"Aku penat. Aku nak rehat,"kata Anis lalu kepalanya dibaringkan ke bantal. Terasa empuk yang amat. Matanya dipejam. Sedikitpun tidak mempeduli permintaan si suami
"You..,"panggil Razif sambil mencuit bahu Anis. Dia hanya buat pekak badak. Niatnya untuk menunaikan nafkah batinnya kali ini terbantut lagi. Masuk ini dah dua kali Anis menolak.
Melampau!
Dia sendiri tak faham apa masalah Anis. Tak kan period sampai dua tiga bulan?!
Tangannya meraba leher jinjang milik Anis. Pantas tangan itu ditepis
"I nak tidur lah! Boleh tak you jangan kacau?"marah Anis. Matanya merenung tajam Razif yang sedang meratap kempunankan tubuhnya
"Dah dua kali you tolak I. Apa masalah you? You tahu tak apa hukum tolak permintaan suami?"soal Razif bertalu-talu. Sungguh dia sudah tidak tahan! Kalau macam ni lebih baik mereka bercerai saja. Bukannya dia tidak mencuba menyanyangi Anis sepertimana dia menyanyangi Sophea, bekas teman wanitanya dulu. Tetapi, sikap Anis terlalu keterlaluan. Dia sama sekali tidak nampak jalan positif bagi hubungan ini. Mereka bernikah juga kerana atas dasar paksaan untuk menutup malu kedua belah keluarga sebelum Rifqi lahir
"You ingat I ni apa? Kilang buat anak you? You ingat I taktahu ke belakang I berapa ramai yang you dah guna untuk puaskan nafsu you? Hah?!"tempik Anis pula, mencari kesalahan sisuami
Membulat besar mata Razif mendengar tuduhan tidak berasas itu. Tanpa sedar, satu tamparan kuat hinggap dipipi kanan Anis.
PANG!
Dia sudah hilang kawalan. Nafasnya turun naik. Merah padam mukanya. Perempuan ni dah melampau! Tak pernah nak hormat suami!
"You jangan nak cabar I Anis!"jerkah Razif, kuat. Bergema ruang kamar itu. Anis tercengang ditampar sebegitu rupa. Pipinya diusap perlahanJantan tak guna! Aku menyesal kahwin dengan kau!
"Tampar lah lagi! Kau ingat aku takot? Dasar lelaki dayus!"tempias Anis. Dia sudah kisah jika dia terpaksa menjadi janda sekalipun. Sebab Razifah masa depannya hancur. Sebab dia lah rancangannya untuk berkahwin dengan Fareez suatu ketika dulu terpaksa dibatalkan. Semua gara-gara Razif! Gara2 benih yang ditanam semasa mereka masih belum halal, dan oleh sebab itulah hidupnya menderita sampai sekarang!
"You jangan sampai I hilang sabar dengan you Anis!"Razif cuba mengawal kemarahan yang membara. Ikut hatinya, mahu saja dia menampar lagi sekali biar bisu terus mulut laser Anis.
"Tak payah nak bercakap sahajalah Encik Razif! Memang kau nak sangat jatuhkan talak kat aku kan? Hah apa kau tunggu lagi? Ceraikan aku, sekarang!"jiwa Anis sudah berfikiran gila dan memberontak teruk! Lama mereka tidak berperang teruk begini. Kepalanya begitu berserabut. Dia hanya mahu kehidupannya jadi spt dulu. Dia tidak mahu hidup dengan sepupu sendiri sbg pasangan suami isteri. Hatinya sakit, sakit kerana dia tahu Razif langsung tidak cintakannya
"Apa kau merepek ni Anis? Kau nak sangat bercerai dengan aku? Nak sangat jadi janda?"soal Razif
"Aku lebih rela jadi janda daripada hidup merempat macam hidup segan mati tak mahu dengan kau lah, Razif!"mulut celoparnya sekali lagi membuat Razif panas hati
"Kurang hajar kau!"
Pang!
Lengkap kedua belah pipi Anis diberi pipi merah percuma.
Anis seakan tidak menyangka dirinya akan diperlaku sebegitu rupa.
Hanya kerana dia tidak memberikan tubuhnya kpd Razif!
Nampak sangat, lelaki ni hanya berkahwin sebab nafsu.
Ketawanya tiba2 meletus. Seakan orang sakit jiwa yang hanya bila2 masa boleh mencederakan orang lain
"Hahahahahahahah. Puas hati you?"soal Anis sambil ketawa gembira. Seakan menghadam sesuatu yang lucu buat masa sekarang
"Apa yang kelakar?"soal Razif sambil mendekatkan wajahnya dengan Anis. Nafasnya terasa bersatu dengan nafas Anis
"Ceraikan aku, Razif!"pinta Anis kuat. Seperti orang gila dia mengamuk. Dada bidang milik Razif ditepuk kuat lalu ditolak hingga hampir saja Razif terjelepuk ke lantai
"You ni dah kenapa??"marah Razif. Ringan sahaja tangannya mahu menampar isterinya buat kali ketiga. Mujur saja dia masih waras. Baru sahaja dia hendak bangun, Anis pantas menerkam kearahnya
"Bangun dan ceraikan I, Razif! Ceraikan I! I dah tak sanggup hidup dengan you!"pinta Anis bersungguh-sungguh
Sangat gila perempuan ini.
Razif masih cuba mengawal apa yang patut. Tetapi dari tadi Anis tidak henti mengungkap perkataan itu membuatkan Razif rungsing.
"Kau nak sangat aku ceraikan kau, Anis?"lantang suara Razif bertanya seperti orang tidak siuman. Begitu juga Anis, dia begitu mengiakan kata-kata Razif. Seakan tiada langsung rasa sayang yang bersemadi dalam diri
"Kau memang tak guna Anis! Kau tak layak jadi isteri aku!"berkali-kali juga Razif menyumpah Anis sebelum Anis terkam dan menolak badan sasa itu ke belakang
"Kau yang tak guna! Kerja merempat harapkan duit mak bapak! Kereta kau tu sapa yang bayar kalau bukan aku? Tak sedar diri!!"hina Anis pada Razif. Maruah Razif benar2 berada dibawah tapak kaki Anis tika ini
"Cukup Anis, cukup!"telinga Razif begitu sakit mendengar hinaan itu. Perih menusuk hingga kedalam
Kau nak sangat aku ceraikan kau kan? Baiklah
"Anis Zulaikha.."
"Aku ceraikan kau dengan talak satu,"
Dunia seakan kelam. Anis yakin dia tidak salah dengar. Mulutnya terkunci rapat. Seketika mereka terdengar bunyi pasu bunga pecah dari luar pintu
Rifqi jatuh terduduk. Kata-kata papanya dicerna
'Mama dengan papa dah cerai?'
****
Hai sorry chapter kalini sikit. I am trying my best. Moga awak2 semua suka :)
YOU ARE READING
SETINGGI EGOMU
RomanceUtk pembaca baru, selamat datang! Lot of typo belum sempat edit. Terima kasih sudi baca!😘 Nurdayana Suffiya adalah lepasan Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang Syariah di UiTM Shah Alam. Seorang gadis yang taat akan ibu dan ayah juga punyai pega...