𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 20

16.3K 479 11
                                    

"Hey Qays, buat apa sorang-sorang dekat luar ni?" Soal Tuan Daris lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Tengku Qays.

"Tak ada apalah Uncle. Saja. Hirup udara malam." Kata Tengku Qays. Tuan Daris ketawa.

"Business semua okay?" Wajah Tengku Qays dikerling. Tengku Qays mengangguk.

"Setakat ni semua ok. Tak ada masalah lagi Uncle." Tuan Daris mengangguk.

"Baguslah macam tu." Kedua-dua mereka kembali senyap.

"Kamu dengan Daryssa okay?" Tengku Qays terkedu. Mengapa Tuan Daris menanyakan tentang hal ini?

"Kami ok je." Tengku Qays tidak tahu mahu berikan jawapan apa. Dia tidak faham apa yang ditanyakan oleh Tuan Daris itu tentang Daryssa.

"Uncle tahu, kamu sudah sukakan dia, kan?" Sekali lagi Tengku Qays terkedu. Adakah Tuan Daris mahu marah dia tentang hal lapan tahun lepas? Tengku Qays mengangguk.

"Saya sukakan Daryssa, Uncle. Saya rasa berdosa sebab sakitkan dia dulu. Saya minta maaf, Uncle." Tengku Qays menunduk. Tuan Daris menghela nafas panjang.

"Uncle masih ingat lagi. Lapan tahun lepas. Uncle baru balik daripada kerja. Sampai rumah, Uncle terkejut sebab nampak Daryssa menangis di rumah Uncle. Uncle waktu tu kerja di Singapura. Mereka di Johor. Uncle terkejut juga tapi uncle tak tahu sebab apa. Aunty Ari yang beritahu uncle."

"Saya puncanya uncle. Semuanya disebabkan saya." Kata Tengku Qays. Dia cuba untuk mengawal air matanya daripada jatuh namun gagal.

"Qays, uncle tak tahu nak cakap macam mana. Uncle tahu yang kamu dah berubah. Kalau betul, Qays suka dan cintakan Daryssa, Qays kena berusaha untuk mendapatkan hati dia." Qays memandang wajah Tuan Daris tidak percaya.

"Uncle izinkan ke kalau saya nak memperisterikan Daryssa suatu hari nanti?" Soal Tengku Qays dengan nada berharap. Tuan Daris memberikan senyuman manis kepada Tengku Qays sebelum dia menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih, uncle." Tubuh Tengku Qays dipeluk erat oleh Tuan Daris. Dia hanya memikirkan kebahagiaan anak perempuannya itu. Dia sanggup mengorbankan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya.

Daryssa yang dari tadi berselindung di sebalik dinding itu mula mengalirkan air mata. Dia tidak sangka sebegitu cinta Tengku Qays terhadapnya. Tapi hati dia masih lagi ragu-ragu.

"A-Abah." Panggil Daryssa.

"Eh, Ryssa. Kamu buat apa disini?" Soal Tuan Daris. Daryssa memandang wajah Tengku Qays.

"Tengku betul-betul sukakan saya ke?" Soal Daryssa perlahan. Tengku Qays mengangguk.

Dia dapat rasakan yang dia betul-betul cintakan Daryssa. Hampir separuh hati dia mati saat wanita itu meninggalkannya lapan tahun lepas. Lapan tahun tanpa Daryssa membuatkan dia sedar yang dia tak mampu teruskan hidup tanpa wanita itu.

"Saya betul-betul cintakan awak, Nur Daryssa Dinda. Tangan saya boleh jadikan saksi bagaimana saya mencederakan diri saya waktu saya kehilangan awak dahulu." Esakan Tengku Qays jelas kedengaran.

Daryssa memandang wajah bapanya. Tuan Daris mengangguk perlahan. Daryssa kembali memandang wajah pucat Tengku Qays.

"Kalau macam tu, buktikan. Buktikan yang awak betul-betul cintakan saya. Buktikan yang awak memang betul tak boleh hidup tanpa saya. Buktikannya." Tengku Qays mengangguk dan berlari ke arah biliknya.

Daryssa berasa hairan. Kemana jejaka itu pergi? Setelah beberapa minit, Tengku Qays datang dan melutut dihadapan Daryssa.

"Nur Daryssa Dinda binti Mohd Daris. Sudikah awak menjadi isteri saya yang sah?" Soal Tengku Qays sambil tangannya muka kotak kecil yang berisi cincin yang pernah dia ingin berikan kepada wanita itu pada hari lahir Daryssa yang lalu tapi, dia di tolak pada ketika itu.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now