𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 12

17.2K 667 23
                                    


"Awak, jom pergi makan." Lengan tangan Arasy Wafiey itu ditarik dengan perlahan oleh teman wanitanya.

"Saya tak ada selera lah." Rangkulan pada lengannya itu cuba untuk dileraikan. Tidak selesa jika orang pandang mereka yang bersentuhan sedangkan masih belum halal lagi.

"Kenapa tak ada selera pula?" Nak merengek lah tu. Tampar kang. Tak tahu malu betul. Dahlah pakai baju macam tak cukup kain. Tak macam isterinya itu. Sentiasa menjaga auratnya. Walaupun mahu menyidai baju di luar rumah.

"Awak ni dah kenapa? Saya cakap tak nak kan? So, tak naklah!" Arasy masih mencuba untuk mengawal amarahnya. Dahlah isteri dia hilang ke mana. Merata-rata tempat dia cuba untuk mencari isterinya tetapi tidak jumpa juga.

"Yang awak nak kena marah saya ni kenapa? Saya ajak awak baik-baik je kan? Kenapa? Rindu bini? Bini lari ke?" Darahnya mula menggelegak apabila mendengar perkataan bini keluar dari mulut wanita jalang itu.

Tangannya mencengkam kuat pergelangan tangan Amirah dan wanita itu dibawa ke dalam keretanya. Pintu kereta itu di kunci sebelum kedua tangannya dibawa ke arah leher wanita itu.
Dicengkam kuat sehingga Amirah berasa amat sukar untuk bernafas.

"S-Sto-op" Tercungap-cungap wanita itu jadinya. Dia memukul tangan jejaka itu supaya lelaki itu berhenti mencekiknya tetapi itu hanyalah sia-sia. Lelaki itu dua kali lagi kuat berbanding dia.

Syara Nur Amirah itu cuba untuk mencari nafasnya selepas cengkaman kuat lelaki itu lepas daripada lehernya. Sungguh jelas sekali kesan merah akibat cekikan tadi pada lehernya. Stereng kereta itu di tumbuk kuat oleh Arasy dan dia menjerit sekuat hatinya untuk melepaskan segala rasa yang bercampur baur di dadanya pada ketika ini.

"Nasib awaklah Arasy, awak yang lebih memilih wanita lain berbanding isteri awak sendiri kan? Kalau saya jadi Ika lah kan, saya pun akan lari daripada lelaki macam awak ni. Harap je kaya, handsome tetapi kaki curang. Tak setia. Saya pergi dululah Arasy lagipun saya masih ada ramai lagi teman lelaki dekat luar sana. See you again. And, good luck lah untuk mendapatkan kemaafan daripada wife awak balik."

Amirah terus keluar dan berlari ke arah kereta milik salah seorang teman lelakinya itu. Arasy yang melihat itu hanya panas hati sahaja pada Amirah yang sudah bermain dengan hatinya. Dia sedar yang dia langsung tiada perasaan pada Syara Nur Amirah kerana di dalam hatinya hanya ada nama isterinya. Atilia Syafika.

Wanita itu adalah sebaik-baik wanita yang sentiasa ada di sisinya tidak kira saat senang ataupun susah. Dia sedar betapa bodohnya dia untuk memilih kaca berbanding permata. Sanggup dia mencurangi isterinya hanya semata-mata untuk wanita yang tidak sepatutnya dia berikan hatinya.

Dia baru sedar yang dia hanya tertarik pada rupa Amirah sahaja tetapi tiada langsung perasaan suka ataupun cinta pada wanita itu walaupun sudah terlambat. Dia sangat merindukan isterinya itu.

"Ika, awak kat mana?"

Pagar kecil untuk membuang sampah dibuka sebelum dia memasukkan plastik sampah hitam itu ke dalamnya. Jejaka itu membasuh tangannya yang tidak kotor pada paip kecil di sebelah. Walaupun tidak kotor, tetapi diwajibkan untuk membasuh tangan selepas membuang sampah sebab bakteria yang ada pada sampah itu mungkin akan merebak ke bahagian tangan. Tak gituw.

Tengku Qays ternampak seekor anak kucing yang berbulu lebat berwarna putih dan bertompok kelabu yang sedang mengiau seperti mencari tuannya.

Ini mesti hilang ni. Dahlah comel. Geram je tengok. Tengku Qays merenjis tangannya yang basah itu dahulu sebelum datang mendekat dan mengusap kepala anak kucing itu. Lembutnya.

"Hai, Meow. Awak sesat ke?" Hai lah, dah tau sesat dok tanya lagi. Terlalu leka ya Tengku Qays bermain dengan kucing. Ini kalau Tengku Qalish nampak ni, sudah tentu dia akan membahan abang sulungnya itu habis-habisan. Dasar adik bongsu derhaka.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now