9 tahun lalu
"Nah. Abang, ambillah." Botol air mineral itu dihulurkan kepada Tengku Qays. Kesian dia berpeluh-peluh. Penat sangat gamaknya.
Yelah, atlet bola keranjang terbaik sekolah. Dia mahu menyertai banyak perlawanan bola keranjang pada tahun ini memandangkan tahun ini tahun akhir Tengku Qays di alam persekolahan.
Daryssa yang berusia 16 tahun itu setia menunggu lelaki untuk mengambil air yang di hulurnya tetapi Tengku Qays hanya memulaukan sahaja Daryssa di situ. Tiada langsung minatnya pada gadis itu.
Toleh pun tak.
Dia hanya sibuk mengikat tali kasutnya.
Seorang gadis datang menghampiri Tengku Qays dan dia juga menghulurkan air mineral kepada jejaka itu.
"Qays, air ini untuk awak." Kata Elly.
Tengku Qays melihat ke arah Elly untuk seketika sebelum dia mengambil botol air itu.
"Thanks." Senyuman manisnya dihadiahkan kepada Elly.
Daryssa yang melihat itu hanya mampu menahan tangisannya. Sungguh benci Tengku Qays terhadapnya. Kakinya perlahan-lahan menapak ke belakang sebelum dia berjalan meninggalkan tempat itu.
Daryssa melangkah keluar daripada taxi yang dinaikinya. Rumah agam Neneknya di pandang sekilas sebelum dia membawa keluar beg bagasinya daripada boot taxi.
and"Assalamualaikum, Nenda!" Jerit Daryssa setelah dia nampak Nendanya di hadapan pintu.
"Walaikumusalam cucu Nenda."
Daryssa kemudian berlari menuju ke arah Nendanya. Tubuh kecil Daryssa itu dipeluk erat oleh Nenda Ijah. Melepaskan rindu setelah hampir dua tahun tidak bersua muka.
"Ryssa sihat?" Soal Nenda Ijah sambil mengusap kepala Daryssa yang dibaluti tudung itu.
"Alhamdulillah, bukan setakat sihat, makin cantik pun ya."
Daryssa mula memuji dirinya sendiri. Memang perangai dia begitu.
Orang pasti akan kata dia Sombong jika tidak mengenalinya. Tetapi tidak pada orang yang rapat dengannya. Hanya mereka yang tahu perangai sebenar Nur Daryssa Dinda.
"Tidak berubah perangai cucu Nenda ni ya."
Memang Daryssa sungguh rapat dengan Nenda Ijah. Sebab dia cucu perempuan sulung kepada Nenda Ijah. Yelah, sebab Darwisy tu kan lelaki, jadi dia tak boleh nak membawang sangat dengan cucunya itu. Sebab tu lah dia harapkan sangat dapat cucu perempuan.
Sebabkan itulah dia sayang sangat dekat Daryssa ni dan Daryssa juga dijaga olehnya dari kecil hingga habis sekolah menengah. Tapi dia sayang je semua cucu dia sama rata.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...