𝐓𝐐𝐄 𝐱 𝐍𝐃𝐃 | 18

13.1K 495 11
                                    

Tengku Qays yang sedang berselera menjamu sarapan itu terganggu apabila datang seorang wanita berdiri disebelahnya. Wanita itu menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Tengku Qays.

"Hai, Tengku." Wanita itu menolak rambut panjangnya ke belakang dengan gaya flip dan senyum ke arah Tengku Qays. Tengku Qays hanya menjeling.

"Kau nak apa?!" Nasi goreng di sudu itu disuap kasar. Semak je lah perempuan tak cukup kain ni. Dahlah baju parah pusat. Ingat cantik?

"Saya nak awak." Kata wanita itu selamba.

"Kalau tak ada benda penting yang kau nak cakap, baik kau pergi. Sebelum aku saman kau sebab menganggu ketenteraman aku." Tengku Qays menjeling.

"Awak, janganlah marah-marah. Awak tahu tak saya siapa? Saya ni pelakon yang paling terkenal di Malaysia ni. Saya ada ramai fan tau. Awak, tak nak couple dengan saya?"

Panas hati Tengku Qays pada ketika ini. Mahu sahaja dia menghadiahkan tamparan pada wajah wanita buruk itu. Pasti terkeluar semua tepung tepung yang berlapis di mukanya.

Tengku Qays menghela nafasnya apabila dia nampak Tengku Haziq seperti berjalan ke arahnya.

"E-Erm, Qays. Kau ada meeting dengan Dato' Harith sekarang." Kata Tengku Haziq gagap. Tengku Qays mengerutkan keningnya. Dia mana ada apa-apa meeting minggu ni. Sebab dia kena pantau segala pekerjanya sepanjang ada produksi yang datang shooting di hotel ni.

"O-Ok. Aku pergi sekarang."

"Eh kau." Tengku Haziq memandang tajam wajah Amirah.

"Kau jangan nak sibuk rapat-rapat dengan Tengku Qays ya. Kau jangan ingat aku tak tahu. Kau ada niat buruk kan?" Kata Tengku Haziq sinis. Dia dulu juga pernah dikacau oleh Amirah ini.

"Awak, awak dah putus ke dengan Aisyah? Kalau dah putus, awak beritahu saya tahu. Saya nak gantikan tempat dia." Jawab Amirah yang juga kedengaran sinis. Dasar perempuan tak tahu malu!

"Dasar betina buaya!" Kata Tengku Haziq dingin sebelum dia berjalan ke pejabat Tengku Qays.

"Dasar betina buaya!" Kata Tengku Haziq dingin sebelum dia berjalan ke pejabat Tengku Qays

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Qays memandang tajam wajah rakan dihadapannya ini.

"Sejak bila aku ada mesyuarat pula harini?" Soal Tengku Qays dengan nada pelik. Yalah, sebab dia sudah arahkan Ahmad untuk kosongkan jadualnya bulan ini untuk dia pantau segala pergerakan didalam hotel ini sepanjang shooting filem itu berlangsung.

"Sebernanya, Kau tak ada mesyuarat pun. Aku cuma nak selamatkan kau daripada perempuan durjana tu. Itupun bengap lah mamat ni." Tengku Qays menjeling.

"Ha, cakap pasal perempuan tu. Aku nampak kau macam kenal je dia." Tengku Qays menyilang tangannya di dada.

"Mestilah kenal. Dia tu dulu classmate Daryssa. Lepastu, dia ni jenis kaki jantan. Berapa ramai boyfriend yang dia ada. Lagipun, dia memang jenis suka memikat lelaki yang dia suka. Aku pun pernah kena dulu. Tapi nasib aku ni tak macam jantan jantan lain. Aku setia." Tengku Qays menjeling. Ada aku hempuk juga mamat ni.

Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | CWhere stories live. Discover now