Beberapa selimut hotel yang besar dan tebal itu diangkat dan dikendongnya ke arah lif pekerja. Disebabkan pekerja yang ramai, Daryssa perlu menunggu gilirannya untuk menaiki lif dan turun ke tingkat lobi.
Dia sekarang ini berada di tingkat 24. Tingkat di mana semua stok yang di perlukan di hotel ini seperti selimut, bantal, cawan dan sebagainya disimpan disini.
Hampir tiga minit Daryssa berdiri di situ. Kelihatan lif ini masih lagi sedang digunakan oleh pekerja lain.
"Eh, Daryssa. Penuhnya tangan kau." Kata Tengku Qays. Dia berjalan ke arah Daryssa dan menghulurkan tangannya.
"Mari, aku tolong." Tapi sempat Daryssa mengelak.
"Eh, takpa. Tengku kan boss. Biar saya je yang buat. Saya kan kuli." Sempat dia memberikan kata-kata pedas pada Tengku Qays. Sibuk saja mamat ni. Kau kan ada lif untuk CEO sendiri, yang tak masuk-masuk ni dah kenapa.
Tengku Qays menekan button lif untuk menurun ke bawah. Setelah terbuka sahaja pintu lif itu, Tengku Qays pusing memandang ke arah Daryssa.
"Mari naik."
Daryssa terpegun. Cantiknya lif ni. Dah macam kat bilik istana dah. Saiznya lebih besar berbanding lif pekerja. Keliling lif itu hanya lah cermin yang berbingkai emas.
"Nur Daryssa Dinda, cepat masuk." Tengku Qays mendesak Daryssa.
"Takpelah, saya boleh boleh tunggu lif pekerja je. Lagipun, inikan lif CEO." Kata Daryssa.
Tengku Qays berjalan mendekati Daryssa. Langkah demi langkah, kini mereka berada sangat dekat sesama sendiri. Ketinggian mereka amat ketara. Daryssa berketinggian 165cm manakala Tengku Qays 187cm.
Tengku Qays menunduk sehingga mata mereka saling bertembung. Hai la, pendek betul perempuan ni. Walaupun Daryssa paling tinggi daripada rakan-rakannya, tetapi dia kelihatan sangat rendah berbanding Tengku Qays.
"Kau masuk sekarang. Kalau tak, aku potong gaji kau."
Mata Daryssa membulat. Penat-penat dia bekerja, sesuka hati saja dia nak potong gaji orang.
"Yelah, saya masuk. Awak janganlah potong gaji saya." Daryssa mendengus kasar sebelum melangkah masuk ke dalam lif itu.
Tengku Qays tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa. Comel betullah Daryssa ni. Kalaulah dia terima Daryssa daripada dulu, sudah tentu mereka sudah berkahwin dan bahagia pada ketika ini.
Lampu di dalam lif itu mula berkelip-kelip. Lif itu mula bergerak dengan sangat perlahan sehingga ia berhenti tetapi pada tingkat yang lain.
Lampu itu mula terpadam menyebabkan mereka diselubungi kegelapan.
"K-Kenapa ni?" Daryssa sangat ketakutan pada ketika ini. Dia bukannya takut gelap, tetapi takut lif ini terjatuh atau keadaan ini boleh mencederakan dirinya.
Tak sangka benda ini boleh terjadi pada dirinya. Ingatkan dalam movie saja.
"We get stucked." Jawab Tengku Qays ringkas. Tiada takut langsung yang terpancar dalam nadanya.
"Habis tu, apa yang kita nak kena buat sekarang?" Daryssa sudah mula kabut. Mulalah segala fikiran negatif dia datang.
"Awak ada phone tak?" Tengku Qays memandang ke arah Daryssa. Walaupun gelap, dia masih tahu di manakah kedudukan Daryssa pada ketika ini.
"Tak ada. Saya selalu tak bawa phone semasa bekerja." Jawab Daryssa. Selimut-selimut yang digendongnya itu diletakkan ke bawah. Berat sangat. Sampai bila nak kena pegang saja selimut-selimut itu.
Keadaan menjadi sunyi seketika. Sebelum bunyi esakan kedengaran.
"Daryssa, kenapa awak nangis?" Tengku Qays cuba untuk memandang wajah Daryssa walaupun sekelilingnya gelap.
"Saya takut. Saya tak nak mati lagi." Kedengaran pelik tapi comel bagi Tengku Qays.
"Awak ni. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Jangan risau, takkan ada apa-apa yang jadi." Tengku Qays cuba untuk menenangkan Daryssa. Tetapi kemudian dia berasa sakit di bahagian pipinya.
"Daryssa, kenapa awak lempang saya?"
"Oh, sorry." Daryssa mencantumkan kedua tangannya dan diletakkan dibawah dagu. Dia sebenarnya mahu mencari keberadaan Tengku Qays. Tetapi mungkin tangannya bergerak terlalu laju sehingga secara tidak sengaja mencederakan Tengku Qays.
"Daryssa, I'm sorry."
Keadaan menjadi lebih canggung. Daryssa tidak tahu sama ada dia masih marahkan Tengku Qays ataupun tidak. Jujur, dia sebernanya masih sukakan jejaka itu tetapi dia cuba mengaburi matanya dengan menafikan hal tersebut malah mengatakan kebenciannya.
"Awak masih marahkan saya?" Daryssa hanya mengendahkan sahaja soalan itu. Mereka berdua melabuhkan punggungnya ke lantai. Mahu tunggu orang selamatkan mereka ini macam lama lagi.
"Saya nak tanya awak. Mana Elly?"
Tengku Qays hanya menelan air liurnya kelat.
"I don't know. With her new life, i guess." Jawapan Tengku Qays itu menyebabkan Daryssa memandangnya pelik.
"New life? Bukan ke dia tunang awak ke dulu?"
Tengku Qays tidak tahu apa yang perlu dia jawab pada ketika ini. Tidak tahu harus menjelaskannya bagaimana.
Lampu lif itu berkelip-kelip dan kemudiannya kembali menerangi lif itu. Tengku Qays dan Daryssa saling berpandangan sebelum mereka berdiri dari duduknya.
Pintu lif itu kemudiannya terbuka dan menunjukkan semua security dan guard serta Tengku Qayeed, Ahmad dan Tengku Haziq.
"Kau ok tak, Along?" Wajah abangnya dilihat sekilas sebelum dia memandang sosok wanita dibelakang abangnya.
"Daryssa. Lama dah tak nampak awak." Senyuman kecil diberikan kepada wanita itu. Daryssa membalas senyuman itu sambil menundukkan kepalanya. Tak tahu mahu balas apa lah tu. Mereka berdua ini dahulu satu kelas semasa sekolah menengah.
Tengku Qayeed memang tidak pernah senyum dengan senyuman yang manis dengan wanita. Walau dengan teman wanitanya sekalipun.
Dia hanya akan berikan senyumannya yang indah itu untuk seseorang yang sudah sah menjadi miliknya.
"Macam mana kami boleh tersekat dalam lif ni tadi?"
Selimut-selimut di tangan Daryssa itu diambil oleh Tengku Qays dan diberikan kepada Ahmad untuk dibawa ke mana tempat yang sepatutnya di bawa.
"Kami pun tak tahu, Tengku . Nasib baik CCTV tadi masih berfungsi. Security yang jaga monitor tu kata tuan tak keluar- keluar dari dalam lif. Tapi lif nampak masih gelap. Kami baru nak pergi check lif tuan. Tiba-tiba nampak lif ni macam dah ok." Jelas Haziq dengan panjang.
Tengku Qays hanya menganggukkan kepala. Sempat dia kerling Daryssa seketika.
"Tengku, boleh tak saya nak pergi sambung buat kerja saya?" Soal Daryssa dengan nada lembut. Risau kalau Amelina nanti cari dia.
"Emm, boleh. Tapi nanti waktu launch datang office saya." Mata Tengku Qays mengarahkan Tengku Haziq untuk mengikutnya. Daryssa juga pergi ke arah bertentangan untuk siapkan kerja-kerja yang belum diselesaikan lagi.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 𝐱 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...