Bab 48

11.9K 167 6
                                    

"Kau tahu kan aku takkan puas hati selagi aku tak balas dendam dengan kau?"kata Fareez bersahaja. Macam biasa, asyik nak cari fasal dengan Suffiya.
"Suka hati awaklah"malas nak layan. Suffiya kembali ke dapur. Membasuh gelas kopi yang diminum tadi.
"Jangan lupa kopi aku."arah Fareez bagai tuan raja.
Banyak lemak?
Lemak tak lemak permintaan sisuami terpaksa jugak ditunaikan.
"Psitttt!!! Tuihh!"sembur Fareez over.
"Kopi apa kau buat ni? Pahit lah!"sikit lagi mengenai muka Suffiya. Kalau kena ni tak pasal2 perang dunia kedua meletus ni.
"Kopi biasalah. 3 in 1"jawab Suffiya berkeras. Sebelum ni tak pernah komplen pun pasal kopi.
Buang tebiat punya laki!
"Aku suruh kau buat kopi hitam. Buat balik!"arah Fareez suka hati. Itulah rutin hampir satu bulan mereka. Gaduh baik gaduh baik. Adakalanya mereka bercerita. Berseloka. Menyanyi. Pernah jugak Suffiya dipaksa lawan game Tekken 5 dekat playstation. Nak tak nak ikut jugaklah.
"Kau takpayah lah ambik Anna ni. Dia ni jalang."komen Fareez semasa mereka bertarung dalam game.
"Apa masalahnya? Suka hati saya lah nak ambik siapa pun!"Suffiya geram. Main payah tak main lagi payah. Dunia betul! Control sudah diletak tepi. Dia melutut untuk bangun tanda protes. Banyak songeh main sendiri! Tapi masih sempat tangannya dicapai Fareez. Permainan video di pause seketika.
"Kau nak kemana. Game tak habis lagi ni!"
"Kalau awak pandai sangat main lah sorang2!"bentak Suffiya seperti anak kecil. Pulak dah. Dah kenapa pulak minah ni buat hal.
"Kau jangan nak buat pasal. Duduk sini main balik!"arah Fareez menyentapkan Suffiya. Muncung saja mulutnya. Geramnya akuuu. Dia perhatikan di skrin kaca tv, nyawa Fareez dah nak habis. Kejap lagi kalah lagi mau salah aku! Dah la takreti main. Nak main. Leter Suffiya sekadar dalam hati.
Fareez paksa Suffiya memegang control Game semula. Tak fikir panjang ligat jari jemari Suffiya mengawal watak sebagai Anna dalam game itu. Tak cukup dengan backkick, turning kick, sebaik kuasa penuh dia bagi satu das. Sekelip mata nyawa Fareez nyawa2 ikan. Dengan sekali tendangan saja Fareez sudah mati.
"Shit!! Apa ni main kasar. Kau tahu kan aku tak cas kuasa lagi!!marah Fareez.

Aku...

Dah...

Agak...
Dah!!

"Susah sangat awak mainlah sendiri!"marah Suffiya balik. Dia menghempas control game diatas meja kayu ruang tamu.
"Hoi! Rosak control ni kau ganti balik kau igt murah ke pompuan!"Fareez lantas bangkit mengejar Suffiya seindah suria.

"Weh stop stop! Aku letih lah macam ni. Kau ni kenape"Fareez mengalah. Padahal baru round dalam rumah. Belum padang sekolah MRSM dia dulu lagi.

"Saya dah taknak main game dengan awak. DAH TAKNAK MAIN!!! FAHAM TAK?!"jerit Suffiya sekuat hati. Fareez memegang telinga yang terasa bingit. Woihh. Pompuan ni dah kenapa?! Kena histeria agaknya?!

"Kau diam boleh tak? Fikir jiran cakap apa nanti. Bodoh!"maki Fareez straight. Tidak lama Suffiya diam seribu bahasa. Kepala Fareez dipegang. Rasa sakit. Main game pun gaduh sampai mana hala. Teruk lah dapat bini kecut ni. Lama dia memejam mata, berfikir benda remeh yang dianggap kusut. Bukak je mata dia melihat Suffiya lain macam. Air jernih membasahi pipi si isteri. Dalam hati Fareez sudah rasa hiba.

Eh dah kenapa dia nangis?

Eh jap serius dia nangis?

"Weh.. Kau dah kenapa?"sapa Fareez. Risau pulak takut takut dia bercakap dengan jasad isteri je. Masa sekolah dulu dia pernah kena kacau dgn hantu yang rasuk lelaki. Lebih ngeri dia cakap dengan hantu bukan kawan dia masa dalam toilet. Memori lama terimbas. Suffiya diam tak berkutik. Tunduk. Sayu. Teruskan mendayu menangis lemah.

Seram sejuk meremang Fareez dibuatnya. Pantas talifon bimbit dicapai, no talifon mamanya didail. Sebaik ada jawapan dia pula yang terdiam.

"Ye Fareez, kenapa ni? Hello? Hello?"

Lama mamanya menunggu dicorong talifon. Kenapa call mama? Apa nak jawab? Haa sudah.

"Err. Mama! Mama kat mana? Tak singgah rumah ke?"soal Fareez gugup. Matanya memandang isteri yang masih lagi menangis dlm keadaan rambut terurai. Lemah semangat sekali pandang.

SETINGGI EGOMUWhere stories live. Discover now