𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐡𝐞𝐩𝐭𝐞𝐫 | 1

11.4K 356 7
                                    

Daryssa mematikan telefon pintarnya lalu diletakkan di atas sofa di sebelahnya. Mukanya muram. Sejak mengandungkan anak kedua ni, mood dia jadi tak menentu. Kejap baik, kejap tidak. Dia pun tak tahu.

"Dah kenapa ni, Dinda?" Tanya Tengku Qays pelik melihat kerutan sang isteri.

"Demya tu. Dia menunjuk Macarron dengan saya. Dia tahu saya mengidam nak makan tu lepas tu dia buat video call nak jealous kan saya. Eeeeee tak suka lah." Bibirnya memuncung, tangannya disilangkan ke hadapan dada.

Tengku Qamreen Daim hanya melihat sahaja perangai ibunya yang mengada-ngada tu. Mengalahkan dia yang baru 1 tahun 10 bulan.

"Pasal tu je ke?" Daryssa mendengus perlahan. Suami dia ni, tak pernah nak back up dia ni tau.

"Ni, tengok lah anak Dinda ni. Tak nak makan langsung. Penat Kanda hulurkan makanan dekat depan mulut dia. Sikit pun dia tak nak buka." Rungut Tengku Qays apabila anak lelakinya itu tidak mahu makan.

Kalau ais krim mesti laju je. Kalau makan nasi, bukan main payah lagi.

"Sayang Bonda ni kenapa? Kenapa tak nak makan ni sayang? Kawan kawan awak tu semua montel montel. Awak ni dah macam lidi dah kurus kering. Nasib pipi tembam." Sempat pipi Daim itu dicubit perlahan.

Geram.

"Kanda, boleh tak kalau minta Qayeed belikan saya Baju Gucci dengan Handbag Prada boleh?" Matanya di kelip beberapa kali. Nak pujuk suami kena nampak comel wak.

"No." Kata Tengku Qays tegas. Sebenarnya dia saja mahu bergurau dengan isterinya. Tak payah nak beli di Paris, beli disini pun dia boleh beli.

"Kenapa pula tak boleh?" Tanya Daryssa pelik. Takkan nak belikan barang untuk dia pun tak boleh? Alang-alang Tengku Qayeed dan Demya sedang berbulan madu di Paris, apa salahnya jika dia minta sesuatu untuk di kirimkan sekali.

"Sebab mesti dia dah bankrap kena bayar barang shopping adik awak tu."

"Hei." Perut suaminya ditepuk kuat. Tengku Qays mendesis kesakitan. Ha, tau sakit. Ingat tangan kecik macam tangan dia tu tak berbisa ke?

"Adik saya tu ada black card dia sendiri, ye. Lagi satu, memang dah tanggungjawab Qayeed untuk sara adik saya tu. Jadi, biarkanlah dia. Lagi pun, bukan berjuta ke income Qayeed sehari? Apa salahnya kan?" Wajah tampan suaminya itu dijeling.

Saja lah tu nak sakitkan hati kita.

"Ye lah, sayangku. Untuk awak semua boleh."

"Sayangku?" Tanya Daryssa kau sebelah keningnya di angkat.

Tengku Qays memejam kedua matanya. Macam manakah dia boleh lupa yang isterinya pantang mendengar perkataan sayang.

"Sayang? Sejak bila awak panggil saya sayang? Oh, awak ada perempuan lain eh? Sebab tu awak terpanggil saya sayang?" Daryssa memandang suaminya tajam.

"Eh, mana ada. Dinda, Kanda tak sengaja lah. Eiiiii... dia ni. Makin mengandung makin sensitif lah."

"Merungut?!" Laju sahaja Tengku Qays menggelengkan kepalanya. Ini mesti tidur luar lah dia malam ni.

"Eh, mana ada Kanda merungut. Kanda sayang sangat dengan Dinda ni." Kepada Daryssa diusap tetapi laju sahaja wanita itu menepis.

"Tak payah macam tu lah. Kalau awak nak merungut sangat, janganlah buat saya mengandung!" Pulak. Ini sampai esok pun tak akan habis ni.

"No, no Dinda. Mana ada Kanda merungut. Sekarang Dinda cakap je apa yang Dinda nak. Kanda akan tunaikan."

Daryssa terus tersengih apabila mendengar kata-kata suaminya. Minta apa-apa je kan?

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now