𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 32

12.7K 434 9
                                    

Daryssa yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu itu hanya memandang televisyen tanpa perasaan. Walaupun matanya memandang ke arah tv, namun fikirannya melayang ke tempat lain.

Dia masih berharap agar dia dan Tengku Qays masih lagi dapat kembali seperti sediakala. Dia rindukan belaian daripada jejaka itu.

Daryssa termenung tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Perut besarnya itu diusap lembut dan perlahan. Tanpa dia sedar, seseorang berdiri di belakangnya.

"Ryssa." Panggil Tengku Ariana. Daryssa tersedar dari lamunannya. Namun dia tersentak apabila dia mendengar suara garau seorang jejaka yang amat dikenalinya.

Air matanya jatuh menitik. Selepas lapan bulan, akhirnya dia berjumpa juga dengan jejaka itu. Dia berpaling dan matanya bertembung dengan mata bundar Tengku Qays.

"Q-Qays." Sapa Daryssa. Tubuhnya menggigil menahan tangisan daripada terkeluar. Dia mula tersedu-sedan di situ.

Tengku Qays mengerutkan dahinya juga menahan tangisnya daripada pecah. Dia memandang wajah ahli keluarganya dahulu sebelum mereka semua mengangguk.

"Awak apa khabar?" Tanya Tengku Qays. Daryssa diam tidak membalas.

"Daryssa, awak masih sayangkan saya?" Soal Tengku Qays. Suaranya bergetar. Pertanyaan itu dibalas dengan anggukan oleh Daryssa.

"Awak masih boleh terima saya kalau kita kembali bersama?" Soal Tengku Qays lagi. Daryssa mengangguk laju.

Sungguh itulah yang dia harapkan selama ini. Tengku Qays mengangguk.

"Kalau macam tu, kita rujuk." Kata Tengku Qays sambil memandang mata kuyu Daryssa.

Wanita itu tersenyum lebar. Dia mahu. Dia mahu untuk kembali ke pangkuan jejaka itu.

"Saya rindukan awak. Qays." Kata Daryssa dengan nada perlahan tetapi masih lagi mampu untuk Tengku Qays mendengarnya.

Tengku Qays menarik nafasnya sedalam-dalamnya.

"Aku kembalikan isteriku di dalam perkahwinanku." Kata Tengku Qays dengan lafaz rujuk.

Daryssa sebak. Dia berlari dan memeluk jejaka itu. Dia melepaskan segala tangisannya di dada bidang Tengku Qays. Tangan jejaka itu pula tidak berhenti daripada pengusap kepala Daryssa yang berbalut tudung itu.

"Mari kita ke Mahkamah Syariah untuk uruskan rujuk kamu berdua ni.' Kata Tengku Qayser.

Daryssa dan Tengku Qays mengangguk.

Semua ahli keluarga mereka tersenyum. Tidak sangka bahawa penderitaan anak-anak mereka akan berakhir disini.

"Alhamdulillah selesai juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Alhamdulillah selesai juga." Kata Tuan Daris selepas masuk sahaja ke dalam rumah agam miliknya.

Mereka semua baru balik daripada mahkamah syariah bagi menguruskan rujuk antara Tengku Qays dan Daryssa. Kini, mereka berdua kembali semula
sebagai suami isteri.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now