"Kau dah ok ke belum ni?" Tanya Elly pada Amirah yang sedang terbaring di atas katil.
Wanita itu terjatuh didalam bilik air. Dengan perut membukit nya lagi. Dia sudah mengandung lapan bulan. Hasil anak luar nikahnya.
"Bila kita nak pergi minta maaf pada Qays dan Daryssa?" Tanya Amirah. Elly menjongkitkan bahunya sedikit.
"Aku pun tak tahu Mirah. Dah banyak dosa yang kita buat pada mereka. Kau ingat, diorang nak maafkan orang macam kita ni ke?" Tanya Elly lalu mencabut telekung yang dipakainya.
Mereka berdua akhirnya sudah bertaubat. Tiada lagi Nurul Ellya Alanna dan Syara Nur Amirah yang berpakaian seksi dan tidak berhenti minum air haram itu.
Kini, mereka sudah berubah menjadi seorang wanita yang mematuhi perintah Allah. Semua ini terjadi selepas Amirah dapat tahu yang dia mengandung anak luar nikah. Sejak daripada itu dia mula bertaubat.
Apabila melihat Amirah bertaubat, terdetik di hati Elly untuk turut berubah menjadi seorang yang lebih baik. Dia sudah mula terima kenyataan yang Tengku Qays memang tidak ditakdirkan untuknya.
Jika diperhatikan, memang Daryssa dan Tengku Qays itu sungguh serasi bersama. Mereka memang berhak untuk bahagia.
"Aku malu dengan diorang. Aku rasa macam tak layak untuk dimaafkan." Sambung Elly.
Sejak dia mula berhijrah, dia akan sering menangis di dalam solatnya. Mohon keampunan kerana dosanya yang tidak pernah menjalinkan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang telah menciptakannya.
Dia malu. Bukan hanya malu pada orang lain tetapi malu kepada Allah. Semua perkara yang dilarang itulah yang dia lakukan. Tetapi, perintah yang disuruh oleh Allah itu lah yang ditinggalkannya.
Mungkin dulu mereka berasa rimas dengan tudung. Tetapi alhamdulillah, sekarang mereka akan berasa rimas tanpa tudung.
"Lepas sahaja aku lahirkan baby ni, aku nak jumpa diorang. Aku harap sangat dia dapat maafkan aku. Maafkan kau." Kata Amirah sambil sambil mengusap perutnya.
Elly mengangguk. Dia kalau boleh mahu berjumpa Daryssa dan Tengku Qays secepat mungkin sebab takut dia tidak sempat mahu memohon maaf atas apa yang dia telah lakukan. Sebab kematian itu pasti dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Dia takut dia tak sempat untuk memohon maaf atas dosanya kepada manusia.
Tapi pada masa yang sama, dia belum sedia.
Dia takut jika mereka tidak akan memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan. Dia lebih takut apabila dia tidak mendapat kifarah yang selayaknya dia dapat. Dia takut jika berlaku istidraj pada dirinya.
Kenikmatan dalam melakukan dosa.
"Masuklah, Dinda." Kata Tengku Qays sambil membuka pintu bilik lalu menarik masuk beg baju roda itu ke dalam. Sebelah tangannya lagi memeluk pinggang Daryssa yang sedang mengendong Daim.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...