𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 23

12.5K 444 15
                                    

Daryssa mula terjaga daripada lena. Kedua matanya digosok sebelum kelopak mata itu dibuka. Ketawa kecil keluar daripada bibir mungil itu apabila dia melihat wajah seorang jejaka yang melentokkan kepala didada dan tangan sasa itu erat memeluk pinggangnya.

Hmm, comel sangat jejaka ni. Suami siapa ni? Dengan bibir merahnya mencebik. Tengku Qays memang jenis yang mulut muncung semasa tidur. Tu lah yang membuatkan dia nampak comel tu.

Sejak daripada malam tadi, Tengku Qays memeluknya. Sekarang dia sudah tahu. Pasti jejaka ini jenis yang tidak boleh tidur jika tidak memeluk sesuatu kan? Lagipun, dia juga ada perasan satu bantal peluk panjang di atas katil ini semalam.

Tapi sekarang dah ada di bawah lantai. Yelah, dah ada isterikan, buat apa nak guna bantal peluk lagi.

Daryssa tertawa kecil apabila perut suaminya melontarkan bunyi. Apalah, tengah tidur pun boleh lapar. Tapi tak pelik lah. Sebab malam semalam, mana ada diorang makan. Last makan sebelum akad nikah lah. Petang.

"Awak bangun." Daryssa mengusap pipi putih suaminya itu. Tengku Qays merengek kecil. Macam budak kecik lah dia ni. Tengku Qays ni dahlah ada gastrik.

Pernah sekali Tengku Qays lambat makan sarapan sebab dia ada banyak sangat kerja. Lepastu, terus masuk ward. Sebab gastrik dia ni teruk.

"Suami, bangunlah. Nanti perut awak sakit macam mana?" Risau betullah. Dahlah pukul 9 sekarang ni. selalunya Tengku Qays sarapan pukul 8.30. Dah lambat dah ni.

"Suami, cepatlah. Awak tak sayang saya ke? Awak nak saya sedih sebab awak masuk hospital ke?" Tanya Daryssa. Hampir tercabut jantungnya masa dia nampak tubuh Tengku Qays masuk ke dalam van kecemasan. Habis Ahmad menjadi mangsanya untuk dia tanya keadaan Tengku Qays setiap 30 minit.

"Ye, dinda. Kenapa ni?" Soal Tengku Qays dengan suara serak. Matanya masih belum buka. Tangannya juga masih erat memeluk Dinda miliknya.

Pipi Daryssa mula memerah. Blusher pun insecure tengok kemerahan pipi wanita itu.

"Awak panggil saya Dinda?" Tanya Daryssa sambil matanya tertancap pada wajah Tengku Qays. Rambut suaminya itu disikat menggunakan jarinya.

"Yes, because you're my Dinda." Daryssa tertawa kecil. Tengku Qays duduk mengangkat tubuh Daryssa untuk duduk di atas ribanya.

"So, awak nak panggil saya apa?" Tanya Tengku Qays. Mata mereka bertaut seketika. Daryssa membuat gaya seperti memikir.

"Kalau awak panggil saya Dinda, saya panggil awak Kanda lah. Boleh?"

"Boleh. It's unique." Bibir isterinya dikucup sekilas. Terbutang biji mata Daryssa.

"Ishh, Kanda ni. Saya belum gosok gigi lagilah." Daryssa merengek. Kepalanya disandarkan didada suaminya. Tubuh wanita itu dipeluk erat.

"Sweet. I can feel the strawberry toothpaste." Tengku Qays mengusik Daryssa. Daryssa bangun daripada ribanya.

"Saya masak sekejap ya. Nanti awak gastrik pula." Tengku Qays senyum lalu menggenggam tangan Daryssa.

"Kita masak sama-sama?" Tanya Tengku Qays. Daryssa mengangguk.

"Yes. Masak sama-sama."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now