𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 22

11.1K 470 10
                                    

"Kami dah fikir masak-masak yang kami nak kahwin hujung minggu ni." Kata Tengku Qays ringkas namun membuatkan semua ahli keluarganya terkejut terutama ibu dan bapa mereka.

"Tapi kenapa tiba-tiba?" Tanya Tengku Evelynna. Dia bimbang juga jika sesuatu yang buruk akan berlaku. Sebab dia kenal anak sulungnya itu tidak pernah melakukan sesuatu keputusan dengan terburu-buru.

Tengku Qays memandang ke arah Daryssa untuk meminta kebenaran. Daryssa mengangguk lemah.

"Ada orang busuk hati nak kacau hubungan kami. Kami takut kalau benda buruk jadi dan kami tak sempat nak kahwin." Mereka semua tergamam mendengar apa yang diceritakan oleh Tengku Qays.

Tak sangka ada orang yang busuk hati tak mahukan kebahagiaan anak-anak mereka malah ingin mewujudkan porak peranda.

"Betul tu. Lagipun, tak salahkan kami nak mempercepatkan perkahwinan kami. Kan lagi bagus." Balas Daryssa. Tengku Ariana mengangguk.

"Kalau macam tu, Abah setuju. Kalau inilah yang terbaik, Abah redha." Kata Tuan Daris dengan nada sayu.

"Jangan risau, dewan macam dah nak siap. Lagi beberapa decorations sikit and everything settle."

Tengku Qays memandang ke arah Daryssa. Mata mereka bertaut seketika sebelum mereka saling membalas senyuman syukur.

"Esok, Qays ikut Ayahanda dengan Abah pergi tengok Dewan. Apa yang belum siap tu kita buat sama-sama. Qays nak, esok semuanya siap." Tengku Evelynna mengangguk.

"Dahlah, kamu semua pergi rehat. Daryssa, jangan banyak fikir sangat ya. Jangan risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar." Senyuman wanita itu dihadiahkan kepada bakal menantunya. Daryssa juga membalas dengan anggukan.

Kedua tapak tangan yang berasa dingin itu digosok kerana gementar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedua tapak tangan yang berasa dingin itu digosok kerana gementar. Tangan kanan Tuan Daris dicapai untuk meneruskan proses akad nikahnya dan Daryssa.

"Tengku Qays Eirl bin Tengku Qayser Ferhad." Suara Tuan Daris sudah mula menyeru namanya.

"Ya saya." Balas Tengku Qays tenang.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Nur Daryssa Dinda binti Mohd Daris dengan mas kahwinnya tujuh ratus ribu ringgit tunai."

Tengku Qays menarik nafasnya dahulu sebelum dia juga melafazkan ayat yang sama dalam sekali lafaz.

"Aku terima nikahnya Nur Daryssa Dinda binti Mohd Daris dengan mas kahwinnya tujuh ratus ribu ringgit tunai." Matanya memandang ke arah Tuan Daris. Bibirnya dikemam.

"Sah?"
"Sah."
"Sah?"
"Sah."

"Alhamdulillah." Lafaz itu disebut perlahan oleh Tengku Qays sambil dia meraup kedua tangannya ke muka tanda bersyukur.

Senyuman lebar jelas terserlah dibibirnya namun hati masih tidak berhenti berdegup laju sedari tadi. Matanya tidak berkelip memandang isterinya yang berada dibelakang duduk di atas pelamin. Sungguh cantik isterinya itu. Mereka saling membalas senyuman antara mereka.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now