"Kanda, ni Dinda ada masakkan ayam sup." Kata Daryssa.
Sup ayam yang dimasaknya itu di letakkan atas meja kecil disebelah katil pesakit.
"Akhirnya, dapat saya makan makanan sedap. Makanan hospital ni tawar sangat." Kata Tengku Qays. Daryssa mengangguk. Memang selalu pun suaminya ini mengadu padanya pasal makanan hospital.
Setiap kali waktu makan, pasti suaminya ini mengelak. Kalau tak disuap, memang dia tak akan makanlah jawapannya.
Ini adalah hari ke tiga selepas Tengku Qays menjalankan rawatan radioterapi. Keadaan Tengku Qays juga sudah semakin membaik.
Anak lelaki mereka juga sudah masuk tiga bulan. Tapi, sudah kelihatan seperti lima bulan. Tembam sungguh pipinya. Ikut mak dia lah tu.
"Dua hari lagi awak dah boleh discharge kan?" Tanya Daryssa. Tengku Qays mengangguk. Matanya hanya memandang ke arah sup ayam yang dimasak isterinya.
"Kenapa tak makan?" Tanya Daryssa pelik. Tadi macam tak sabar sangat. Ni, dah kenapa diam tiba-tiba ni.
"Suap." Kata Tengku Qays mengada. Daryssa ketawa kecil.
"Awak dengan Daim tu memang tak ada beza. Dua-dua mengada." Kata Daryssa sambil memandang ke arah anaknya yang sedang tidur di atas sofa.
Tengku Qays ketawa sambil memandang ke arah Tengku Qamreen Daim. Anak lelaki sulung mereka. Tidur pun terkangkang luas. Penat sangat gamaknya.
Satu sudu nasi dan ayam disuakan ke hadapan mulut Tengku Qays tetapi jejaka itu tidak membuka mulutnya.
"Nak makan ke tak ni?" Tanya Daryssa. Geram betullah dengan mamat ni. Makan sendiri tak nak, nak suap. Ni dah siap pun tak nak makan juga ke?
"Suap guna tangan please." Rayu Tengku Qays. Daryssa geram. Wajah suaminya itu dijeling tajam.
"Ikhlas ke tak ni?" Tanya Tengku Qays. Daryssa merubah mukanya lalu membuat senyuman paksa.
"ikhlas lah. Nak suap suami sendiri kot. Mestilah ikhlas." Lantas wanita itu menggulingkan matanya ke atas. Tengku Qays tergelak lagi melihat gelagat isterinya.
"Saya tak sabar nak balik. Nak mulakan kehidupan baru dengan Dinda dan Daim. Kesian korang. Terpaksa ulang alik ke hospital sebab nak jaga Kanda." Kata Tengku Qays. Suaranya berubah sayu.
Terhenti tangan Daryssa daripada menyuap suaminya. Dia dapat lihat kesedihan daripada mata jejaka itu.
"Kanda, janganlah sedih-sedih. Ini kan tanggungjawab Dinda untuk jaga Kanda sepanjang Kanda sakit. Tak apa, Dinda tak kisah pun. Tak penat langsung. Daripada Dinda duduk rumah, tapi Kanda merana kesakitan seorang dekat hospital ni. Itu lagi menyakitkan. Hati Dinda tak tenang tengok Kanda sakit macam ni."
Tubuh isterinya itu dipeluk. Mata isterinya itu dipandang dalam.
"Terima kasih, Sayang." Kata Tengku Qays. Riak wajah Daryssa berubah. Siapa Sayang?
Perut Tengku Qays dicubit. Tengku Qays mengerang kesakitan. Sakit tahu tak? Dah macam tangan ketam.
"Kenapa Dinda cubit perut Kanda ni? Terkeluar semua lemak Kanda dekat perut Kanda ni. Penat Kanda simpan lemak ni tiga bulan."
Kata Tengku Qays cuba membuat lawak. Daryssa kalah dengan lawak suaminya. Dia senyum sedikit lalu membuat muka merajuknya kembali.
"Kenapa Kanda panggil Dinda Sayang? Ha? Dislike Dislike." Tengku Qays tergelak kecil. Nak panggil Sayang pun salah? Cemburu teruk isterinya ini.
"Dinda janganlah merajuk. Nanti kalau dah discharge, Kanda bawa Dinda dan Daim bercuti kemana-mana yang Dinda nak. Nak ke tak?" Tanya Tengu Qays lalu mulutnya disumbat makanan oleh isterinya. Ganas sangat isterinya ni. Mari nak pujuk.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...