Bekas menyiram pokok bunga yang berwarna hijau olive itu disimpan di tempat asalnya sebelum dia duduk diatas kerusi sambil menghadap pemandangan yang luas daripada Balkoni biliknya.Fikirannya amat bercelaru pada ketika ini. Sungguh, dia amat merindui suaminya. Tetapi dia tahu, dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh jejaka itu.
Lelaki itu lebih memilih untuk curang berbanding untuk kekal hidup bahagia bersama didalam kesetiaan. Dia yakin, pasti suaminya itu sudah bahagia bersama wanita yang di cintainya. Dia sanggup mengalah demi kebahagiaan lelaki itu. Jika lelaki itu lebih bahagia tanpa dia, dia sudah bersedia untuk pergi selamanya daripada hidup lelaki itu. Dia sanggup mengorbankan hatinya demi lelaki yang dia cintai.
Mungkin sudah tiba masanya untuk mereka membuat haluan masing-masing. Sudah tiada lagi harapan yang ada didalam hubungan rumah tangga mereka. Sepanjang Ika berada disini, tidak pernah sekali pun Arasy bertanyakan tentang dia. Cari dia apatah lagi. Jejaka itu pasti sudah lupakannya sekarang.
"Kenapa awak berubah Arasy? Kenapa awak tak boleh setia dengan saya? Kita baru saja kahwin beberapa bulan. Tetapi awak sudah memilih untuk curang."
Dia sudah tidak mampu bertahan lagi. Sampai bila dia perlu sorokkan perasaan sedih dan kecewanya? Dia selalu menunjukkan pada orang yang dia kuat sedangkan, dia hanyalah seorang yang lemah.
"Kalau awak cintakan dia, kenapa awak kahwin dengan saya Arasy? Awak memang kahwin dengan saya hanya untuk sakitkan saya ke? Saya takut Arasy. Saya takut yang saya tak mampu untuk bencikan awak. Saya takut kalau saya tak boleh buang awak daripada hati saya. Awak cinta mati saya Arasy."
"EHEM, Awak!" Ika terhenti daripada lamunannya apabila dia mendengar suara seorang lelaki yang seakan-akan memanggilnya.
"Awak! sinilah!" Jejaka itu melambai-lambai tangannya kearah Ika yang sedang tercari-cari dari mana datangnya suara itu.
"Awak, cuba awak pusing kanan. saya kat sini!" Lebar senyuman jejaka itu apabila nampak Ika sudah memandang ke arahnya. Jejaka itu berdiri di bangku balkoni rumahnya sambil memandang Ika yang juga sedang berada di balkoni rumah wanita itu.
"Oh, awak. Tengku....." Ika memejam matanya memikirkan siapa nama jejaka itu.
"Tengku Qayeed. panggil saya Qayeed je." Jejaka itu menghadiahkan senyuman kearah Ika. Haih, cantik sungguh wanita ini. Sejak pertemuan pertama mereka di pusat beli-belah beberapa hari yang lepas, sejak itulah wajah wanita itu melekat di fikirannya.
"Oh, Qayeed. Dah lama ke awak berdiri dekat situ?"
"Taklah lama pun. Start daripada awak siram pokok bunga tu lepas tu awak duduk. Ha, start tu lah." Ika hanya menganggukkan sahaja kepalanya kepada Tengku Qayeed. Dia tidak tahu apa yang perlu dia cakap pada ketika ini memandangkan ini adalah perbualan mereka untuk kali pertama.
"Awak ok ke tu." Ika hanya memandang pelik sahaja jejaka itu. Ishh, baru kenal dah menyibuk.
"Saya ok je. Kenapa nampak tak ok ke?"
"Haah. Nampak macam ada masalah je. Ada masalah dengan boyfriend ke?" Hah, lawak sangat. bukan setakat boyfriend, suami dah pun. Tapi tak lama lagi macam dah bertukar ke title bekas suami pulak.
"Tak adalah, saya mana ada boyfriend. Tapi saya ada suami." Ika perasan akan perubahan pada wajah Tengku Qayeed itu. Hah, broken lah tu.
"Oh, yeke." Suara Tengku Qayeed mengendur. Tidak sangka pula wanita itu sudah berkahwin. Sebab dia kelihatan sangat muda dan boleh dikatakan macam masih anak dara. Tu yang Tengku Qayeed jatuh hati tu.
"Tak apalah kalau macam tu. Ni, saya sebernanya dah lambat dah nak pergi kerja ni. Saya pergi dulu ye. Bye. Nanti kita jumpa lagi ye."
Ika tertawa kecil melihat gelagat Tengku Qayeed itu. Sudahlah tampan, tinggi, mata perang, bulu mata dan bulu kening lebat. Belum kata pasal kulit lagi. Dia yang wanita ini pun kalah dengan kecerahan kulit jejaka itu. Sudah tentu Tengku Qayeed itu menjadi kegilaan para wanita.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...