𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 2

20.3K 875 28
                                    


"Assalamualaikum!" Pintu utama rumah itu diketuk Oleh Tengku Qays sambil dia memberi salam kepada tuan rumah.

Mata Tengku Qayeed dan Tengku Qistinna mula meliar melihat sekeliling kawasan rumah banglo ini. Masih sama seperti sedia kala. Mata Tengku Qistinna tertumpu kepada suatu tempat yang sangat dikenalinya.

"Angah tengok tu." Tengku Qistinna menunding jarinya kearah kereta sorong yang terletak elok di tepi dinding bahagian garaj. Macam kenal je kereta sorong tu.

Tawa Tengku Qayeed pecah apabila melihat kereta sorong tersebut yang sudah kehilangan satu roda di bahagian depan. Sudah tahulah siapa yang membuatnya. Sudah tentu Tengku Qayeed dan Tengku Qistinna yang bermain dengan kereta roda tersebut hingga jatuh ke dalam parit. Habis keluar segala singa, harimau dan naga Tengku Evelynna.

Qayeed dan Tengku Qistinna merupakan anak yang ternakal didalam keluarganya. Tetapi selepas kelahiran Tengku Qalish, gelaran itu sudah berpindah tuan kepada adik bongsunya.

Tanpa mereka sedar, seorang wanita tua sedang membuka pintu tersebut.

"Walaikumsalam! Masuklah!" Balas Nenda Ijah kepada cucu cucunya.

Nenda Ijah atau nama sebernanya ialah Tengku Qadhijah merupakan adik kepada nenda kandung Tengku Qays iaitu Tengku Qairunnisa. Tengku Qadhijah sangat rapat dengan keluarga mereka kerana telah membesarkan mereka sejak kecil lagi. Tengku Qhadijah juga merupakan nenda kepada Daryssa dan Tengku Haziq.

"Kenapa datang tak bagitau ni?" senyuman dihadiahkan kepada cucu-cucu sedaranya itu. Sudah besar panjang mereka ini. Nenda Ijah masih ingat lagi zaman ketika mereka bertiga masih kecil.

Tengku Qayeed yang dulunya hanya memakai pampers tanpa baju dan seluar itu telah berubah menjadi seorang lelaki yang sangat tampan, dan mempunyai badan yang tegap. Tidak kalah pula abang sulung mereka, Tengku Qays. Tengku Qistinna pula sudah dijaga oleh Nenda Ijah sejak dia berusia 3 bulan lagi.

"Saja kami mahu suprise kan Nenda" tubuh Nenda Ijah itu dipeluk dari tepi oleh Tengku Qistinna.

"Banyak durian yang gugur di kebun semalam. Mari, kita makan durian banyak-banyak." Pantang mendengar nama durian. Pantas sahaja tiga beradik itu bergegas ke dapur.

"Ryssa, kau ingat tak Mirah?" Satu potong chicken chop yang berada di garfu itu dimasukkan ke dalam mulutnya sambil matanya tidak lepas memandang wajah Daryssa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ryssa, kau ingat tak Mirah?" Satu potong chicken chop yang berada di garfu itu dimasukkan ke dalam mulutnya sambil matanya tidak lepas memandang wajah Daryssa.

"Mirah mana, eh?" berkerut kening Daryssa memikirkan siapa gerangan yang disebutkan oleh Aisyah. Macam pernah dengar nama itu.

"Alah, classmate kita masa kat highschool dulu lah. Kat Malaysia." Nada Aisyah sedikit meninggi. Takkanlah si Daryssa ni tidak ingat pula. Tahulah masa kemalangan dahulu kepalanya terhantuk kuat. Opss.

"Syara Nur Amirah ke?" Kesemua jari Daryssa gigabungkan sebelum ditongkatkan ke bawah dagu.

"Ingatpun" Mata Aisyah digulingkan ke atas. Cakap dengan orang pelupa macam Daryssa ni memang susah sikit.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now