'Sampai hati Sufy buat kami macam ni. Apa salah kami Sufy?"teriak Puan Farhanah sebak. Dia hilang arah sebaik melihat tingkah laku Suffiya yang bisa dianggap tak senonoh yang baru sekejap tadi berlaku. Suffiya dari tadi menunduk, menahan sakitnya menerima panahan demi panahan. Jantungnya terasa dirobek robek. Kepercayaan mama dan papanya beransur hilang. Manakala Fareez semakin membenci dirinya. Ya Allah, mengapa begitu susah untuk aku kecapi bahagia ini? Wajah ibu dan ayahnya ditatap perlahan.
"Ibu.. Ibu kenal Sufy kan Bu? Ibu tahu kan Sufy tak buat benda2 macam ni?"rintih Suffiya cuba menagih simpati. Dia sudah tidak punya sesiapa kecuali ibu dan ayahnya sahaja buat masa ini. Keluarga mertuanya sudah menggeleng2 kpala tanda tidak betah dgn lakonan Suffiya yang masih belum mahu mengaku.
Wajah ibunua ditatap lama. Ada air jernih di permukaan kedua antara mereka. Menunggu masa untuk dijatuhkan.
"Ibu mmg kenal anak Ibu. Tapi Sufy, Sufy dah cukup empat orang saksi utk dituduh sebegini rupa, nak. Apa salah ibu dgn ayah sampai kamu snaggup tikam belakang kami?"giliran si Ibu merintih tak puas hati. Fikir mereka anak perempuan mereka ini sudah benar2 tahu halal haram, hukum hakam, dan ilmu agama yang diterapkan sudah agak banyak. Ternyata mereka silap. Sungguh mereka sangat berkecil hati.
"Tapi Bu..-"
"Kalau ada masalah bawak berbincang. Bukan conteng arang di muka kami!"tegas ibunya pula. Perlahan2 air jernih jatuh di pipi Suffiya. Ya Allah... Aku tak kuat ya Allah. Aku tak kuat. Sekarang hampir seorang demi seorang sudah tidak percaya akan dirinya. Dia hanya ada yang maha Esa untuk dia membela nasib.
"Memang betul dah cukup saksi Bu. Tapi kami tak buat apa2! Dia paksa Sufy minum air and Sufy tolak, lepas tu dia tarik tangan Sufy, lepas tu Sufy pening dan jatuh, itu aja Ibu"terang Sufy padat dan ringkas. Semua ornag dalam rumah itu memandang sesama sendiri.
"Awak jangan nak salahkan orang lain dalam halkl ni ya? Sebabkan awaklah Aaron dengan Anis dan putus tunang!"tambah Fareez kasar. Semakin berapi semua orang yang ada disitu. Puan Farhanah sudah mengucap sambil mengurut dada.
"Sudah lah tu Reez. Mama cuma harap kamu berdua boleh duduk bawak berbincang semula. Dan Sufy, kamu dah derhaka dengan suami kamu. Mintak maaf dengan suami kamu sekarang!"pinta Puan Farhanah juga agak kasar. Hilang sudah segala kelembutan yang ada pada wanitsla itu. Mata Suffiya terkebil2 memandang orang2 dalam rumah itu yang sedang menatap wajahnya tanpa belas kasihan. Hatinya memberontak kuat tidak mahu melaksanakan perintah itu. Mengapa dia yang harus meminta maaf? Sedangkan dia yang disakiti mental dan hati. Jiwa dan raga. Rohani jasmani.
"Sufy mintak maaf abang. Tapi Sufy tak buat"pintanya perlahan. Dipaksanya juga agar suaranya keluar. Keadaannya amat lemah. Dia tidak tahu kenapa dia pengsan diluar tadi. Tetapi yang dia ingat, dia sempat menelan air sirap limau yang dipaksa Aaron tadi. Setelah itu, kepalanya pusing tidak sampai dua minit.
Suffiya mencari2 gelas itu semula. Sudah tidak ada. Dia lantas mencari gelas serta air yang dibuatnya tadi didapur. Dia mula rasa tidak sedap hati. Tingkahnya yang aneh itu sekadar dilihat oleh ahli keluarganya dengan sedikit rasa tanda tanya.
"Ha? Nak ke mana pulak tu?"soal Ayahnya sambil tergeleng2 kecil.
Kurang satu minit Suffiya datang semula membawa dulang berisi air. Dan serta merta wajah bengis Fareez berubah.
Kenapa dia ambik air ni? N.. Gelas tu. Kenapa dia ambik gelas tu? Gelas yang sudah retak dan pecah namun serpihan kaca itu masih menampung sedikit air yang terkandung didalamnya.
"Apa lagi Sufy? Ibu dan ayah datang nakkan penjelasan. Bukan nak minum air!"teriak ibunya lagi sekali. Pening dengan sikap Suffiya.
Suffiya menghiraukan setiap mata2 yang memandang. Dia mendekati Fareez yang menunjukkan reaksi cuak. Semakin dekat dan mukanya makin tidak keruan. Kenapa dia tiba2 berubah? Mesti ada yang tidak kena.
"Abang mesti tau kandungan air ni kan?"soal.Suffiya dengan nada perli. Meski dia sendiri masih belum tahu jawapan yang ada difikiran, namun dia tetap memberanikan diri. Muka Fareez langsung berubah.
"Apa yang awak merepek ni? Kenapa awak bawak air datang sini?"soalnya teragak2.
"Apa yang ada dalam minuman yang Sufy buat tadi? Jawab abang!"gilliran Suffiya bertegas. Nampaknya batinnya sudah meracau teruk. Terlalu lama dibiarkan dirinya dianaiaya. Dan kali ini dia tidak tahu dari mana semangat ini datang untuk dia bangkit mencari kebenaran.
"Sufy! Kenapa dengan kamu ni? Bukan ke air tu kamu yang buat? Kenapa kamu tiba2 cakap pasal air pulak ni?"dahi Puan Farhanah berkedut. Dia cuba menginggat peristiwa tadi. Memang betul air itu Sufy sendiri yang buatkan. Namun segera dirampas oleh Anis sebelum Suffiya bergerak melangkah keluar.
"Sufy nak abang minum air ni depan kami. DEPAN KAMI SEMUA"arah Suffiya tanpa takut2. Fareez menelan liur. Takguna! Macam mana.. Macam mana dia tahu yang...
"SUFY...cuba bagitahu apa benda yang kamu nak kami tahu sangat ni? Tolonglah jangan kusutkan keadaan."celah Encik Rusdi pula. Makin aneh dgn permintaan menantunya. Fareez menarik nafas lega kerana bisa kantoi kalau dia yang minum tambah2 depan semua orang.
Oh no no no! Rancangan ni dah jalan perfect. And aku tak akan hancurkan! Bisik hati kecil Fareez.
"Mama, papa. Fareez rasa isteri Fareez ni dah tak betul. Elok kami mintak diri dulu. Maaf atas segala yang dah berlaku."selamba doa mengubah topik.
What? Aku pulak yang dituduh tak betul. Ini dah melampau!
"Abang kenapa nak..-"
"Jom kita balik sekarang"arah Fareez memotong bicara Suffiya. Gadis itu tergamam. Ya Allah.. Sesulit inikah rupanya merungkai kebenaran? Kalau iya pun biarlah dia siasat dulu apa yang terjadi.. Masih banyak persoalan diruang mindanya yang tak terjawab. Dimana mama disaat dia cuba diapa2kan? Dimana Fareez? Dimana Anis? Mengapa dibiarkan Aaron bersamanya diluar sebentar tadi? Mengapa? Mengapa?Dan persoalan itu hanya tinggal persoalan setelah tangannya ditarik pantas oleh si suami. Langkahnya terhenti dihadapan tangga dan kelibat Noni kelihatan sdg menuruni anak tangga sambil matanya tertancap kearahnya dengan pandangan mata yg agak tajam. Suffiya gumam. Tidak dapat bicara apa2. Setelah mencapai kunci kereta Fareez menarik semula tangan Suffiya. Tindakannya yang biadap yang hanya disaksikan oleh keluarga masing2.
"Ibu... Ayah, maafkan Sufy.." Jeritnya sekadar di kerongkong.Maaf untuk chapter yang boring ni. Jumpa korang next chapter. Love ya
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...