𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 15

15K 590 19
                                    

“Kau buat apa tu?” Tengku Qays menyoal adik bongsunya yang kelihatan sungguh fokus terhadap komputernya.

“Composing.” Jawap Tengku Qalish ringkas.

Tengku Qalish mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan cipta lagu. Tidak dapat dinafikan yang Tengku Qays amat bangga akan kebolehan adiknya yang satu itu. Dia tidak pernah menghalang adiknya itu untuk meneruskan impiannya walaupun usia nya yang masih muda.

“Boleh along dengar?” Tengku Qalish menganggukkan kepalanya sebelum dia menekan butang on dan memainkan hasil lagu yang diciptanya sendiri.

“Emm, sedapnya. Ni dah lagu yang keberapa kaup buat?” Yelah. Tengku Qalish boleh menyiapkan satu lagu dalam masa tiga hari sahaja. Dengan suaranya yang serak basah itu, pasti merinding semua orang yang mendengarnya.

“Lagu ke lima. Banyak idea yang Qalish ada untuk buat lagu ni tapi, Qalish kan dah nak exam PT3 jadi tak banyak masa nak siapkan semua lagu-lagu ni.”

“Tak apa, along tau yang Qalish boleh. Qalish tak belajar pun boleh dapat straight A, Apatah lagi kalau belajar kan.”

Tengku Qays tahu yang adiknya menjadi kegilaan ramai disekolah bukan sahaja hanya disebabkan rupa, malah juga disebabkan adiknya sangat pintar dalam semua mata pelajaran. Pasti ada sahaja budak perempuan disekolah yang mahu tunjuk ajar daripada adik bongsunya itu.

“Ni abang nak tanya ni. Coklat yang banyak-banyak dekat meja belajar Qalish tu, memang Qalish yang beli ke? Bukan Qalish jenis yang pantang nampak coklat ke? Setakat tiga bar coklat tu, tak sampai sehari dah habis. Ini tak, dah bergunung dah coklat tu.”

Yelah, Tengku Qalish kan memang hantu coklat. Pantang nampak coklat, pasti habis. Tapi dia terkejut bila nampak berlambak coklat di atas meja Tengku Qalish. Takkan lah dia dah tak ada selera makan coklat kot.

“Oh tu, ada orang bagi.”

“Siapa? Perempuan?” Suara Tengku Qays berubah sedikit tegas. Dia pantang jika adik-adiknya bercinta semasa di sekolah. Dia sangat pantang jika ada adik-adiknya sibuk mahu bercinta semasa zaman belajar.

Bagi dia, selagi tak habis belajar dan tak ada duit sendiri, jangan nak berangan nak bercinta.

“Ishh, tak adalah along. Qalish masih tau lagi halal haram ni. Lagipun, Qalish taknak lah reputasi pelajaran qalish merosot kalau bercinta ni. Cikgu-cikgu oun akan pandang serong je dekat kita. Taknak lah Qalish.”

Tengku Qays berasa lega mendengarkan jawapan si adik itu. Pendirian adiknya itu membuatkan dia berasa sangat bangga. Dengan usianya yang sangat muda ini, sungguh memberi teladan kepadanya yang dewasa ini. Dia bangga akan didikan agama yang telah diterapkan oleh Bonda dan Ayahandanya di dalam diri dia dan adik-adiknya.

 Dia bangga akan didikan agama yang telah diterapkan oleh Bonda dan Ayahandanya di dalam diri dia dan adik-adiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Along, muka Along nampak berkedut. Dah tua ke?" Saja Tengku Qistinna mengusik abang sulungnya. Tengku Qays yang sedang duduk di sofa sambil menonton tv itu dipeluk daripada belakang untuk melepaskan rindu. Yelah, dah lama tak balik. Padahal Singapura dengan Johor Bahru ni bukannya jauh sangat pun.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now