Terima kasih sebab sudi berkeinginan untuk baca. Kalau rasa tersama dgn mana2 novel or cerita, mintak maaflah. Semuanya kebetulan. Tabahkan hati untuk membaca bab demi bab sebab gaya bahasa ada yang meleret ada yang selamba derk gila namatey. Tahanlah kalau anda rasa bab tu boring. :P Semua tu bergantung pada cara bacaan apa yang korang minat. Kalau suka silakan vote, silakan komen. kalau tak suka silakan tekan button back dekat handphone, pergi baca cerita lain xD :D
!Special Warning!
Terdapat adegan laki bini suami isteri aksi keju, cheese chedar dan sebagainya. Dah warning awal awal, kalau tersungkur jatuh jugak jangan salahkan saya. :) Bimbingan ibu bapa bawah umur 13 tahun digalakkan. 18 keatas sahaja!Soalan : kak, saya baru 14 tahun tapi nak baca jugak novel sis ni macam best aje caner?
Suka hati awak! Time adegan pelik jangan baca. Sekadar larangan, nak baca jugak silakan.
Terima kasih daun keladi,
Baca lah sampai habis kalau sudi.Xoxo-emmazubaidi-
Suasana petang itu riuh semacam. Suffiya hanya menyelesaikan tugasnya di dapur, masanya untuk melayan tetamu juga banyak diserahkan kepada ibu dan ayah sahaja. Tugasnya hanyalah membancuh minuman dan menghidangkan sedikit jamuan kecil. Selesai membasuh pinggan dia sempat mengintai di balik dinding. Rancak dan serius je.. dalam asyik dia memerhati, kedengaran pula suaranya dipanggil oleh ibu. Alamak! Cepat-cepat dia berdiri tegak seperti biasa. Releks Sufy releks..
"Suffiya! Suffiya!"
"Ya, Bu... Kejap-kejap!"dengan pantas tangannya dilap pada kain ditepi singki.
"Ya, Bu?"jawabnya sopan. Hanya kepala yang terjengul dibalik dinding itu.
"Buat apa kat dapur tu lama-lama.. Ni, kawan ibu nak balik dah, meh salam,"arah ibu sambil tersenyum. Tersipu-sipu dia menunjukkan diri di balik tembok belakang Tv, malu pulak rasanya. Kehidupan Suffiya memang pelik sikit. Dia segan kalau ada orang bertandang ke rumah selagi mana tetamu itu bukan berasal daripada saudara-maranya sendiri.
Tangan Puan Farhanah dikucup perlahan-lahan.
"Cantik Suffiya ni..Manis aje, Aunty balik dulu ya?"puji Puan Farhanah sambil meminta diri. Merah jugaklah muka ni. Ada-ada ajelah Aunty ni. Suffiya hanya sempat tersengih dan kemudiannya berpaling kearah ibu dan ayah. Mereka juga tersenyum.
"Ada masa datangla lagi.. Jangan lupa bawak anak nanti,"pelawa ibu pula. Suffiya sekadar membatu disitu. Menyaksikan debaran jejak kasih antara ibu dan kawan ibu yang telah lama menghilang. Mereka sekeluarga sekadar melihat bayang-bayang Aunty Farhanah dan Encik Rusdi yang semakin menghilang bersama kereta yang dinaiki.
"Ibu, Sufy pergi dapur dulu...Sufy tak sempat nak kemas tadi,"dia meminta diri. Malas lama-lama berada dimuka pintu. Baru teringat dapur masih berselerak. Ibu hanya mengiakan.
--
"Apa?! Kahwin?!"terkejut respon yang diberikan. Gila tak terkejut, angin takde ribut lagilah tak lalu pun.. Alih-alih nak kena kahwin? Dengan anak kawan mama yang semalam pulak tu?
"Sufy... Ibu dengan ayah cuma nak kan yang terbaik untuk Sufy.. Lagipun sejak arwah Amir tu meninggal, kamu tak ada sapa-sapa pun lagi kan?"teka ibu lagi. Suffiya tersentak mendengar nama Amir disebut-sebut. Amir? Ya!
Arwah tunangnya yang telah pergi menghadap illahi sebelum tibanya hari mereka bernikah. Dah enam bulan arwah tinggalkannya. Tapi dalam masa tempoh tu juga lah dia tidak ada pengganti. Diakui Suffiya ni memang susah nak sangkut dengan mana-mana lelaki. Masih tidak terfikir lagi mahu cari pengganti.
"Kenapa ibu tak bagitahu awal-awal?"soalnya seakan masih tak puas hati. Sebenarnya bukanlah dia rasa terkejut sangat dengan berita ni.. dia cuma...tak dapat nak lupakan arwah lagi buat masa sekarang. Sedikit sebanyak perasaan rindu datang mencengkam.
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...