𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 17

12.4K 517 20
                                    

"Encik Zul, dari Blue White Entertainment kan?" Tengku Qays berjalan menuju ke kerusi pejabatnya sambil Encik Zul duduk berhadapan dengan Tengku Qays.

"Ye, saya. Semalam saya datang tapi Tengku tak ada, jadi saya pun datang Harini lah."

"Oh, maaf lah ye. Saya baru balik daripada Kuala Lumpur malam tadi. Seminggu kat sana. Ada urusan kerja. Maaflah ya." Kesemua jarinya dicantumkan sebelum dia meletakkan kedua tangannya ke atas meja pejabat. Gaya bos-bos gituw.

"Eh, tak apalah, Tengku. Harini kami nak sign the contract Dan lepastu bolehlah kami mulakan shooting petang ni."

Tengku Qays mengeluarkan fail biru untuk diberikan kepada Encik Zul supaya dia menandatangani surat perjanjian itu.

"Ok. Done." Pen hitam itu diberikan kepala Tengku Qays semula selepas Tengku Qays menyemak surat itu dan disimpan di dalam laci.

"Ok, lah. Mari kita turun. Saya nak jumpa semua krew dan staff awak."

"Boleh. Silakan Tengku."

Tiba sahaja di lobi, semua pekerja dan krew-krew Blue White Entertainment berdiri dan memberi tundukkan hormat kepada Tengku Qays.

"Selamat datang ke hotel lima bintang The Q's Hotel. Jadi saya nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi memilih hotel kami untuk sesi penggambaran bagi syarikat penggambaran yang sangat terkenal di Malaysia ini."

Semua orang memberikan tepukan kepada Tengku Qays yang sedang berucap dihadapan.

"Saya ada nak memaklumkan beberapa perkara. Pertama, kami sudah sediakan tiga bilik khas untuk penggambaran yang akan kalian buat. Kedua, semua kawasan di hotel ini boleh diguna pakai untuk sesi penggambaran. Tetapi, tingkat atas sekali iaitu tingkat 25 di hotel block A sahaja tidak dibenarkan untuk pergi kerana itu adalah kawasan pejabat saya. Sebarang masalah boleh adukan kepada secretary saya ini Tengku Haziq." Bahu Tengku Haziq ditepuk sekali. Semua orang mengangguk faham akan apa yang dikatakan oleh Tengku Qays tadi.

"Dan jangan sesuka hati datang ke tingkat pejabat saya tanpa kebenaran saya dan tanpa pengetahuan Tengku Haziq. Faham?"

Sekali lagi mereka semua mengangguk dan mula bersurai untuk melawat ke semua kawasan hotel untuk mencari kawasan yang sesuai untuk sesi penggambaran mereka esok.

"Erm, Tengku Qays kan." Soal seorang wanita yang mempunyai rambut panjang dan perang itu.

"Kau nak apa?" Soal Tengku Qays dingin. Mata dia tidak pandang ke arah wanita itu langsung. Dengan baju lengan pendek lepas tu crop atas pusat. Memang taklah Tengku Qays nak pandang wanita itu. Silap-silap dapat dosa free.

"Saya nak minta Tengku bawa saya ke keliling hotel ni, boleh? Saya nak tahu lebih lagi pasal hotel ni. Semasa jalan-jalan nanti, bolehlah kita borak-borak. Berkenalan about each other ke?"

Tengku Qays memusingkan kepalanya dan melihat ke arah wanita itu.

"Apa nama kau?"

"Amirah. Syara Nur Amirah. But call me Mira." Senyuman manis diberikan kepada jejaka itu. Tetapi Tengku Qays tetap beriak dingin. Senyumannya hanya untuk Daryssa. No one else.

"Macam ni lah Mirah, aku tengah busy tau sekarang ni. Jadi aku tak boleh nak teman kau tour hotel ni. Jadi, aku boleh panggil secretary aku untuk teman kau." Tengku Qays membuat isyarat mata kepada Tengku Haziq untuk datang ke arahnya.

"Ni, nama dia Tengku Haziq. Dia boleh teman kau. Aku ada kerja. Cau dulu." Tengku Qays berjalan meninggalkan mereka berdua tetapi sempat diberhentikan oleh Tengku Haziq.

"Qays, aku tak boleh teman dia." Kata Tengku Haziq yang sedang berbisik dengan bos dia itu.

"Kenapa tak boleh pulak?" Sebelah keningnya diangkat. Pasti ada sebab kenapa rakannya itu tak boleh teman wanita tadi. Sebab Tengku Haziq tidak pernah berkata no kepadanya sebelum ini.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now