𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 21

11.5K 450 5
                                    

"Mirah. Banyak sangat kau minum ni." Elly mengambil cawan kaca yang berisi air haram di tangan Amirah itu dan di letakkan di atas meja.

"Ishh, kau ni dah kenapa Elly? Aku tak puas lagi minum ni." Dia cuba untuk mengambil cawan itu tapi pantas di halang oleh Elly.

"Kau ni dah kenapa Amirah. Ada masalah ke?" Tanya Elly. Yalah, jarang rakannya minum banyak seperti ini.

"Tengku Qays, dia dah nak berkahwin." Terbutang biji mata Elly.

"WHAT?!" Elly menjerit. Tidak percaya yang bekas tunangnya itu bakal berkahwin dengan wanita lain.

"Kau tak payah nak menjerit sangat lah Elly. Kau juga yang bodoh pergi New Zealand tu kan. Cuba kalau kau  goda dia setiap hari. Memang tak lah dia akan lupakan kau." Kata Amirah sinis.

"Aku tak kira. Aku nak dapatkan juga Tengku Qays." Tangannya digumpal menjadi penumbuk. Rahangnya diketap.

"Dan aku pun nakkan dia juga." Kata Amirah. Elly menjeling.

"Kalau macam tu, kita berunding. Kalau kau dapat dia, aku mengalah. Tapi kalau aku yang dapat dia, engkau yang kena mengalah." Kata Elly dengan nada keras.

"Kau pasti ke yang kau akan menang?" Amirah ketawa sinis. Elly mengetap bibirnya.

"Kalau dulu pun aku boleh rampas dia daripada Daryssa, kenapa sekarang tak?" Elly turut memberi senyuman sinis.

"Well, kita tengok. Siapa yang akan dapat Tengku Qays."

"Isteri kau macam mana? Dah bersalin dah?" Soal Tengku Qays selepas memberikan fail kerjanya kepada Ahmad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Isteri kau macam mana? Dah bersalin dah?" Soal Tengku Qays selepas memberikan fail kerjanya kepada Ahmad.

"Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar." Kata Ahmad dengan senyuman.

"Baby boy ke baby girl?" Soal Tengku Qays sambil menyandarkan kepalanya pada kedua tangan yang diletakkan pada belakang kepala.

"Perempuan. Anan Dylaila Nur binti Ahmad Danish Naufal." Kata Ahmad dengan senyuman. Dia ni kalau dah cakap pasal anak, memang tak kering gusi.

"Sedap. Nanti aku dengan bakal isteri aku nak melawat anak kau boleh." Terbutang mata Ahmad. Bos dia yang beku ni nak  kahwin dah ke?

"Tengku nak kahwin?!" Tanya Ahmad dengan nada sedikit tinggi. Tengku Qays mengangguk.

"Dengan siapa?"

"Daryssa." Jawab Tengku Qays sepatah. Lah, ye ke. Tak sangka pula kahwin dengan member sekerja dia.

"Oklah, saya keluar dulu. Nanti kalau Tengku nak apa-apa, panggillah ya." Tengku Qays mengangguk. Ahmad pun berjalan keluar ke bilik kerja miliknya.

Tidak sampai beberapa minit, pintu bilik pejabatnya diketuk daripada luar.

"Masuk." Jerit Tengku Qays.

"Kau nak apa?' Tanya Tengku Qays pada Tengku Haziq dihadapannya.

"Ni, ada perempuan nak jumpa kau. Urusan kerja katanya." Kata Tengku Haziq. Dia tidak pernah jumpa wanita itu sebelum ini, jadi dia tak tahu siapa.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now