"Macam mana rumah kamu yang dekat singapura tu?" tanya Tengku Evelynna kepada putera sulungnya yang sedang berselera menjamah sarapan.Nasi lemak dengan sambal merah, telur mata, ayam goreng lagi, panas-panas pulak tu. Siapa je yang tak terliur. Habiskan satu suapan dahulu baru dia menjawab.
"Qays rasa macam nak jual lah rumah tu. Lagipun, rasa macam tak selamat pula nak duduk kat sana lagi" jawab Tengku Qays sambil memberikan senyuman kepada bondanya.
"Eloklah tu, ayahanda pun risau bila kamu kata yang rumah kamu itu dipecah masuk." balas Tengku Qayser sebelum kembali menghirup kopi yang berada di tangannya.
Minggu lepas, rumah banglo Tengku Qays yang di singapura itu dipecah masuk oleh 3 orang perompak. Habis hilang semua pasu, pinggan, mangkuk dan cawan dirumahnya. Maklumlah, semua barang import dari luar negara. Mahal pula tu. Memang kena curi lah jawabnya.
Selepas sahaja kejadian itu, Tengku Qays terus pulang ke rumah keluarganya. Terpaksalah dia berulang alik dari Johor ke Singapura.
Tengku Qays sebenarnya ada penthouse miliknya sendiri di tempat dia bekerja iaitu di The Q's Hotel yang dibangunkan olehnya dan adik keduanya. Tengku Qayeed Edrian. Tetapi, disebabkan penthouse itu sedang di renovasi untuk seketika, jadi dia pun bercadang untuk tinggal di rumah keluarganya.
"Kesian along kena ulang alik ke singapura. Boleh tahan jauh juga tempat kerja along itu kan?" soal Tengku Qistinna yang merupakan adik perempuan kepada Tengku Qays.
Tengku Qistinna Eirene merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Gadis yang berusia 19 tahun itu merupakan seorang tiktokers dan youtubers yang agak terkenal juga di Malaysia. Dia juga amat terkenal dengan seorang wanita yang pandai menyanyi. Pernah juga dia mendapat tawaran menyanyi disebuah syarikat rakaman namun, dihalang tegas oleh Tengku Qays Eirl dan juga Tengku Qayeed Edrian.
"Betul tu. Ayahanda rasa kamu perlu beli rumah di Singapura itu. Tak apa, ayahanda akan arahkan tiga bodyguard untuk menjaga kamu di sana nanti." balas Tengku Qayser sambil mulutnya dimasukkan karipap yang berisi sardin itu ke dalam mulutnya.
Tengku Qayser Ferhad merupakan seorang usahawan yang sangat Terkenal di Asia ini. Syarikatnya juga adalah syarikat yang terkaya di Asia.
Tengku Qayser sudah berbuih mulutnya memujuk anak sulungnya itu untuk mengupah bodyguard tetapi sering dibantah oleh Tengku Qays. Katanya dia boleh menjaga dirinya sendiri.
"Baiklah ayahanda." Tengku Qays akur dengan kata - kata ayahandanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia memikirkan tentang keselamatan dirinya pula. Isu - isu keselamatan ini tidak pernah sekalipun diendahnya.
Selepas suatu kejadian yang menimpa seseorang yang disayangi oleh Tengku Qays lima tahun lepas, dia menjadi seorang yang amat peka dengan keadaan sekeliling. Terutamanya keselamatan keluarganya.
"Along lepasni, bawa adik keluar." ajak Tengku Qalish Elfian yang baru datang dari biliknya kepada abang sulungnya untuk keluar berserta dengan tshirt vens hitam dan seluar jeans berwarna hijau. Maklumlah, usianya baru 15 tahun. Sudah tentu abang - abang dan kakak - kakaknya menjadi mangsa untuk menghantarkan dia kemana - mana yang dia mahu pergi.
"Nak pergi mana lagi kau ni? nak beli aiskrim llao llao lah tu." Teka Tengku Qairynna Elva kepada adik bongsunya itu. Headphone yang elok terletak dileher Tengku Qairynna itu diambil dan diletakkan ditelinganya sebelum dia bangun dan meninggalkan semua orang di meja makan itu.
"Qairynna! habiskan makanan kamu!" Jerit Tengku Evelynna kepada anak perempuannya yang paling tidak gemar untuk makan.
"Qairyn dah kenyang!" jerit Tengku Qairynna kepada bondanya sebelum kakinya melangkah ke dalam lif.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...