"Amelina, Tengku is calling you." Kata Haziq kepada wanita itu. Amelina yang baru sahaja ingin menyuapkan makanan ke mulutnya itu terhenti.
"O-Okay." Walaupun dengan muka keliru, dia pun bangun dan bergerak untuk pergi ke bilik pejabat Tengku Qays. Dia baru nak makan, dah Tengku panggil. Tulah, membawang je dengan Daryssa tadi.
"Wuit." Daryssa memanggil sepupunya itu untuk duduk di hadapannya.
"Kenapa Tengku Qays panggil Amelina?" Muka Haziq berubah cemas. Tak tahu nak jawab apa lah tu.
"U-Um, sebab kena teman Tengku pergi cawangan hotel yang dekat Kuala Lumpur tu. Kau tahukan Ahmad tak boleh join sebab isteri dia dah nak bersalin. So, aku dengan Amelina lah yang kena pergi. Lagipun, Diorang nak mentor untuk housekeeping. Sebab housekeeper diorang baru lagi so, ada banyak benda yang nak kena belajar." Jawapan itu sedikit mengusik hati Daryssa. Sebab sepatutnya, dia yang ikut Tengku Qays pergi ke Kuala Lumpur itu. Tapi tiba-tiba dia tukar orang.
"Tapi, haritu dia cakap aku yang ikut dia. Kenapa tiba-tiba tukar?"
"Manalah aku tahu."
Jelas terpancar riak kecewa wanita itu. Adakah jejaka itu marahkan dia disebabkan peristiwa minggu lepas?
Sebab sejak daripada peristiwa itu, mereka jarang bersua muka. Selalunya, pasti ada saja alasan untuk jejaka itu berjumpa dengannya. Tapi sekarang dah lain.
"Kau ni ok tak Daryssa. Dah macam orang tua dah berkerut sana sini. Kenapa, kau jealous ke?" Hanya jelingan sahaja yang jejaka itu dapat.
"Ni, kau dengan Aisyah tu bila nak tunang? Jangan lambat sangat. Macam macam benda yang tak elok boleh jadi tau."
"Ishh, kau ni Ryssa. Janganlah doa benda yang bukan-bukan. Lagipun, aku nak terus lamar dia kahwin. Nak kahwin terus. Malaslah nak tunang segala bagi ni. Lagipun, itukan adat je. Yang wajib tu kita kena dahulukan." Hujah Tengku Haziq lebar panjang.
"Yelah Tengku Haziq Ameer. Bertuahnya Aisyah dapat boyfriend macam ni." Tengku Haziq hanya tersenyum bangga. Eh, menyampah Daryssa melihatnya.
"Ha, ni. Sebernanya dah lama aku nak tanya kau ni. Kau masih sukakan Tengku Qays ke?" Senyuman Daryssa mengendur. Dia pun sebernanya masih tidak faham akan hatinya sendiri. Nak kata suka, dia macam tak dapat rasakan benda tu. Tapi kalau nak cakap tak suka, dia selalu rasa cemburu kalau nampak Tengku Qays dengan wanita lain. Jadi, dia memang sangat keliru dengan perasaannya.
"Aku pun tak tahulah, Ziq. Aku tak faham dengan hati aku sendiri."
"Macam nilah, Ryssa. Aku rasa ada baiknya kau cuba untuk maafkan dia. Cuba untuk mencari kebahagiaan kau sendiri. Sebab aku boleh nampak kebahagiaan dekat mata kau kalau engkau dengan dia. Dan macam sekarang ni, aku boleh nampak kekecewaan pada kau sebab dia dah lama tak tegur kau macam dulu, kan? So, cubalah bagi peluang dekat dia. Buanglah sikit ego kau tu. Sebab nanti yang merana tu kau, bukan ego kau."
Daryssa faham apa yang cuba disampaikan oleh Tengku Haziq. Dia akan cuba meminta petunjuk dengan yang maha esa tentang apa yang dia rasa dan apa yang perlu dia lakukan.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...