Mata Daryssa hanya memandang ke arah luar tanpa menghiraukan suaminya disebelah yang sedang memandu. Nafasnya dihela panjang. Mereka menuju ke hotel di Johor Bahru. Aisyah dan Haziq kahwin.
"Apa yang monyok sangat Dinda ni?" Tanya Tengku Qays kepada Daryssa yang sedang memuncung sedepa.
"Ini semua salah Kanda. Disebabkan Kanda, kaki saya sakit nak jalan." Wajah suaminya dipandang dari hujung mata. Side eye.
Yelah. Memang suaminya punca dia sakit kaki. Pagi tadi pun dia memang tak boleh nak berjalan.
"Eh, apa pula salah saya? Dinda yang sakit kaki kan?" Daryssa menjeling. Memanglah aku yang sakit. Tapi kalau dia tak buat kuat semalam semua ni tak akan terjadi.
"Kanda lah. Dah tahu harini nak kena pergi majlis kahwin Aisyah dengan Haziq tu, janganlah lasak lasak sangat." Pipinya berumah merah apabila mengingatkan apa yang mereka lakukan malam tadi.
Hal suami isteri.
"Lah, Dinda yang nak kan? Dinda yang suruh saya cepat. Saya ikut je arahan." Terbutang biji mata Daryssa. Selekeh betullah suami dia ni. Janganlah cakap macam tu.
"Ishh, pervert." lengan sasa suaminya dipukul perlahan. Memang taklah dia pukul kuat. Sayang kot.
Setiba sahaja di sana, Tengku Qays meminta isterinya untuk memakaikan dia samping. Daryssa akur. Manja.
"Yang Kanda beria sangat macam Kanda yang nak kahwin ni dah kenapa?" Tanya Daryssa sambil tangan masih ligat melipat samping suaminya.
"Mana ada beria."
"Siap pakai baju Melayu bagai. Dengan samping, songkok. Dahlah Kamda ni handsome. Nanti tak pasal-pasal orang nak ngorat Kanda." Kata Daryssa. Tengku Qays ketawa. Comel je isterinya ni overthinking.
"Don't worry. Nanti kalau ada orang nak ngorat Kanda, Kanda show off lah cincin Kanda. Tak pun Kanda cium Dinda. Biar padan muka diorang." Daryssa tersenyum malu. Apalah suaminya ni.
"Ishh, tak payahlah sampai nak cium." Dada suaminya dipukul lembut. Pinggang ramping Daryssa dipeluk.
"Kanda sayangkan Dinda tau. Percayalah, dalam hati Kanda ni ada nama Dinda je. Kalau ada apa-apa yang tak diingini berlaku, Kanda nak Dinda ingat yang Nur Daryssa Dinda cinta mati Tengku Qays Eirl. Tiada siapa yang tertakluk dalam hati Tengku Qays Eirl selain Nur Daryssa Dinda."
Daryssa tersenyum lalu mengangguk.
"Cinta Daryssa hanya untuk Qays." Kata Daryssa lalu menindih bibirnya pada bibir merah suaminya. Sekejap sahaja mereka sebegitu lalu mereka masuk ke dalam dewan sambil tangan melekat antara satu sama lain.
"Sedap ke Dinda?" Soal Tengku Qays pada Daryssa yang sedari tadi tidak berhenti mengunyah.
"Sedap Kanda. Nak rasa?" Daryssa menyuakan satu sudu abc pada mulut Tengku Qays tapi jejaka itu menggeleng l.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...