𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 27

11K 451 40
                                    

"Kurang ajar kau!" Wajah Tengku Qays ditumbuk kuat oleh Tuan Daris. Nafasnya naik turun. Dia tidak sangka jejaka itu sanggup melakukan sebegitu pada anak perempuannya.

"Kau dah buat apa dekat anak aku ha sial!" Jerit Tuan Daris lagi.

Tengku Qays hanya berdiri tegak sahaja disitu. Dia kelihatan sungguh pasrah. Ujian ini sungguh berat sekali untuk dia hadap. Memang tiada siapapun yang akan mendengar penjelasannya. Dia hanyalah mangsa keadaan. Tetapi tiada siapa yang mahu percaya.

"Saya tak tahu apa-apa Abah. Saya tak buat semua tu." Kata Tengku Qays. Tuan Daris memandangnya tajam.

"Apa yang kau cakap?! Kau tak tahu apa-apa?! Aku dah tengok CCTV. Dan memang engkau yang tarik perempuan tu peluk dia bawa masuk bilik. Itu yang engkau cakap tahu tahu apa-apa?"

Tergamam Tengku Qays mendengar itu. Dia pening. Dia memang tak buat apa-apa. Sejak Daryssa keluar, dia memang hanya tidur sahaja. Tetapi mengapa di CCTV kelihatan macam dia yang bawa masuk wanita itu?

"S-Saya tak tahu Abah. Saya tak bawa masuk pun perempuan tu." Wajahnya sekali lagi ditumbuk.

"Apa yang kau kata tak tahu?! Terang lagi bersuluh kau bawa betina tu masuk bilik kau. Apa yang kau kata tak tahu Ha?!" Kini giliran Tengku Ariana pula yang memarahi Tengku Qays.

"Ibu, tolong percayakan saya. Saya tak tahu." Dia melutut. Wajah kedua-dua ibu bapa Daryssa dipandang.

"Aku tak sangka macam ni perangai kau Qays." Kata Tengku Qayser. Sungguh kecewa hati orang tua itu apabila tahu anak dia berkelakuan seperti ini.

"Bonda tak pernah ajar Qays untuk sakitkan hati perempuan macam ni." Kata Tengku Evelynna.

"Tapi Qays tak buat. Tolonglah percaya." Tengku Qays menangis. Tiada siapa pun yang mempercayainya. Semua orang meletakkan kesalahan itu pada dirinya. Sedangkan memang dia tak salah.

"Aku menyesal kahwinkan engkau dengan anak aku." Kata Tuan Daris.

"Memang tak layak langsung." Kata Tengku Qayser.

"Ceraikan Daryssa. Aku tak nak dia tersakiti lagi. Cukuplah kau sakitkan anak aku lapan tahun lepas. Aku tak nak dia sakit lagi." Kata Tengku Ariana.

Tengku Qays menggeleng. Sungguh dia tak akan tinggalkan wanita itu. Jujur, dalam hatinya hanya ada nama Nur Daryssa Dinda. Tiada nama wanita lain.

"Qays tak nak. Qays sayangkan Daryssa. Qays tak akan sesekali lepaskan dia." Kata Tengku Qays sebak.

"Kau tak sayangkan dia! Kau cuma nak seksa dia je. Itu yang kau nak kan sebernanya? Aku tak kira. Aku nak kau ceraikan dia juga." Kata Tengku Qayser.

"Ayahanda. Tolonglah percayakan Qays. Qays tak buat semua benda ni." Tengku Qays tersandar lemah. Dia tak kuat. Sungguh dia adalah seorang lelaki yang lemah.

" Aku tak pernah ajar anak aku macam ni. Memalukan nama keluarga. Kalau macam ni lah perangai kau, memang aku tak mengaku anak." Kata Tengku Qayser tegas.

Tengku Qays hanya bersandar lemah dengan riak selamba. Dia penat. Penat menanggung sakit. Kepalanya mula berdenyut denyut. Dia sakit. Dah lama. Tapi dia rahsiakan perkara itu daripada semua orang.

"Awak, tolong ceraikan saya. Saya tak boleh hidup dengan awak. Walaupun kita baru berkahwin hampir masuk tiga bulan, tetapi saya dah tak larat nak teruskan perkahwinan kita." Kata Daryssa yang baru turun daripada biliknya.

Dia dengar semua perbualan mereka semua. Tentu dia juga sedih. Tetapi demi kebaikan semua orang, dia mahu tamatkan semua ni.

"Kalau itu yang awak nak, saya akan tunaikan." Tengku Qays bangun dan berjalan ke arah isterinya. Dia penat. Mungkin ini adalah masa yang tepat untuk dia lepaskan orang yang dia sayang sebelum orang itu terseksa dikemudian hari.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now