𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 5

17.8K 734 14
                                    

Tiga beg bagasi yang besar itu dimasukkan ke dalam bonet kereta. Tangan kedua ibu bapanya disalam sebelum melabuhkan punggungnya ke tempat pemandu.

Tempat duduk penumpang di sebelah kirinya itu ditilik melihat Tengku Qayeed yang sedang mengangkat tangan kearah ibu bapanya sebelum kereta itu menyusur pergi.

"Kau dah jumpa ke rumah baru kita?" Soal Tengku Qayeed kepada abang sulungnya.

"Aku dah jumpa dah, dalam dua tiga. Tapi, tak tahu nak pilih yang mana." Jawab Tengku Qays. Mata masih tidak lekang memandang ke arah jalan raya.

"Tak apa, aku ada sekarang ni senang sikit. Boleh aku tolong  kau apa-apa yang patut kan."

Tengku Qays melihat Tengku Qayeed dihujung matanya sebelum tawanya terkeluar.

"Kau? Tolong? Hmm lambeeeeet lagi." Usik Tengku Qays. Bibir atas Tengku Qayeed disengetkan ke atas sebelum dia pun menjawab.

"Hello, I wouldn't be here if I hadn't helped, Abang." Kata Tengku Qayeed.

Tengku Qays mula membuat muka menyampah terhadap kenyataan adiknya. Sejak bila kau jinak sangat nak panggil aku abang?

"Ha, kau dengan girlfriend kau tu apa cerita? Dulu bukan main lagi first love lah apa lah itulah inilah. Sekarang mana dia? Tak nampak pun."

Soalan Tengku Qays itu membuatkan senyuman Tengku Qayeed memudar.

"She no longer belongs to me and never will."

"Tu lah kau, baran sangat dengan girlfriend kau tu kan. Memang larilah jawabnya." Tengku Qays yang sedang memandu itu dijeling sekilas sebelum dia kembali memandang ke jalan raya.

"Masalahnya, dia tu yang nak pegang pegang aku. Kalau keluar, mesti nak suruh aku pegang tangan dia. Otak dia. Tak tahu halal haram ke apa. Pegang pegang satu hal, ni belum kes curang lagi. Kau tau tak waktu dia bercinta dengan aku, dia juga dah ada ramai boyfriend kat luar sana. Dasar pelacur." Riak wajah Tengku Qays berubah. Mahu sahaja dia tumbuk wajah wanita yang telah menyakiti adik lelakinya itu.

Disebabkan wanita itulah Tengku Qayeed kemurungan. Kemurungan yang teruk hingga hampir membunuh diri. Dia masih ingat lagi kejadian dimana dia nampak sang adik terbaring di atas katil dengan mulut yang berbuih. Banyak pil-pil ubat berselerak di atas lantai. Tengku Evelynna apalagi, pengsan terus wanita itu apabila nampak anak lelakinya menjadi sedemikian.

"Tapi kau ni memang sial kan." Berkerut kening Tengku Qayeed mendengar Tengku Qays mencacinya.

"Kenapa kau cakap aku sial pulak?"

"Kau dah tau dia pelacur, pastu kau nak kena bunuh diri kau tu dah kenapa? Kau memang dah tak sayang nyawa kau ke?"
Tegas betul suara Tengku Qays ini. Dahlah jejaka itu menyeramkan kalau marah.

"Kau ni, janganlah salahkan aku. Aku tak boleh fikir waktu tu. Aku rasa macam bukan aku yang kawal diri aku ni. Aku penat gila. Penat yang sampai aku jadi malas nak buat apa-apa. Rasa macam nak tidur je."

"Tak apa. Aku faham perasaan kau. Lepas ni, kalau kau nak ada kekasih ke apa ke. Bawa jumpa aku dulu. Biar aku cek latar belakang dia. Kalau aku approve, baru boleh go to the next step."

"Hai Ika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai Ika." Atilia Syafika yang sedang termenung di meja makan itu tersentak apabila namanya dipanggil Daryssa.

"Eh, Ryssa. Maaflah saya tak perasan awak tadi." Ika memberikan senyuman ringkas kepada Daryssa yang melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Tak adalah, Saya pun baru sahaja datang ke sini. By the way, awak ok? Kalau ada apa-apa yang mahu awak cerita, luahkan saja pada saya. Saya sudi mendengar masalah awak."

Tangan Ika yang di atas meja itu dicapai dan digenggam oleh Daryssa untuk memberi kekuatan kepada rakannya itu.

"Saya ok cuma..."

Ika tidak dapat lagi menahan tangisnya yang cuba ditahan sedari tadi. Daryssa turut simpati atas apa yang berlaku pada rakannya.

"Ika, janganlah nangis." Tangan Ika itu ditarik dan tubuhnya  dipeluk oleh Daryssa yang juga turut mengalirkan air matanya.

"Awak janganlah nangis. Tak elok sedih-sedih macam ni." Pelukan itu dilepaskan dan kedua bahu Ika itu dipegang.

"Saya dan Aisyah akan sentiasa ada di sisi awak dan sentiasa menyokong apapun keputusan yang awak akan lakukan. Awak ada hak untuk tentukan masa depan awak. Dan awak juga ada hak atas kebahagiaan awak."

"Terima kasih, Ryssa. Saya tak tahu apa yang akan jadi pada saya tanpa awak dan Aisyah. Terima kasih sangat-sangat tau."

Lengan kiri Daryssa diusap oleh Ika sebelum kehadiran seseorang yang tidak diundang.

"Alahai, dah kenapa berdrama pukul 7 kat sini? 'Saya akan selalu sokong atas segala keputusan awak. saya tidak tahu apa yang akan jadi pada saya jika blah blah blah' hei, ingat lawaklah?"

Kulit limau oren yang ada di atas meja itu dicampakkan ke arah Aisyah yang sedang memakan roti sandwic sambil menyandar ke pintu dapur.

"Amboi, main kasar nampak." Aisyah menarik lengan bajunya membuat gaya seperti mahu ingin bergaduh dengan Daryssa.

Ika hanya mampu ketawa melihat gelagat rakan-rakannya tidak pernah berhenti bergaduh. Setiap masa pasti tidak akan pernah sunyi rumah itu jika ada mereka.

Ika rasa bersyukur sangat kerana dia dikurniakan rakan yang baik seperti Aisyah dan Daryssa yang sentiasa memberi kekuatan kepadanya. Dia pasti, tanpa mereka mungkin dia tidak akan berada di sini sekarang. Sudah tentu tempatnya di hospital sakit jiwa.

Sakit yang ditinggalkan kepadanya bukan kecil, tetapi besar sehingga sudah tiada lagi ubat yang boleh menyembuhkan luka di hatinya itu.

"Ryssa, macam mana dengan interview kerja haritu?"

Soal Aisyah sambil duduk di kerusi berhadapan dengan Daryssa dan Ika.

"Alhamdulillah, aku dapat kerja kat situ." Jawab Daryssa dengan teruja.

"Oh, Daryssa nak bekerja? Dekat mana?"

Nada Ika juga kedengaran teruja. Maklumlah, mereka bertiga ini masih muda dan masih lagi bergelar pelajar. Sudah tentu mereka amat teruja jika rakan mereka sudah dapat bekerja.

"Bila start kerja?"

"Tak tahu lagi. Nanti dia call. Sebab, haritu interview bukan dengan CEO dia. Tapi dengan PA dia sebab CEO dia kat Malaysia. Tu yang lama sikit tu. Tapi mungkin minggu depan dah boleh start kerja dah kot."

Terang Daryssa dengan teliti. Ika dan Aisyah hanya menganggukkan kepala mereka tanda faham.

"Kau kerja kat mana, eh?"

"The Q's Hotel."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now