"Boleh saya nak cakap dengan ahli keluarga Tengku Qays Eirl sebentar?" Tanya doktor lelaki itu.
Semua ahli keluarga memandang ke arah Daryssa. Daryssa yang faham itu mengangguk dan bangun dari tempat duduknya.
"Saya. Saya isteri dia." Kata Daryssa dengan nada perlahan. Doktor itu mengangguk dan memanggil Daryssa masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Jadi puan, seperti yang disedia maklum. Suami puan barah otak peringkat dua."
Daryssa tersentak. Dia tidak tahu hal itu. Dadanya turun naik menahan perit. Sungguh dia tidak dapat menahan emosinya pada ketika ini.
Dia rasa seperti mahu menjerit dan meraung untuk menangis.
"Jadi, suami puan pula pada ketika ini sangat kritikal. Kami tak dapat menunggu masa yang lebih lama untuk melakukan pembedahan membuang tumor, kemudian kemoterapi dan kemudian terapi radiasi terhadap suami puan. Sebab dia sudah stage 2. Walaupun harapan untuk sembuh tipis, tapi masih ada lagi harapan untuk sembuh sepenuhnya."
Daryssa mengangguk faham akan apa yang cuba untuk disampaikan oleh doktor itu. Selama ni, Tengku Qays tak melakukan sebarang rawatan ke?
"Sebelum ni, dia tak ada buat sebarang rawatan ke?" Tanya Daryssa. Jelas kelihatan di matanya tertancap harapan yang lelaki itu melakukan rawatan sebelum ini.
"Berdasarkan rekod suami puan yang kami ada sekarang ni, memang belum pernah ada rawatan yang dia dah buat. Banyak appointment yang telah doktor doktor pakar buat untuk dia di hospital yang lama tetapi tak ada satu pun yang dia hadir."
Terpejam mata Daryssa mendengar penjelasan doktor itu.
"Kenapa awak macam ni, Qays." Bisik hati Daryssa.
"Jadi, saya nakkan persetujuan daripada puan untuk kami melakukan sebarang rawatan kepada pesakit." Jelas Doktor itu. Daryssa mengangguk. Dia memandang doktor itu dengan harapan.
"Doktor, doktor buatlah apa-apa pun yang penting dapat sihat kan balik suami saya seperti dulu."
Semua ahli keluarga yang sedang duduk dikerusi menunggu itu bangun dan berlari ke arah doktor yang baru keluar daripada bilik pembedahan.
"Macam mana dengan anak saya, doktor?" Tanya Tengku Evelynna dengan nada dan riak risau yang jelas kelihatan di wajahnya.
Dia sungguh terkejut apabila anaknya tidur tapi apabila dikejut, anaknya tidak terjaga. Dia terkejut apabila dia nampak cecair merah keluar daripada hidung anaknya. Dengan pantas, dia telefon suaminya dan khabarkan tentang hal ni.
Nasib baik dia hantar Tengku Qays ke hospital segera. Kalau tak, makin teruk ke adaan jejaka itu.
"Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Kami juga berjaya keluarkan tumor di kepala Tengku Qays. Tapi, saya ada berita buruk yang saya mahu sampaikan." Kata doktor itu lalu menunduk.
Senyuman yang terukir di wajah semua ahli keluarga itu serta merta hilang. Berita buruk? Apa dia? Bukankah pembedahan itu berjaya?
"Berita buruk apa tu doktor?" Tanya Daryssa. Patutlah sedari tadi hati dia rasa tak tenang. Walaupun doktor ada beritahu yang pembedahan berjalan dengan lancar, tetapi hatinya tidak berhenti daripada rasa gundah.
"Disebabkan kehilangan banyak darah di bahagian kepala, dan kecederaan yang agak teruk juga di bahagian kepala yang menyebabkan dia.....................koma." Doktor itu memanjangkan sedikit perkataan itu sebelum dia memberitahu tentang berita utama itu.
Jelas kelihatan riak terkejut di wajah semua ahli keluarga mereka disitu. Tetapi tidak Daryssa. Dia tidak menunjukkan riak terkejut malah riak sedih.
"Tapi jangan risau. Koma pesakit mungkin tidak akan mengambil masa yang lama. Paling lama pun dua minggu ke tiga minggu."

YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
عاطفيةᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...