"Ryssa, kau ingat tak Ika?" Wajah Aisyah dikerling.
Ika yang kena curang itukah?"Ika yang mangsa Mirah tu ke?"
"Ha! Ika tu lah." Seluruh badannya ditumpukan kepada Aisyah.
"Apa cerita dia sekarang? Dah berbaik ke dengan suami dia?" Televisyen dihadapan mereka itu dibiarkan sahaja terbuka. Perempuan kalau dah bergosip, gempa bumi pun takkan sedar.
" Berbaik apanya, makin teruk adalah." Uish, macam serius sahaja bunyinya.
"Maksudnya-"
"Yes, Ika lari daripada husband dia." Perasaan simpati menyelubungi hati. Kesiannya Ika. Kenapalah sanggup seorang lelaki memperlakukan sebegitu kepada isterinya.
"Habis tu, dia dimana sekarang?"
"Sebenarnya, dia minta tumpang rumah kita. Boleh tak?" Aisyah mengemam bibirnya. Meminta persetujuan daripada Daryssa.
Daryssa menganggukkan kepalanya. Mata Daryssa kelihatan sayu. Dia teringatkan kisah lama dia lapan tahun lepas. Dia sungguh memahami apakah yang sedang dirasai oleh Ika.
Seseorang yang kita sayang, kita cintai dan kita sanjungi itu telah memilih orang lain berbanding kita.
Lelaki itu hanyalah pujaan hatinya yang belum sah untuk dia dan telah memilih wanita lain sudah amat sakit buatnya, apatah lagi Ika merupakan seorang isteri yang sah. Mungkin hampir mati rasanya.
"Kesian kan Ika kan. Aku pun tak dapat nak bayangkan kalau benda macam ni jadi dekat aku." Aisyah perasan akan Daryssa yang diam termenung itu. Dah kenapa dah si Ryssa ni. Terkenang mamat tu ke.
"Kau ni kenapa Daryssa?" Tanpa dia sedar, air mata Daryssa sudah mengalir.
"Ryssa, kenapa kau nangis ni?" Tubuh sahabatnya itu dipeluk dan pelukan itu disahut dengan erat.
"Aku rindukan dia. Aku masih belum boleh move on lagi dengan dia. Aku rindukan dia sangat-sangat Ecah." Teresak-esak wanita itu. Luluh hati Aisyah melihat rakannya seperti ini. Walaupun macam-macam yang lelaki itu sudah lakukan pada Daryssa, tetapi hatinya masih mahukan jejaka itu.
"Ryssa, kalau dah kata dia tu jodoh kau, aku pasti satu hari nanti korang akan bersatu juga."
"Aku harap macam tu lah."
"Kenapa tak beritahu ibu yang kamu mahu datang harini?" Soal Tengku Ariana kepada Daryssa yang tersengih dengan soalan ibunya.
"Saja nak surprise kan ibu." Kata Daryssa sambil tubuh Ibunya dipeluk erat. Seperti biasa, Tengku Ariana cuba untuk meleraikan pelukan tersebut. Ibu ni dah lah tidak suka dipeluk. Ibu hanya menerima pelukan daripada abah dan adik bongsunya, Demya.
Walaupun Daryssa ini anak kedua, tetapi dia cukup manja dengan ibunya. Semasa kecil, Daryssa lebih rapat dengan abahnya iaitu Mohd Daris. Tetapi selepas meningkat dewasa ini, dia sedikit segan akan abahnya.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...