktor itu tanya pasal sakit Tengku Qays. Sudahlah dia sahaja yang tahu tentang hal itu.

"Abang kamu kehilangan banyak sangat darah. Dengan kondisi dia sekarang yang menghidap sakit sebegitu perlukan lebih banyak darah." Tengku Qayrinna berkerut dahi. Sakit? Dia tidak tahu pula yang abang sulungnya ada menghidap sebarang penyakit.

"Penyakit?" Soal Tengku Qayrinna. Dia melihat wajah abang keduanya dan doktor itu silih berganti.

"Sebelum tu, saya nak tanya. Kamu berdua tahu tak yang abang kamu itu ada penyakit?" Soal Doktor itu. Tengku Qayrinna menggeleng.

"Abang pun tak tahukan?" Tanya Tengku Qayrinna kepada abang keduanya. Dia rasa berdebar apabila dia tidak dapat sebarang jawapan daripada jejaka itu.

"Kamu tahu ke?" Tanya Doktor kepada Tengku Qayeed. Tengku Qayeed menggigit bibir bawahnya.

"Abang, abang tahu ke?" Tanya sang adik lagi.

Tengku Qayeed menghela nafasnya panjang sebelum dia berkata.

"Saya tahu tapi Along suruh rahsiakan hal ini kepada sesiapa. Terutamanya sekali Bonda dan Ayahanda." Tengku Qayrinna terkejut.

"Abang, Along sakit apa?" Tangan abangnya digenggam. Jantung dia berdegup kencang tidak terkata. Sungguh perasaan takut menyelubungi diri apabila melihat kerutan di wajah Tengku Qayeed.

"Dia menghidap barah otak. Stage 2." Tengku Qayrinna rasa dadanya sesak. Seperti tidak bisa bernafas.

"Sejak bila?" Tanya doktor itu.

"Sejak dia 20 tahun."

"Yang masa Along masuk hospital sebab migrain tu ke?" Tanya Tengku Qayrinna. Tengku Qayeed mengangguk.

"Tapi doktor tu tak ada cakap pun yang dia ada sakit." Sekali lagi Tengku Qayeed tak senang duduk.

Tengku Qayeed sedang buntu. Dia tak tahu sama ada dia perlu katakan hal itu ataupun tidak.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now