Dulang hantaran yang berisi handbag itu diletakkan bersebelahan dengan dulang dulang hantaran yang lain. Tengku Arisa kelihatan sungguh sibuk pada ketika ini. Yelah, anak sulungnya mahu berkahwin kan. Siapa ja yang tak sibuk."Ryssa, panggil abang kamu. Ellyna dah sampai ni. Nak berinai kan." Kata Tengku Ariana dengan kelang kabut. Dia mula berjalan laju ke arah pintu masuk dan membawa masuk tukang inai yang akan memakaikan inai anak dan bakal menantunya.
"Duduk sini ya." Tengku Ariana menunjukkan arah bantal kecil di atas karpet mahalnya untuk duduk berhadapan dengan meja kecil dihadapan.
Selesai sahaja sesi berinai bagi bakal pengantin, kini giliran ahli keluarga lain yang turut memakai inai juga.
Daryssa hanya duduk bosan di tempatnya kerana menunggu inai corak bunga yang dilukis ditangannya untuk siap. Dia sedikit tersentak apabila dia mendengar satu suara yang cukup dikenali di belakangnya.
"Assalamualaikum Aunty Ari, Uncle Daris." Jejaka itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tuan Daris.
"Qays, dah lama Aunty Ari tak nampak kamu. Kamu sihat kan?" Tengku Qays ketawa.
"Sihat je Aunty Ari. Macam ni je lah." Tengku Ariana mengangguk.
"Ni, kamu pun nak pakai inai juga ke? Kalau nak, duduklah sebelah Daryssa." Kata Tuan Daris. Daryssa menjeling abahnya. Sajalah tu mahu mengusik anaknya.
"Eh, tak apalah Uncle Daris. Saya tak suka pakai inai inai ni." Jawab Tengku Qays kekok.
"Tak apalah kalau kamu dah cakap macam tu. Ni, kamu tidur sini kan?" Terbeliak mata Daryssa mendengar soalan abahnya yang diacukan kepada Tengku Qays. Mamat poyo ni nak tidur sini ke? Katakan tidak.
"Ya, uncle. Tak apa kan?"
"Eh, tak apalah. Apa salahnya. Banyak sangat bilik kosong dalam rumah Uncle ni." Bahu Tengku Qays ditepuk.
"Abang, tolong saya ambilkan bekas Tupperware dekat atas kabinet tu. Saya tak sampai lah." Kata Tengku Ariana yang datang daripada dapur.
"Ok, jap. Qays, uncle pergi kejap ya." Kata Tuan Daris datang terus melangkah pergi ke dapur untuk membantu isterinya mengambil bekas di kabinet atas.
"Itupun tak sampai, tu lah siapa suruh pendek sangat." Kata Tuan Daris mengejek. Pantas Tengku Ariana mencubit lengan sasa suaminya.
"ARGHH SAYANG!! kenapa cubit tangan abang? betullah abang cakap, sayang kan pen-" Tengku Ariana memandang ke arahnya tajam.
"Tak, maksud saya kurang tinggi." Tengku Ariana muncung.
"Pendek pendek pun, tetap comel kan?" Soal Tengku Ariana. Tuan Daris tertawa melihat gelagat comel isterinya. Tuan Daris mengangguk.
Memandangkan tiada orang di dapur, Tengku Ariana mengambil peluang ini untuk memeluk Tuan Daris.
"Abang, saya tak sangka anak kita dah besar. Saya masih ingat lagi macam mana saya berkejar dengan Darwisy satu rumah ni sebab nak suap dia makan ja. Tapi tengoklah sekarang. Dia dah nak kahwin dah." Kata Tengku Ariana dengan sebak. Tuan Daris mengusap belakang isterinya.
"Tak apa, sayang. Macam ni lah kehidupan. Nak tak nak, memang kita kena hadap. Yang penting, anak kita bahagia kan?" Tengku Ariana mengangguk. Tuan Daris melabuhkan kucupan di dahi isterinya.
"EHEM!" Seseorang datang menganggu momen romantik Tengku Ariana dan Tuan Daris.
"Eh, kamu buat apa kat sini sayang?" Soal Tengku Ariana sambil dia mendepakan tangan ke arah anak bongsunya.
"Tak adalah, adik saja je nak lalu tiba-tiba nampak ibu dengan abah berasmara dekat sini. Nak buat, pergi bilik lah. Auch." Perutnya dicubit oleh sang ibu.
YOU ARE READING
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
Romanceᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa m...